Monday 31 January 2011

~ TERUJA...BOLEH??? ~

Owh... title entry kali ni macam mengada jer kan??? hahaha... malas nak cerita kenapa.. kalau nak tau sila ke belog Kak Yana untuk mengetahui dengan lebih lanjut... tp hanya untuk 1st paragraph saja... ish, macam-macam jer Kak Yana nih...*blushing* tau kita... ada ke boleh pulak kacau-kacau Mr Back Up dengan aku...dok kenen-kenen pulak... malu-malu kucing aku tadi... kalau kucing nampak mesti menyampah...hehe... tp aku sangat setuju dengan Kak Yana... bila dia kena usik-usik begitu, muka dia merah malu-malu, gelak-gelak jer, pastu sweeeeetttt sangat...mana tidaknya, dahlah kena kacau begitu, gelagat kami menjadi tontonan pulak...Mr No Answer menjadi penonton 1st class tadi...hehe.. tapi aku 'salute' la dengan Mr Back Up sebab walaupun menahan malu kena kacau tadi, dia tetap tolong aku sampai selesai... Apa yang penting??? KERJASAMA!!!... aicecehhh bunyik ayat macam tengah senyum sampai telinga jer kau ni Intan...suke yer kau Intan...suke yer... Eh!, semua tu hanya gurauan semata... tolonglah jangan ada kontroversi melanda... kalau terjadi kontroversi, kalau Melodi datang menyerang, kalau Fuhh! datang tanya-tanya soalan, silalah Kak Yana yang menjawab...lalalala

Today is the end of January 2011...whoa!!! February is coming... begitu pantas masa berlalu... sekejap sudah mahu masuk ke bulan baru... for January I didn't achieve anything in my life... and I will continue my pray and hope The Almigthy give me a very successful life in all my way... Insya Allah...

Teruja!...teruja!...(ala-ala gaya lagu Gol & Gincu)...hehe... diary oh! diary... teruja untuk menulis diary start on February nih... January hanya tinggal kenangan...

Good Bye January 2011... Welcome February 2011... 

P/S: Eh! I just got know that someone will increase their age this month... Ssssshhhhh....hehehe...

Sunday 30 January 2011

~ HARI YANG MEMENATKAN...SUNGGUH!!! ~

Perghh..sgt penat...! Hanya kerana nak beli hadiah perkahwinan seorang rakan sekerja, kaki jadi lenguh-lenguh, dah mula bersin-bersin, hidung gatal-gatal, kepala mulai sakit, muka dah panas... ni semua sebab berhujan jer hari ni... konon-konon macam 'memori daun pisang, waktu jalan-jalan'... tp tadi dah tukar pulak 'memori payung besar, jalan dalam hujan'...hahaha... so, tak pasal-pasal kena carik vitamin C before tidur... kena makan supplement before tidur... kena letak tuala basah kat dahi masa tidur... harap-harap bangun tidur esok tahap kesihatan kembali normal... nak cerita dengan panjang lebar pun tak bermaya... bantal busuk dah memanggil untuk di peluk...c u next entry...

P/S: Parkson - Kedai Elektrik 1 - Tesco - Kedai Elektrik 2 - The Store Baru - Tesco - Office - Paroi - Benteng Ampangan..

~ 4 BUDAK POYO BERTEMU ~

Yeay...!!! rasanya kali terakhir kami ber4 bertemu pada 17 September 2010 yang lepas... weh dah 4 bulan tu.. lama sungguh... jadi hari ini kami telah berkumpul semula untuk ke Majlis Perkahwinan Munira & Pasangannya (lupa nama pulak) di Dewan Majlis Perbandaraan Seremban... Munira tu kawan kitorg dari form 1 hingga form 3 kat Sek. Men. Keb. Senawang... selepas selesai ke kenduri kahwin tu, kitorg memanjangkan langkah ke Seremban Parade... ayu jer berbaju kurung berjalan-jalan di kawasan sekitar... niat hati untuk berkaraoke tetap diteruskan... sekarang mari bayangkan sama-sama 4 gadis ayu berbaju kurung melangkah masuk ke Pusat Karaoke.. alaaaahhh bukan kitorg wat benda tak elok kan... hiburan yang sihat jugak tu... ;).. maka melalaklah kami bersama selama 1 jam... eh, sebelum tu kitorg dah jalan-jalan tgk baju, kasut, barangan elektrik (nak wat hadiah), barangan baby & bear-bear... tp memang sekadar cuci matalah.. belinya tidak.. tiada kemampuan di situ...lalalala...

Selesai di Seremban Parade kitorg terus ke McDonalds Dataran Senawang.. Baru jer beberapa jam makan tengah hari kat kenduri kahwin tu, perut dah minta diisi semula... Maka bermulalah meeting kali ke2/2011 dengan kehadiran ahli yang mencukupi...sambil meeting kita makan-makanlah...xtvt wajib kalau kuar bersama memang makan... perbincangan diteruskan dengan topik utama adalah "Perancangan Utama 2011 iaitu Percutian"... kalau dah namanya budak poyo ber'meeting', maka meeting tersebut turut menjadi gelanggang kepoyoan masing-masing terserlah... dengan yang berangan nak naik 'flight' lahhh, dengan yang konon-konon nak celebrate besday BF laaa, dan dengan bermacam lagi ragam...agak-agak jiran-jiran meja kitorg lepak tu marah tak sebab kitorg bising jer asek gelak-gelak...sory yer jiran-jiran...

Meeting masih tergantung tanpa kata putus... kata putus yang sebulat suara ialah teruskan menabung...hehe... yang lain masih dalam perbincangan... kita akan berbincang lagi untuk sesi akan datang... cewahhh...macam persidangan besar yang amat... padahal nak bercuti pun kat dalam Semenanjung Malaysia ni saja... berbincang macam nak pergi ke Europe... aduyaiii...hehe.. Xtvt wajib lagi satu kalau kitorg berjumpa ialah "photoshoot"....tp hari ni macam kurang ckit bergambar... mungkin kurang selesa dengan penampilan yang tiba-tiba ayu jer...hikhik....

Yang pasti hari ni dapat jumpa team poyo yang lengkap.. enjoy and happy sangat... tunggu perjumpaan seterusnya yer... Ops!...sebelum saya nak beradu dan menamatkan entry kali ni, terlua pulak nak kenalkan team poyo... meh kenal-kenal dengan Team Poyo yer...


THE POYO'S

Tukang Pencetus Suasana
Tukang Menambah Perisa
Tukang Gelak 
Tukang Wat Kelam-kabut

" IT'S ALL ABOUT WHAT WE CALLED FRIENDSHIP "

Saturday 29 January 2011

~ AKHIRNYA! ~

Yer...akhirnya hadiah (bukan hadiah, actually ole-ole dari Cameron) tersebut sampai juga ke tangan dia... susah betul nak bagi kat dia ole-ole tersebut.. sampai kena gaduh-gaduh manja, merajuk-rajuk, masam muka, tak bertegur-sapa (oh, sungguh mengada yer di situ) barulah dapat bagi kat dia... sampai macam tu sekali pulak kan... kalau dia tak suka pun ole-ole  tu, harap dia boleh menghargainya... sebab aku tau dia boleh beli lagi hebat dari tu... tp aku beli untuk dia tu menandakan aku igt kat dia even pergi jalan-jalan kemana sekali pun... diakan diantara orang-orang yang dekat dengan aku... so, sentiasa dalam ingatanlah kan... tp aku tak sangka pulak payah bebenor nak bagi ole-ole tu kat dia... yang aku ni pulak asek lupa jer... bila aku ingat nak bagi, dia pulak macam dah merajuk.. sabar je laaa... tp semalam atas bantuan "pelakon-pelakon" (anda sungguh berbakat besar) yang hebat tu, akhirnya dapat jugak aku bagi kat dia... nak bagi hadiah macamlah nak bagi pingat darjah kebesaran... siap nak shakehand bagai... tak nak pulak 'bagi pihak' yg bagi kat dia... nak aku gak yang bagi.. tp salah satu sebab kenapa ole-ole tu susah sangat nak sampai ke tangan dia ialah aku malu sebenarnya... tau tak malu??? malu sebab aku rasa ole-ole tu biasa jer.. macam merendah diri pulak aku ni... yelah, tak seberapa pun... aku takut dia tak suka jer... ish...MALU lagi...hehehe... 

P/s: Aku mengambil keputusan untuk mengedit sedikit sebanyak entry ini kerana mendapat kompelin mereka kurang paham mengenainya... hehe...

Thursday 27 January 2011

~ HATIKU DIGURIS LAGI ~

Tak nak ckp byk.. malas nak type pjg-pjg.. hati tak tenang.. perasaan kacau-bilau.. sampai bila nak bermain dgn air mata??? seperti ikrar yg lepas-lepas tp hari ni cuba utk menunaikan ikrar tersebut.. aku tak kan menangis lagi hanya kerana dia... aku tak kan berharap apa-apa lagi pada dia... aku cuba untuk cekalkan hati... kerana kau, HATI AKU TERGURIS LAGI hari ni...

Oh! cerita inject meng'inject' telah selesai pagi td... semua berjalan lancar... aku betol-betol sgt bertabah... oh! kau menipu yer di situ, Intan.. ceritakan kisah sebenar... hahahha.... malu la beb...MALU!!!... aku dah berusaha untuk bermuka slamber tadi... tp bak kata org tu "si comel ni tumbang juga akhirnya"... cis, aku boleh menangis teresak-esak td.. sakit weh kena cucuk amek darah... yang pasti ramai yang menjadi saksi gugurnya air mata aku hanya kerana kena amek darah... nak tau, ramai yg menakutkan aku sejak dari minggu lepas... tp mereka juga yang menenangkan aku tadi.. suke!!! aku tau dorg semua sayang kat aku..lalalalala...(kau perasan Intan).. aku dah cakap awal-awal lg... aku ni penakut dgn jarum.. sejak azali mmg dah macam ni.. korg tak nak percaya.. terbukti segalanya hari ni.. kelemahan yang tak tahu bila boleh diatasi.. 

Oh cerita kad jgn dilupa.. By the way... Congratulation Syahmi dan pasangan... tak lama lagi bakal di satukan sebagai husband & wife... Goodluck in your future life... InsyaAllah aku akan datang majlis kau nanti... dah siap simpan kad dalam planner yg awal-awal dah catat tarikh wedding ko.. 
SELAMAT PENGANTIN BARU, SYAHMI & ILYA...!!!


" JANGAN LUKAI SEKEPING HATI JIKA TIDAK MAHU DILUKAI... "

Wednesday 26 January 2011

~ FRUSTRATED ~

Byk nak cerita pasal hari ni... nak buat karangan pjg-pjg mcm selalu... sampai Kak Yana cakap "penatlah nak baca pjg-pjg nih..." heh, nak tak nak kena gak baca...paksaan nih.. tp hari ni tiada bersemangat untuk menulis... bersedih kala ini (cewahh ayat nak munge2 jer)... 

BERSEDIH??? (dah kenapa kau bersedih Intan???)   Aku dibuli oleh mereka-mereka di ofis hari ni... mereka-mereka di ofis tp bkn yg duduk dalam ofis... mereka penghuni bengkel... kesian kat aku tau... kekejaman telah berlaku... walaupun tak sekejam Israel, tp aku tetap sedih.. betul aku sedih tau, sampai mengeluarkan air mata mutiara aku yang mahal nih...(mahal ke?? selalu jer menitis air mata kan)... nak gurau ckit-ckit dah la kan.. nak lelebih pulak... klo yg bergurau kasar tu org lain mungkin perasaan ni tak seteruk td.. tp yang beriya membuli aku secara kasar tuh orang yg dekat-dekat dgn aku... tu yang terlebih 'tacing' tadi... lepas tu ada pulak tukang gelak beramai, lagi aku panas hati... sob...sob... sabar yer Intan.. mereka tu semua lelaki..brader-brader..gurau memang kasar ckit... tp tadi dia gurau kasar banyak laaaa..!!!! mana ada gurau kasar ckit td... iskkk.... esok adalah hari untuk membuli semula.. berani dorg membuli aku kan.. tadi dah terima padah cubitan ketam aku... esok akan aku tambah lagi kesan-kesan cubitan itu... huh!

Pernah rasa tak macam mana penatnya menjaga hati orang walhal orang tak pernah nak menjaga hati kita??? penatnya lain macam betol sampai boleh stress teramat dan mutiara mahal juga boleh kembali mengalir... sgt penat..PENAT!!! seperti kes membuli td.. selama ni aku puaslah menjaga hati, menjaga perasaan dia takut kot-kot kalau salah langkah jer dia berkecil hati dgn aku ke kan.. (baik sungguh Intan ni kan...) tp ni betul, sungguh! tp tadi sesuka sesuki hati dia jer membuli aku.. sikit tak jaga hati dan perasaan aku... dia takde perasaan ker??  gurau biasa-biasa aku takde hal sangat... ni tadi gurauan luar biasa beb... sensitiflah sikit dgn perasaan orang... kemain lagi "enche" sorang nih... tiada kata maaf mahupun sms memujuk... berharaplah Intan...mmg takkan ada pun... dan takkan pernah ada... "saya dah tak berharaplah enche..saya serius ni.."...

~ "Enche" tersebut tidak dtg menuntut 'hadiah' yang sering ditanya...(bkn hadiah pun..saja nak bg jer)...aku tggu ok sampai kul 7.00pm...tidak jugak muncul..di kala aku mula nak menggerakkan kereta pulang ke rumah, dia juga turut pulang...kenapa tak datang amik hadiah nih????!!!!! kecewa lg...thx ~

" IF YOU DON'T LIKE SOMETHING, CHANGE IT IF YOU CAN'T... CHANGE IT, CHANGE THE WAY YOU THINK ABOUT IT... "

P/S : Dah terima kad...next post i'll story what card i received...Selamat Pengantin Baru in advanced!!!

Tuesday 25 January 2011

~ GELAK-GELAK JER HARI NI ~

Post kali ni nak yang happy jer... terlebih happy pun yer jugak... asek gelak jer hari ni.. kalau susun kronologi kehidupan di office hari ni, mmg dr pg sampai ke petang asek gelak jer...dari cerita anjing, rekaan cerita fire mem'fire', termasuklah cerita batang galah yang panjang... seronok btol korang yer... time seronok, korang gelak-gelak dulu... dah pening kepala, muka masing-masing macam sembelit jer..hahahaha... ;-)

Eh, tapi pagi-pagi macam sesuatu telah berlaku... aku tiada di tempat kejadian... aku di mana?? sebab pagi-pagi lagi aku dah jadi "miss always busy"... lambat melibatkan diri dengan mereka-mereka semua... dengan tiadalah tahu apa-apa yang berlaku, aku pun buat muka tak tahu apa-apalah kan..dah masuk lambat tu jalan terus ke tempat duduk yang seolah-olah telah dikhaskan untuk aku dengan gaya konon-konon "kucing berjalan"... dan...ghupenye telah berlaku sesuatu... kerana itu??? haishhh, sampai ke petang muka beliau tidak menceriakan... tiada senyuman seperti hari-hari yang lalu... tiada teguran mesra seperti selalu... susah hati aku dibuatnya... aku pulak tak berkesempatan nak menegur, bertanya kenapa dan kenapa... walaupun aku agak-agak tau sebabnya dari orang-orang sekeliling... mungkin itulah penyebabnya kenapa beliau begitu... semoga esok beliau kembali ceria seperti selalu... :-/

"Enche back up" tu sweet kan??? (kak yana jeleslah tu)... dah lah selalu senyum jer.. tambah lagi selalu mem"back up" aku... mmg sejuk hati lah...hikhik... hari ni dia masih begitu.. pagi-pagi dah buat aku senang hati..hahaha... bawak ke petang masih juga begitu.. macam mana aku tak turut senyum jugak... maksud mem"back up" tu bukanlah apa sgt... tp dia kalau bercakap selalu berhati-hati... terutama bila ada yang sengaja membuli aku... dia mesti menjawab dan memberi jawapan yang menyebelahi aku... suke ok! haaa, ni bukan angau dan seumpamanya yer... ni adalah sesi ngada-ngada aje... haraplah maklum... :-0

Korang kenal anjing??? pernah dikejar anjing??? korang takut anjing atau anjing tu takut kat korang??? haaa, ni nak cerita nih... aku ni penakut gak dgn anjing kan... kalau buat-buat berani di kejarnya dah satu hal.. kalau digigitnya bertambah lagi satu hal... jadi kita berhati-hati jer lah... tp aku pikir aku yang takut dgn anjing tu... tadi masa aku nak pergi kat kereta, aku parking kat 'rumah sampah', boleh pulak anjing tu tunggu... yang Kak Yana ni mmg dah fobia dgn anjing... aku ni buat-buatlah berani... nak sampai ke kereta tu siap boleh ikut jalan lain... kira selamatlah ni anjing tu dah blah(sbb aku nampak dia dah bangun g tempat lain)... sekali dah dekat nak sampai kat kereta, aku terperanjat tgk anjing tu keluar dari sebalik kereta tuh... aku pikir aku jer yang terperanjat... anjing tu lagi hebat terperanjat tgk aku... terus berlalu jer anjing tu pergi bila nampak aku... haaaaa baru kau tau anjing... terperanjat giler kau tgk aku...hahaha... Yang Kak Yana pulak, dalam takut-takut tu boleh pulak dia gelakkan anjing tu terperanjat... dia tak tahu jantung aku time terperanjat nampak anjing tu camne laju berdegup...hehehe... akhirnya semua selamat... :-p

Heh...siapa yang mulakan dulu cerita fire mem'fire' tadi??? aku ker?? laaaaa aku mulakan ckit jer... Kak Yana yang lelebih ni...hahahha... tak payahlah cerita eyh... tak sanggup nak mengaibkan orang... tp aku rasa, kat office aku tu perlu jugak fire extingusher sebijik... senang kalau ada sesiapa yang dah berasap telinga, dah terbakar kulit muka atau dah panas hati sesangat boleh jer terus sembur dgn alat tersebut... mmg cun lepas tu..memutih satu office... tapi takut nanti bertambah berasap jer jadinya...hahahhaha... :-c

Heh.."enche no answer" semenjak dua menjak tiga menjak ni semakin menjadi perangai dia yer... hanya kerana batang galah yang panjang dia boleh gelak beriya-iya tadi... tp aku pun tumpang gelak jugak... eh, semua orang pun gelak kan..jgn tipu...Kak Yana jugak!!! Dah-dah lah tu yer... cuba bersihkan sikit pemikiran tu... mmg nak kena "enche no answer" nih... dia yang mulakan dulu... mengeksploitasikan percakapan orang... dush sekali dekat dia... ;-)

~ Hari ni boleh lagi gelak-gelak... esok pun boleh gelak-gelak lagi... kau tunggulah hari khamis ni, Intan... tgklah kau boleh gelak ke tidak... tidak....!!! aku mmg penakut jarum... nak inject-inject ni mmg aku tak suka... tengah susun plan macam mana nak melarikan diri..hehehe... atau aku kena bawak orang peneman untuk menenangkan aku... atau aku kena bawak kain sapu tangan untuk menutup mulut supaya tidak kedenganran jeritan zahirku??? kau betol-betol macam budak-budaklah Intan... kau 24 tahun kan??? Cis!!! ~

" HAPPINESS CANNOT BE TRAVELED TO, OWNED, EARNED, WORN OR CONSUMED... HAPPINESS IS THE SPIRITUAL EXPERIANCE OF LIVING EVERY MINUTE WITH LOVE, GRACE AND GRATITUDE... "

Monday 24 January 2011

~ HARI-HARI PUN MACAM NI ~

Tensi...tension..tertekan...hari-hari pun macam ni... seawal pagi bila melangkah jer masuk office, hati ni mula berperang dengan perasaan sendiri... gembira ke?? sedih ke?? ke memang takde perasaan langsung...?? bila hati kau mahu tenang Intan?? senyuman dan gelak tawa kau hari-hari tu mmg palsu kan?? palsu tu kekadang jer..most of the time mmg perasaan tu biasa jer..biasa..BIASA!!! 

Oh ya!..hari ini "enche always busy" mula bekerja selepas bercuti lama... seperti biasa, bukan main busy lagi dia hari ni.. macam dia sorang yang byk keja.. ha, sapa suruh cuti lelama??.. mmg byk lah keja kena bwt hari ni...oh!di pagi hari dia sempat menyapa aku kat dalam office..igt dah tak kenal kita kan..org lama bercuti...sibaik igt lagi.. tp hari ni tak sempat nak borak-borak dgn dia..diakan "mr always busy" hehe... *smile!*

Tp "enche back up" hari ni lain pulak... pagi-pagi mood dia kurang baik.. tiada senyuman manis tersebut... mungkin mengantuk agaknya... lelaki ni kan byk xtvt di malam hari.. agaknya lahhhh... tapi di waktu petang dia dah ok... yg buat tak ok adalah "sipolan" tu laaaaa... saja lah nak menjeleskan aku kannnn... tah apa yang dia dok bisik-bisik ngn enche tersebut.. bisik depan aku pulak tu... g lah jejauh nak nyerrr... memang kau sengaja.. igt aku nak kesah ker?? ish...geram pulak...(jeles sbnrnye...hahaha)

Heh...you know what... kadang-kadang kita boleh berkecil hati dgn sesiapa saja... mungkin juga tanpa sedar... mungkin orang tersebut tanpa sedar telah mengecilkan hati kita ataupun kita yang tanpa sedar telah berkecil hati dengan dia...walhal takde apa pun sgt...benda-benda kecik jer kekadang tu... tp dah kenapa kau nak sentap Intan??? aku tak tau lah kenapa hati ni tersentuh dengan perbuatan dia atau cara dia mungkin... mungkin juga sebab aku mmg dah menahan panas hati dgn org lain...memang panas menggelegak tahap 200darjah punyerrr... pastu di tambah dgn perbuatan dia, hati aku terus jadi sebak..sedih...(ah, ko mmg mcm tulah Intan..ckit-ckit sedih..huhu)...mungkin sebab dia orang yang rapat dgn aku kot... tu yang sentap terlebih tak tentu pasal... maka aku pun pulang ke rumah dgn perasaan yang mendukacitakan...

Kat rumah.. setelah agak lama tak pegang sudip or senduk, untuk makan malam aku yang masak..wahaha... tp bahan-bahan telah di siapkan oleh ibu... aku tolong masak jer lagi...mudahkan??? cis, bila ko nak rajin ni Intan?? umur dah nak masuk 24 tahun...ha! 24 tahun tp ibu ckp pemalas mcm tak tahu apa-apa...hukhuk... Ibu, anakmu ni bukan pemalas..cuma kurang rajin jer... nak kahwin nanti adik praktis balik eyhh..lalalalala... Maka kami berdua makan dgn penuh menyelerakan...ayah??? ayah g keja lahhh...2 bulan jer lagi..hihi...


Kenyang??? mmg kenyang... dah kenyang kita duduk depan tv.. tgk poster kat atas tu... sekali cerita GEMILANG tu best yang teramat..sedih aku tau..tiba-tiba jer ada air mata mengalir disertakan dengan bunyik sob..sob... laaa Intan ke tu nangis??? murah sungguh air mata kau Intan...tp cerita dia mmg tangkap syahdu poik!... serius ni.. baik korang tengok gak... pelakon dia boleh tahan best-best jugak... tak sabar nak tunggu minggu depan utk episod seterusnya... "apolah lambek bona nak tunggu...esok yo tak bulih ko?? lamo nak tunggu minggu dopan ni haaa..."(tu dialog Ibu aku...)

~ Mood hari ni dari happy di pagi hari, perlahan-lahan bertukar menjadi sedih di petang hari... tapi bila di rumah mood happy kembali... lupa segala yang berlaku di office... lupa segalanya... hari esok lain pulak ceritanya... dah siap-siap prepare buku 555 yang baru... esok new book, new diary, new story... cerita hari ni kita letak tepi... ~

" DISEBALIK KESULITAN ITU ADA KEMUDAHAN... ESOK AKAN MEREKAH BUNGA YANG HARUM MENGUSIR KESEDIHAN MENJADI PENGHIBUR HATI..."

Sunday 23 January 2011

~ LAGI KAWAN BERTEMU JODOH ~

Sob...sob...jeles tau tak...sungguh! Sekarang ni baru sedar yang umur dah nak masuk 24 tahun... kenapa aku tetbe tersedar??? sebab kawan baik aku masa sekolah di SMK Senawang dah bertunang... CONGRATULATION NURUL ASHIKIN!!! 

Kien..ko igt tak kita sama-sama menempuh saat-saat getir menghadapi SPM dulu...pastu dari form 4 sampai form 5 kita tak pernah berpisah...kelas tambahan pun kita pergi sesama...pastu kita suka g Giant jalan kaki...hehe.. mana ada Shikin, situ ada Intan... mana ada Intan, situ ada Shikin... Pastu ko igt tak kita selalu nyanyi lagu-lagu rock kapak, lagu-lagu jiwang dalam kelas??? terutama bila ada drama best kat TV3 yang lagu dia pun best kita carik lirik pastu nyanyi bersama...igt tak drama Sephia??? igt tak kita nyanyi lagu Kenny Remy Martin dulu?? wwwaaaaaa rindu masa tu...rindu sangat... tapi sekarang ko dah bertunang...kira bertunanglah tu kan... tak lama lagi ko dah nak kahwin... bila nak jumpa ko nih?? rasa macam dah lama sgt tak jumpa ko... nanti kita kuar bersama yer dear... 

By the way, congrates again dear!...always pray for your happiness with new life begin and wife to be... jgn lupa doakan aku jugak bertemu jodoh yang terbaik...

" BERUSAHA - BERDOA - TAWAKAL - INSYA ALLAH "

~ MARI BERKENALAN ~

Hehe... title post macam sesi berkenalan dengan abjad-abjad masa tadika dulu...masa mula-mula nak mengenal huruf dan nombor...tiba-tiba teringat kat Tadika Islam Masjid Negeri, Negeri Sembilan...kat situ siap mengenal huruf jawi jugak...rindu pulak zaman tu sbb time tadika je merasa dapat No.1 bila peperiksaan..time tadika jugak merasa naik stage berulang kali amik hadiah...rindu...rindu sgt time tadika...*sedih*...

Dah semakin jauh dari tujuan asal post ini... sebenarnya aku nak memperkenalkan orang-orang yang hampir dan berada di sekeliling aku hari-hari... kadang-kadang mereka ni menjadi sumber kekuatan kenapa aku boleh bangun pagi, bersiap cantik-cantik (comel kena lebih), drive laju-laju sbb nak rebut parking dan senyum jer sepanjang masa..dan balik rumah pun hati senang jer...tapi kadang-kadang senyum tu hilang dan boleh tukar jadi sakit hati...tambah-tambah hati dan perasaan orang yang bernama INTAN SUFINAZ ni sgt la sensitif...mudah sgt merajuk, kecik hati, menangis...ni semua kakak sayang (kak yana) aku yang cakap laaa, bkn aku cakap tau..hehe..meh kenal-kenal jom...

1) The Sweet Sour Man : Orang yang pernah singgah dalam hati aku...tapi kini semuanya telah tiada...dia jugak buat aku dah tak lalu nak makan A&W...skgni aku dah tak boleh nak dengar lagu Bias Cinta by Desire sebab ko ckp lagu tu konon-konon lagu kita kan...lagu Nina Karina by Mega pun aku dah tak boleh nak dengar sbb ko suka lagu tu dan suka tukar Nina Karina jd nama aku...sebab "enche sweet sour" tak pasal-pasal aku tak suka dua-dua lagu tu dan A&W turut menjadi mangsa..tp skrg dah pasrah dgn ketentuan...chill Intan!!

2) The Back Up Man : Orang yang mempunyai senyuman yang agak-agak manis gitu...tu yang semangat lebih...dia jugak kadang-kadang menjadi seorang yang mem'back up' juga...thx yer "enche back up" kerana selalu juga mem'back up' saya...gedix pulak intan nih...hehehe

3) The No Answer Man : Dia ni kawan yang baik..tp kadang-kadang wat sakit hati jugak...bila ditanya sesuatu perkara mesti tiada jawapan yg pasti...senyap jer dan soalan tu berlalu begitu saja...takpe la "enche no answer" saya faham situasi kamu...kecik hati ckit jer nih...hahaha

4) The Always Busy Man : Haaaaa...dia ni macam-macam ckit...bkn ckit, tp byk!!! hahaha...camne nak citer pasal dia ni eyh??? payah la pulak...tp kan...dalam macam-macam perangai dia ni, sebenarnya dia ni baik, ambil berat, bertanggungjawab, tak kedekut (terasa sebenarnya nih..hurmm), kadang-kadang dia boleh jadi penyayang jugak...tp dia mmg seorang yang sgt busy...busy carik duit la katakan..."enche always busy" carik duit salah satu sebab nak belanja saya kan??? hehehe..

Credit la kat Kak Yana sebab dia yang bagi idea nama-nama gelaran tersebut...manja tak nama gelaran tuh??? hahaha.... Lepas ni kalau ada aku citer-citer dalam blog nih dan terselit pasal enche-enche di atas silalah harap maklum...

" KADANG-KADANG KITA PERLU SESUATU / SESEORANG UNTUK MENJADI SUMBER INSPIRASI ATAU PEMBERI SEMANGAT - MEREKA BUKAN SESIAPA YER HANYA SEKADAR TEMAN "

Saturday 22 January 2011

~ LIBRESSE : Absorption is Nothing Without Fit ~

Arini aku balik keja dan sampai di rumah dah dekat kul 7.00pm.. Dan ibu pun bagi 1 bungkusan yang cantik... di situ tertulis "LIBRESSE" maka aku pun tersenyum kerana free sample yang aku isi form di website Libresse telah sampai..

* CANTIK PACKAGING DIA *
Thank you Libresse for the sweet sample... packaging dia pun aku dah suka..belum tgk isi dalam lagi...Maka dengan senyuman jugak aku tgk 'sample sanitary pad' yg aku terima..mcm2 color pulak..menarik dan rasa syg pulak nak try...hahaha... This FREE sample you get is NOT FOR SALE... nampak tak amaran kat packaging tuh...nak kasi lagi clear??? look at pic below...

* BLUR BUT STILL CAN SEE 'NOT FOR SALE' *

Just wanna try it and feel the comfort fit first...you wanna try??? just go to www.libresse.com and fill the form to get free sample from them...

" SUKA YANG 'FREE' "

Pump your day with a cup of #MiloFuzeJamPack and you can also tag your friends with the respective Milo Fuze's personalities. It's fun. Try now!

Pump your day with a cup of #MiloFuzeJamPack and you can also tag your friends with the respective Milo Fuze's personalities. It's fun. Try now!

It's the new 2011, sales are everywhere & who wants to reward themselves? Go over to #CelcomGreatSale for more details!

It's the new 2011, sales are everywhere & who wants to reward themselves? Go over to #CelcomGreatSale for more details!

Friday 21 January 2011

~ NEW LOOK! OK KE TAK NIH??? ~

Heh...arini sampai ke malam dari mengadap PC kat office pastu sambung mengadap My Lolly Lappy kat rumah ni... semuanya pasal Ber'BLOG'... Kenapa tah tiba-tiba jer arini macam dapat semangat nak terus bercerita kat blog aku ni... Aritu blog aku berwajah lain... setahun yang lepas.. tp sekarangkan tahun baru so kenalah blog pun berwajah baru... Seharian arini dok belek-belek bukak web sana sini nak cantikkan blog la konon... tapi akhirnya aku buat camni jer.. ok ke tak ok??? aku rasa macam dah cantik jer.. simple and nice to see... penat jer aku dok carik web nak belajar buat banner la, logo la, tamplate la.. yg ni pun cantik gak...(takde orang nak puji biar aku jer yg puji...ambil hati sendiri jer ni)... So, terimalah seadanya wajah baru blog aku ni eyh.. terus membaca jugak... cerita tentang kehidupan... 

" CERITA TENTANG KEHIDUPAN...KELUARGA...SEKELILING... 
INILAH CERITA TENTANG CINTA "

~ HAPPY 30TH BIRTHDAY, ABANG!!! ~

On 20th January 2011 is my brother's birthday...So, to my elders brother, Happy 30th Birthday to you...all family members always pray for your happiness, good health and success in your beautiful life and your best career... This is your last birthday as a single man... Also wish all your planning in 2011 going well and smooth... May GOD bless you always... You such a great brother for me ever and ever... Love you, Bro!!!

* With my brother, Abg Boy *


HAPPY BIRTHDAY ABG BOY!!!