Thursday, 3 February 2011

~ SPEND A VERY GOOD TIME WITH MY FAMILY ~

Heh... baru jer lepas menonton cerita seram kat Astro.. Tak ingat pulak Astro RIA atau Astro PRIMA... Eh, mestilah aku tengok cerita tu beramai-ramai... mustahillah orang yang bernama INTAN SUFINAZ ini nak tengok cerita seram sorang-sorang... takkan punya... tengok cerita Main-Main Hantu yang dilakonkan oleh Hamid Gurka (zaman dolu-dolu) pun aku tak berani... janganlah berharap atau berangan nak suruh atau mengajak aku tengok cerita Khurafat, Piranha dan cerita-cerita yang sewaktu dengannya... kalau nak jugak, korang kena berdepan dengan keadaan aku selepas itu... DEMAM!!!...hahaha... Kau ni memang penakutlah Intan... Ingatkan takut jarum jer, tengok cerita seram pun takut... Tu baru betul dinamakan PENAKUT... Eh, aku kurang berani jer laaaa...huhu...

Oh! Sudah melalut pulak... cerita seram kat Astro tadi bertajuk "Tangisan Langsuir"... Yang pasti aku menonton dengan Ibu, Abang dan Bangah... Ayah seperti biasa bekerja... So, I've spending my night with my family.. really enjoy watching with them... because we can get so many directors here... seems like everyone can direct their own drama or movie after this... so many ideas and comments during watching that drama... bakat terpendam masing-masing mula terserlah... hahaha... then, bila part yang terkejut tu memang kitorg jerit la sesama... tapi Bangah memanglah tidak menggemari cerita-cerita Melayu nih... bukan tidak menggemari, kurang gemar sebenarnya... so dia very the cool okey..! kitorg bagai nak rak menjerit, dia relax jer... siap boleh berfikir apa kesudahan cerita tu... dan tepat pulak tu andaian dia... cis!.. hahaha...
*MY BELOVED HAPPY FAMILY*
Rasa macam dapat 'gold medal' jer malam ni... gembira sangat walaupun hanya menonton di rumah... actually dah lama tak dapat nak spend time macam ni... selalunya kalau abang-abang balik week end, mesti ada xtvt sendiri... tak dapat nak berkumpul bercerita dan bergurau senda... Jadi ada lagi 4 hari boleh spend time dengan diorang berdua... before mereka kahwin kenalah bermanja lebih ckit kannn... kenalah mintak apa-apa yang patut... nanti bila dah kahwin tumpuan lebih pada isteri masing-masing... so sementara stok masih ada, kita ENJOY!!!!!!!

P/S: Bila aku bercerita tentang keluarga aku yang tengah 'happy-happy' nih, I just realized ada keluarga yang sedang bersedih dengan keadaan kesihatan ayah yang uzur... semoga mereka sekeluarga redha dengan ujian Allah ini dan tidak putus untuk berdoa semoga kesihatan ayah kembali sedia kala... "Enche silalah kamu kuat semangat dan bertabah sebab keluarga kamu perlu kekuatan kamu juga untuk teruskan kehidupan... semangat dan ketabahan kamu akan menjadi penguat kepada keluarga kamu... dengan izin Allah, ayah akan sihat semula " -Be strong for ur DAD and also be strong for ur FAMILY-

No comments:

Post a Comment