Friday 26 August 2011

{ * STICKY POST * }

THIS IS TOTALLY ABOUT

* BELOVED FAMILY *

* CHINTA SAYANG *
CIK TAN, CIK JAA & MAK NANA

* LUVLY SISTA *
KAKAK-KAKAK KESAYANGAN

* THEM *
I ALWAYS MISS AND LOTS OF LOVE

* FRIENDS *
ALL BELOVED FRIENDS

* OF COZ IT'S ALL ABOUT MYSELF!!! *


Tuesday 23 August 2011

~ INI ADALAH FAKTA YANG BENAR...TOLONG PERCAYA! ~

Hoihhh
Umo ko dah berapa yer Intan???
24 tahun sudahhhhh
Dan selama 24 tahun ni rasanya Ibu dah penat kot
Melayan satu-satunya anak dara dia nih
Ni lah sorang pengarang jantung hati Ibu
Kalau DEMAM...mesti NANGIS!!!!!!

Yang ko dah besar-besar nak merengek tak tentu pasal apsal???
Ikut suka hati aku la kannn...haha
Yang aku menrengek tu kat Ibu aku
Yang aku nak menangis tu kat Ibu aku
Yang aku nak manja-manja tu Ibu aku
Apa korang kesah???

Dah memang dari azali
Perangai yang satu ni memang tak boleh nak tinggalkan
Cengeng...kalau demam mesti nak menangis
Air mata laju jer turun
Walaupun kekadang menangis pun bukan Ibu pujuk...hahahaha


Dan hari ini....
Selepas sebulan...aku DEMAM kembali...

Sebulan sekali mesti demam
Bulan lepas pun demam before pegi Sabah
And now demam kembali
Kembalilah dengan ubat-ubatan


Sunday 21 August 2011

~ SORRY! ~

Hilang sudah entry tersebut
Tetibe jer
Delete sudahhhh...
Adakah sebab entry saya tuh??
Kalau yer, maaf bebanyak
Niat hati saya sungguh ikhlas
Memang lahir dari hati saya sendiri
Maaf kalau kamu tak boleh terima
Bukan sengaja untuk saya berfikir begitu

Ke nak saya pun delete entry saya tuh???

SORRY!!!

Friday 19 August 2011

~ ALHAMDULILLAH...SYUKUR! ~

Semua orang ada hak untuk meluahkan
Kalau boleh semua pun nak diluahkan
Saya juga begitu...mereka juga begitu

Nak cerita serba-serbi
Nak ungkit cerita bertahun-tahun
Nak ungkit kesilapan diri
Nak ungkit kebenaran diri yang orang lain tak nampak
Nak cuba untuk beritahu semua orang
Apa yang ada dalam hati
Kepuasan hati atau ketidakpuasan hati
Nak buka mata semua orang untuk lihat apa yang diri lakukan
Agar mereka sedar dengan kesusahpayahan diri melakukan
Nak bagitau orang lain tentang apa yang dilakukan selama ini
Apa yang dilakukan tidak mendapat perhatian
Malah tiada penghargaan setimpal yang diberikan
Tiada apa yang dibalas tentang apa yang diri lakukan
Kenapa dia, kenapa bukan saya??
Kenapa saya, kenapa bukan dia??

Huh!!!
Macam-macam
Sangat banyak alasan yang diberi
Sangat banyak
Sangat banyak 'mengeluh'
Sangat banyak 'tapi
Sangat banyak 'kenapa'
Sangat banyak 'apsal'
Sangat banyak!

Saya tak cakap saya sesempurna umat
Saya tak cakap saya sesempurna hambaNya
Saya juga belajar setiap hari untuk jadi sesempurna umat
Saya juga berusaha untuk menjadi sesempurna hambaNya
Saya bukanlah baik sangat
Masih alpa dengan keadaan dunia
Ada kala masih mengeluh dengan ujian Tuhan
Ada kala masih mengeluh dengan dugaan diturunkan
Tapi...

Saya susah untuk mempersoalkan tentang kelebihan orang
Saya susah untuk mempersoalkan kekurangan orang
Saya susah untuk membangga diri
Saya susah untuk menunjuk kelebihan diri
Bukan tak pernah buat...tapi susah untuk buat
Pernah buat tapi susah untuk suarakan
Jarang!

Jadi
Jangan putus untuk bersyukur kepadaNya
Segala-galanya yang datang pada kita
Samada baik mahupun tidak
Semuanya datang dari DIA
Segalanya!

Sabagai renungan bersama...

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.
Mensyukuri Nikmat
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan . Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula.
Qana'ah
Dari Abu Hurairah r.a katanya:Nabi saw. bersabda yang maksudnya:Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu.
Dari Abdullah bin Amru bin ˜Ash r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sungguh amat beruntunglah orang yang Islam (berserah diri) dan merasa cukup dengan apa yang direzekikan Allah serta berpada dengan apa yang diberikan-Nya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.
Memiliki Kemampuan Bersyukur
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.

"Rujuklah dan kembalilah kepada DIA...mengadulah dengan DIA..."

Monday 15 August 2011

~ MALU...TAPI 'HAPPY'... ~

Alaaaaa
Belum ada kesempatan nak story pasal entry mengenai lelaki tu
Nanti eyhh...will do later

Haaaaa
Yang ni nak cerita pasal lain
Ala tapi malu pulak...happy pun yer jugak
Hahaha...mengada betul Intan nih
Aicecehhh...lalalalala

Ala bukan apa-apa pun
Bila kita dapat buat sesuatu untuk kesayangan kita
Dan dia menghargainya
Mestilah 'happy' kannnn

Beberapa ketika meninggalkan mereka
Hp saya berbunyi lagu "Tuhan berikan aku cinta"
Itu menandakan ada SMS yang masuk
Wahwah...it's come from him
Hehe...dah agak mesti dia SMS punya
Kata-kata terima kasih dan ayat-ayat menghargai dihantar
Maka..saya tersenyum dan terus tersenyum

~ SMILE :-) ~



Sunday 14 August 2011

~ MENGAPA LELAKI SUKAR MELAFAZKAN MAAF? ~

Haaaa...sila baca artikel di bawah terlebih dahulu
Kemudian kamu akan tahu mengapa artikel ini ada kaitannya
Ada kaitan dengan kisah yang akan diceritakan nnt
Berkenaan saya dan dia
Dia...yer dia tp bukan boifren eyhhh
People can talk everything about others
Saya tak mampu nak menidakkannya
Malah saya tak pernah mengakuinya
Biarlah kata-kata mereka berada di awang-awangan

So, hayati artikel ni
Dan kemuadian kamu akan tahu
Kenapa dia menjadi salah seorang kesayangan saya
*************************************************************************************
Berbanding wanitalelaki adalah insan yang sukar menuturkan kata maaf. Meskipun kenyataan ini mungkin diragui oleh lelaki, namun hakikatnya lelaki memang sukar berbuat demikian lebih-lebih lagi jika berbuat salah kepada pasangan sendiri. Kali ini kami cuba bongkarkan mengapa ayat ‘maaf’ begitu sukar keluar dari mulut lelaki.


Memiliki Ego Yang Terlalu Tinggi
Lelaki yang mempunyai ego tinggi biasanya mengalami kesukaran untuk memohon maaf meskipun jauh di sudut hatinya dia mengakui dirinya memang bersalah. Golongan ini biasanya lebih mengutamakan ‘maruah dirinya’ daripada terpaksa ‘menjatuhkan air mukanya’ sendiri semata-mata terpaksa menuturkan kata maaf. Jadi tidak hairanlah sekiranya lelaki lebih mengutamakan ego sendiri sehingga sanggup mengetepikan hati pasanganya sendiri.

Memperlihatkan Kelemahan Diri
Selain faktor ego yang tinggi, memohon maaf juga bagi lelaki merupakan tindakan yang memperlihatkan kelemahan diri lelaki secara terang-terangan. Sama seperti alasan pertama yang berkaitan dengan gambaran persepsi, kelihatan lemah di hadapan lawan jenis adalah perkara yang sebolehnya cuba dihindari oleh lelaki. Bagi sesetengah lelaki, meminta maaf merupakan simbol kelemahan diri. Malah tindakan tersebut juga menurut lelaki mampu menurunkan harga diri lelaki.

Tidak Suka Mengaku Kesalahan
Segelintir lelaki menganggap kesalahan adalah tanda ketidakmampuan. Jika wanita mengakui kesalahan lelaki dengan meminta maaf dan mengakui kesalahan mereka, lelaki pula bersikap sebaliknya. Sudahlah enggan meminta maaf, golongan ini juga sebaliknya bersikap kasar dan tidak mahu mengaku salah.

Tindakan Berbicara Lebih jelas Daripada Kata Kata
Enggan memohon maaf secara terbuka, sebilangan lelaki mengambil tindakan memohon maaf melalui perlakuan atau perbuatan. Sebagai contoh memberi kejutan kepada mereka. Pemberian hadiah berupa bunga coklat, barang perhiasan atau hadiah-hadiah lain adalah proses komunikasi golongan ini di atas kesalahan yang mereka lakukan. Tindakan ini bagi mereka juga lebih mudah daripada terpaksa meluahkan kata-kata maaf melalui ucapan.

Bimbang Maaf Tidak Diterima
Segelintir lelaki enggan memohon maaf secara terbuka kerana bimbang maafnya tidak diterima. Justeru, tidak hairanlah apabila ada sebilangan lelaki yang berfikiran negatif akan mengalami dilema apabila ingin meminta maaf. Mereka biasanya akan mengalami kocakan emosi dalam membuat keputusan sama ada perlu meminta maaf atau sebaliknya. Malah, mereka juga turut mengalami konflik untuk merencana bagaimana, bila dan di mana tempat yang sesuai untuk menuturkan kata-kata maaf tersebut.

Menghindari Pergaduhan
Ada sebahagian lelaki tidak mahu meminta maaf kerana cuba menghindari pergaduhan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan dia pernah mengalami situasi sulit apabila terpaksa berdepan dengan ‘perang kata-kata’ daripada individu terbabit. Biasanya, apabila meminta maaf dengan wanita, bukan kata-kata damai yang akan didengar sebaliknya mereka terpaksa berdepan dengan kata-kata bebelan sebaik kesalahan mereka dimaafkan.

~ COLORFULL ~

Amboi amboi...
Wane-wani tau belog ku ini
Sakit mata tak??

Wane-wani mengikut wane hati
Wahhh...hati ku berwane-wani laaa

Lalalalaallalaa....

Thursday 11 August 2011

~ TIBA-TIBA ~

Apa yang berlaku sekarang ni
Memang takde punca dan takde sebab
Payah nak cerita nak buat ulasan
Buat sakit kepala je kann

Tapi makin di buat tak tahu makin menjadi pulak
Kank klo terlebih amek tahu tak sedap pulak
Semuanya secara 'tiba-tiba'
Penatlahhhhh...penat...!

Wednesday 10 August 2011

~ TAK FAHAM ~

Ni betul-betul punya tak paham
Argghhhh salah saya ke semua nih??
Tetibe je dia jadi macam tu
Dari awal pagi
Tak tegur langsung
Takde gurauan pon
Takde connection langsung
Langsung takde
Kenapa keadaan ni berlaku??
Adakah sebab kejadian awal pagi itu???
x paham laaa...serius x paham...
At least dia tegur and I can ask why
Tapi...hurm...

Then, u know how much I miss him right??

Ooohhh...tiba-tiba di petang hari...beliau menjadi sungguhhhh baikkkkk....
Tau pun orang merajuk...kecik hati...terasa hati...
Touching tau bila diri diabaikan...tanpa tahu apa salah saya...
Mesti beliau menyedari saya berkecil hati dengan dirinya
Haaaa...sedar pun...nak buat-buat sombong pulakkk...


So, di petang hari beliau menjadi seorang yang sangatlahhh caring...
Konon-konon memujuklah tu...haishhhh

Membuatkan saya bertambah TAK FAHAM!!!

~ SEDIH ~

Tak salahkan luahkan apa yang kita rasa???

Smlm x tau dari mana punca dan sebabnya
Sampai dapat meluahkan semua yg di rasa
Tu semua tanpa dirancang...hurm..
Maaf...sbb Intan paham keadaan akak Intan terpaksa cakap
Sbb Intan merasainya terpaksa Intan luahkan
Tapi Intan doakan keadaan akak akan jadi lebih baik lepas ni
Intan cuba untuk lebih memahami keadaan akak
Walau Intan rasa 'sunyi' sekarang

Keadaan berubah dengan sekelip mata
Keadaan akak merubah semuanya
Tapi Intan tak salahkan akak

Tapi...
Intan rasa 'kehilangan'
Akak memang ada dengan Intan
Akak selalu ada untuk dengar macam-macam untuk Intan ceritakan
Tapi Intan tetap rasa kehilangan
Intan rasa akak fahamkan kenapa???...

Sekarang...
Intan perlu seseorang untuk dengar luahan Intan
Luahan tentang keadaan sekarang
Mungkin bukan akak
Tapi siapa???
Tiada...maka terpaksa pendam jugak
Di sini tempat gantinya
Maka..menangis lagi...
:(

Intan sayang akak...sayang sangat...!

" Everything changed! I really missed all the past we did together... I really missed THEM!!! "

Tuesday 9 August 2011

~ LAGU CINTA...ALAHAI...! ~

Ermmm
Kalau dah dalam hati ni
Tersemat bunga-bunga cinta
Hati ni turut menyanyi riang
Macam-macam lagu dinyanyi
Kalau berbunga cinta, lagunya yang indah-indah je
Kalau berbunga duka, lagunya yang sayu-sayu je
Hai..lagu-lagu ni pun lirik tak ingat
Semua nak yang tersentap di hati
Semua nak yang menusuk ke kalbu

Rasanya ada kot yang bosan
Bosan sebab saya asek nyanyi dan memekak je
Apa nak buat tu je cara boleh melepaskan apa yg di rasa
Nak melepaskan sesak dada dengan seribu macam perkara
Nak melapangkan hati, nak meringankan kepala

Lagi-lagi hati
Kenapa nak salahkan hati?
Nama pun hati
Hati punya perasaan
Kerana hati kita dapat merasa suka dan duka
Kadang-kadang saya rasa bersyukur sangat 
Bersyukur sebab diberi peluang untuk berasa sedih, kecewa dan duka
Sebab dengan mengalaminya saya rasa matang dalam mengawal perasaan
Dengan mengalaminya saya rasa saya belajar menghargai orang supaya dia tak rasa apa yang saya rasa
Supaya dia tak rasa pedihnya dan sakitnya dikecewakan

Orang kata 
"sebelum kita bertemu dengan orang yang betul-betul menyayangi kita, kita perlu hadapi saat-saat dikecewakan..perlu bertemu dengan orang yang akan membuat kita bersedih..."
Orang kata
"Tuhan turunkan ujian kepada hambaNya untuk menguji sejauh mana hambaNya dapat mengendalikan permasaalahan tersebut...dan Tuhan turunkan ujian kepada kita sebab dia tahu kita boleh menghadapinya..."

Jadi...jangan jadikan ujian Tuhan sebagai satu keluhan
Semua yang berlaku ada sebabnya
Semua yang terjadi ada hikmahnya

Di saat ni macam-macam lagu cinta bermain di fikiran ni

One of the song is...

Tuhan Berikan Aku Cinta by Ayushita


Walau aku senyum bukan berarti 
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Monday 8 August 2011

~ KASIH + SAYANG ~


Hurm...
Saya dah terlalu banyak membazir
Membazir perasaan sayang saya pada mereka
Cukuplah untuk saya curahkannya
Biarlah saya simpan untuk orang yang sepatutnya terima 'sayang' itu
Yer, pasti satu masa nanti sayang itu diterima dengan baik oleh seseorang

Saya sendiri tak tahu dan tak pasti
Samada mereka sedar atau tak dengan kehadiran sayang yang saya berikan
Banyak kemungkinan
1st...mungkin mereka sedar tp tak tahu bagaimana nak memberi ekspresi
2nd...mungkin mereka sedar tp mereka buat tak tahu jer
3rd...mungkin mereka tak sedar dengan kehadirannya
4th...hanya mereka yang tahu... :-/ hanya Tuhan yang tahu...

Rasanya betul kata Kak Yana...
"Bila berjauhan atau bila menjauhi...baru sedar akan kehadiran sayang tersebut"
Time tu mulalah masing-masing nak meluahkan rindu

Owh...saya juga sedang merindui seseorang
Sebab sekarang ni saya berjauhan dengannya untuk seketika
Maknanya sayang saya padanya masih ada
Hanya mengharap dia sedar akan kehadiran 'kasih sayang' saya untuknya

Entahlah...sampai bila akan terus begini...

Monday 1 August 2011

~ SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK ~

Fasting month come again
Alhamdulillah...

And I would like to wish to all Muslims
Selamat Berpuasa, Selamat Mendapat Keberkatan dan Selamat Beribadah

I hope this coming Ramadhan can give me more calm
Give me Nur to be more better person
Give me more patient
Give me more happiness
Smile...laugh... :)

Insya-Allah...