Thursday, 3 February 2011

~ 3 MONTHS TO GO ~

3 bulan jer lagi... igt 01 Mei 2011 tu lambat lagi ker??? mungkin ada yang cakap "owh, lambat lagi"... ada gak yang cakap "banyak masa lagi nak wat persiapan"... tp kalau tanya pada aku sekeluarga "ish, cepatnya masa berlalu...pejam celik dah sampai bulan Mei..iskkk..."... 

Ibu dan ayah aku masih lagi bekerja... bila jer mereka nak pikir pasal bunga pahar, bekas telur, bunga manggar dan sebagainya... ayah memang dah ambil bahagian bab-bab masak-memasak... jadi lembu ker kerbau ker kambing ker semua pada tangan ayah... tp bab barang-barang yang kecik ni semua letak kat ibu... tu belum lagi bab mengedar kad-kad jemputan... ayah mungkin la punya masa sebab bulan april nanti dah mula bercuti sebab nak bersara... tapi ibu??? cikgu mana ada cuti-cuti ni... cuti sekolah pun tetap ke sekolah... hari bersekolah pun balik petang... kesian dekat ibu... jadi dengan kesibukan ibu di sekolah, masa yang tinggal 3 bulan ni memang sangat membimbangkan dia... sebagai anak perempuan dan satu-satunya, aku kenalah membantu ibu... menjadi tulang belakang untuk ibu... lagipun ini adalah majlis perkahwinan pertama dalam keluarga aku... jadi ibu berasa mahu melakukan semua perkara untuk anak sulung dia... so, time-time cuti ni kenalah menjadi teman, PA dan juga driver untuk ke sana ke sini membeli barang-barang keperluan... Maka, Intan kau kena abaikan dulu masa-masa enjoy kau dengan kawan-kawan... Baikkkk!!!!!

Sebenarnya banyak lagi perkara yang belum di buat... sangat banyak...! Ibu pun dah tak boleh nak pikir mana perkara yang perlu didahulukan dan dikemudiankan... tapi aku tau, ibu sangat bersistematik... dia tau apa yang dia buat... nama pun cikgu kannn...hehe.. Perkara-perkara berkaitan masak-memasak, khemah, mengecat rumah, dan sebagainya memang ayah yang kena pikir... tapi boleh kata mengecat rumah dah selesai... 

Aku tau ibu dan ayah berusaha untuk menjadikan majlis kahwin abang aku ni sesempurna yang boleh... nak menyambut menantu sulung katakan... lepas tu menantu pilihan pulak tu... memang sayang habislah kannn...hehe... Macam-macam yang dirancang untuk majlis berjalan lancar... lagi pun nanti akan terselit majlis untuk ayah jugak... ayah akan bersara pada 3 Mei 2011... so, diadakan juga majlis untuk ayah... semua tu planning ibu... Ibu jugak yang memikirkan segala agenda... kalau di tatap agenda atau tentatif program pada hari tersebut, memang excited sangat dan tak sabar nak tunggu detik tu... tapi bila pikir persiapan yang hanya baru beberapa persen dilakukan, kecut perut jadinya...hehe...

Jadi dalam masa 3 bulan lagi ni, macam-macam perkara perlu dilakukan... tugasan aku yang paling utama??? Menempah kek tiga tingkat... mana nak carik kedai kek yang best??? (ala-ala homemade pun boleh)... lepas tu nak stand kek yang cantik...taknak lah tiga tingkat yang berkaki tu...demand aku ni...hambek!!!  nak yang macam ni...

Contoh 1
Contoh 2
Contoh 3
Kalau korang ada cadangan untuk aku tempah kek kat mana, silalah sharing is caring yerr... memang tak boleh nak pikir ni... sangat!!!...

P/S: Minggu lepas Ayah, Abang dan Bangah pergi tempah baju melayu diorang... tadi turn aku dan Ibu pulak pergi menempah baju kurung...eh, berfesyen bagai tau... takut nanti kalah pengantin pulak...hehe...

" SUNGGUH BESAR PENGORBANAN SEORANG AYAH DAN IBU... DARI DETIK DILAHIRKAN SEHINGGA KE ALAM PERKAHWINAN MASIH MAHU MELAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK SEORANG YANG BERGELAR ANAK "

2 comments:

  1. tu la..ibu bapa mana yg xnak yg terbaik untuk anak2nya...nakal macam mana pun anak dia, dieorg tetap syg sampai ke syurga

    ReplyDelete
  2. betul tu edy...
    bila tgk pelaburan yg dikeluarkan tuk anak2,mmg x terbalas...

    ReplyDelete