Saturday, 5 February 2011

~ SHOPPING! ~

Hari ni... dimulakan dengan golek-golek depan tv... tgk citer tu, tgk citer ni... banyak kot channel Astro yang ayah aku langgan... kalau tak, takde lah kena bayar RM150 sebulan... pakej mende tah yang dilanggan.. yang pasti RM20 tuk pakej Beyond HD...huhu... tapi dalam banyak-banyak channel tuh, pagi ni tadi satu pun tak menarik minat aku... last-last aku tengok drama kat tv3... apakah tajuknya aku dah lupa... layankan saja... tapi memanglah hari ni dimulakan dengan tiada aktiviti dilakukan... maka, kebosanan makcik nih haaa!... finally di waktu tangah hari aku ditugaskan untuk masak... bersemangat tau nak memasak... yelah agaknya ibu tengok anak dia nih macam dah takde kerja lain, disuruhnya memasak... sekali orang-orang kat umah ni macam tak cukup makan pulak... sedaplah tu aku masak kannn... dorang malas nak mengaku je tu sebab nanti aku mesti membangga diri... alah kalau dorang tak memuji pun, aku tau yang aku ni memang agak pandailah memasak... dah boleh kahwinlah jugakkk... calon jer takde lagi...hahhaha...

Di waktu petang, aku bersama ibu ber'dating' dan ber'shopping' kat Nilai... mula-mula Abang nak ikut tapi tak jadi pulak tah pesal tah... nak berjogging katanya... yang penting berdua lebih baik... nama pun teman, PA dan driver ibu...kenalah follow kemana sahaja... kalau dah bertiga tadi rasanya memang tak muat kot... hari ni dapat beli banyak barang-barang persiapan untuk majlis kahwin Abang... berkotak-kotak kot masuk dalam kereta... sibaik aku nampak lagi bila pandang belakang melalui cermin tuh... kalau tak ader gak yang kena saman terlebih muatan... ibu pun banyak jugak berhabis hari ni... selagi ada duit tuh semua dia nak beli... tapi katanya "nanti kita kena datang lagi dik... ada lagi yang kena beli ni..."... kalau aku tengok dalam senarai yang dibuat macam dah hamir habis semuanya dibeli... yang ditakutkan ni barang-barang yang tiada dalam senarai... tak pasal-pasal budget run nanti... pueh nak kejar kalau budget run... huhu... 

Di waktu malam, kitorang satu family tunggu Raja Lawak... season ni macam agak best peserta-pesertanya... uish, memang pecah perut kot gelak beramai-ramai... bangah yang tak berapa suka Raja Lawak pun gelak beriya-iya... yang terlebih kelakar dekat pengacara dua orang tu... Zizan dan Johan... para juri pun agak best jugak... dah puas gelak-gelak, perut pun lapar... maka kita 'drive thru' kat McD... layan Chicken McDeluxe jugak yang best...thanks kat ibu sebab belanja McD malam ni...hehe...

P/S: Esok mahu ke majlis pertunangan seorang rakan sekerja... bilalah agaknya turn aku kan... calon pun takde lagi ni... kawan-kawan dah mula ada yang bertunanglah, kahwinlah...hanya berdoa untuk dipertemukan dengan jodoh yang baik...Amin...

1 comment: