Thursday 30 May 2013

~ TAK SEMPAT NAK BER 'IPHONE 5, IPHONE 5S DAH NAK LAUNCH SOON ~

Apple iPhone 6 with 4.7 inch full HD display coming next year? - click title for original article

Apple will launch iPhone 6 next year, according to a report . The report said that the device is expected next year autumn (January-March).
Till now, the grapevine is filled with rumours of Apple launching the next iPhone as soon as this July itself. Most of the reports also said that the phone is to be called as Apple iPhone 5S.

Meanwhile, the recent report said that the Apple iPhone 6 will come with a 4.8 inch full HD resolution display. The display, called the Retina+, will be manufactured by Sharp. Although there are no mentions about the use of naked eye 3D technology anywhere but until the device is officially announced nothing concrete can be said about it.

The iPhone 6 will however will miss out on the hardware home key and will also include eye tracking feature much like the Samsung Galaxy S4 for scrolling pages and documents. The iPhone 6 is expected to be powered with the Apple A7 quad core processor with an expected clock speed of up to 1.8 GHz.

The new Apple iOS 7 would have a much improved user interface without any home screen button, alongside 128 GB of storage as is found in Apple's recent versions of iPad devices.

CREDIT TO YAHOO!

Wednesday 29 May 2013

~ ABANG-ABANG SAYA SANGAT AWESOME TAU! :) ~

Terima kasih abang-abangku yang sangat ohsem lagi terbaik dari ladang
Mana kan ku cari abang-abang seperti mereka???
Sayang sangattttt...sangat!!!!!
Hahahahahaha

Sebab apa???

Tunggu next story...sebelum tu layan gambar 2 orang abang saya ini...



Kikikiki...

Kurusnya mereka dulu...dulu yer...3 tahun yang lepas...hahahaha
Sekarang??? teeetttttt.....

~ PULAU PANGKOR MENJADI PILIHAN UNTUK ANNIVERSARY AYAH & IBU YANG KE-33 ~

Malas nak cerita sebenarnya
Sebab apa tau?? Sebab cuti tak lulus pun lagi....
HADOI!!!!
Saya yang terlewat isi borang ke atau bos yang asik takde kat opis nih???
Nak kata lewat x la jugak...Khamis mggu lepas dah isi dah
Tapi bos ni yang tak masuk opis dari Jumaat sampai harini
Tolong laaaaa...saya mahu cuti....

************************************

Actually plan ke Pangkor ni adalah pada Chinese New Year yang lepas
Tapi memandangkan kami lambat booking hotel segala, maka melepas laaaa
Maka time tu percutian keluarga CNY terpaksa ditukar kepada ke Cameron Highland, Kuala Sepetang & Hotspring Sg. Klah, Sungkai...
Nak balas dendam semula, ktorg plan awal-awal ke Pangkor pada musim cuti sekolah ni
Alhamdulillah, hotel sume selamat di booking
Cuma cuti ni jer yang tak lulus lagi...sabar jela...

Sebenarnya Pangkor ni adalah pilihan Ibu & Ayah tercinta
Patutnya last year lagi ktorg plan nak berjalan-jalan bersama 1 family
Cadangnya nak celebrate Anniversary Ibu & Ayah yang ke-32
Tapi Kak Ipar tengah sarat mengandung time tu...terpaksa pendam hasrat
So, tahun ni Baby Zahra pun dah besar bolehlah berjalan sakan
Ibu & Ayah still pilih Pangkor
Maka, kami 3 beradik prepare everything
Dari perjalanan, program, hotel, makan...demi org tersayang
Dah jadi celebrate Anniversary ke-33 la cani...hahaha
Nak buat Ibu & Ayah gembira, tersenyum dan meluangkan masa dengan anak-anak, menantu dan cucunya...

Bertapa mereka bersusah dahulu dan bersenang kemudian
Saya tau mereka melalui saat getir dalam perkahwinan dan membesarkan anak-anak yg walau tak ramai tapi besar-besar belaka...ehem..ehem...
Tapi kagum, bangga dan penuh hormat dengan susah payah mereka dan bertahannya perkahwinan mereka selama 33 tahun...saya harap kami adik-baradik pun mampu menjadi seperti Ibu & Ayah
Saya berharap sangat saya dapat walau tak banyak tp saya dapat sedikit sifat sabar Ibu
Kagum saya dengan kesabaran Ibu..tak dapat saya nak ceritakan tapi saya tau Ibu saya sangat kuat dan sabar dalam mencari rezeki membantu ayah, sangat bersabar untuk berjimat cermat, sangat bersabar dengan anak-anak yang besar-besar nih, ketabahan dia saya dapat lihat macam mana dia cuba menahan sedih air mata dari turun mengalir...dan sangat kuat dan sabar melawan kesakitan dan penyakitnya
Sebab itu Ibu terus menjadi Ibu dan pendidik buat saya...
Ibu adalah contoh, tapi mampukah saya mencontohi Ibu???
Itulah harapan saya...

Ayah...sampai sekarang tak putus mencari duit untuk keluarga
Bukan tak pernah melarang tapi dia cakap itu hobi dia
Dia tak boleh kalau tak bekerja
Dulu time bekerja, ayah berpanas round satu bandar Seremban
Kerja bahagian tempat letak kereta mestilah cek kereta di tempat parking kan
Macam mana ayah mengambil tugas Ibu saat Ibu melawan sakitnya
Ayah hantar saya ke sekolah dengan motornya...
Bukan tak pernah motor ayah kena tarik...saya jer yang ada di rumah time tu...kelu lidah tak terkata..
Masa saya belajar di UiTM Segamat, setiap 2 minggu saya mesti nak balik Seremban
Ke Seremban naik bas, balik ke Segamat ayah jugak yang hantar
Kalau time saya tak balik, Ayah & Ibu mesti datang jenguk..
Ayah tolong abang sepupu dia pasang khemah untuk kenduru kahwin
Angkat besi khemah, pasang scalop khemah
Saya pun pernah tolong ayah kadang-kadang sampai pagi
Bila dah pencen, ayah usahakan kebun...
Sambil tu buat jugak kerja pasang khemah nih
Kalau ada irang meninggal dunia, ayah tolong jugak bawak van jenazah tu
Semua tu ayah buat untuk dapat income nak teruskan hidup menyara keluarga
Ya Allah...temukanlah saya dengan lelaki yang boleh menjadi walau sedikit menyerupai sikap dan azamnya seperti ayah... :(

Kami adik-beradik??? Bukan nak bangga diri...
Kami setiap bulan memang ada khas untuk Ibu & Ayah
Kami tak boleh nak halang niat ayah & ibu
Kata ayah & ibu, mereka nak tinggalkan sesuatu untuk anak cucu
Kebun ni nanti tempat cucu-cucu main pondok-pondok
Kita boleh berkumpul ramai-ramai nanti...

In shaa Allah...itu janji Allah untuk orang-orang yang berusaha dan berbakti kepada peluang dariNya...

**********************************

Tengah berusaha susun tentatif ke Pangkor
Apa-apa pun cuti tetap cuti
Selesaikan segalanya sebelum bercuti
Hoyehhhh...ada 5 assignment tak siap lagi...
Huk..huk...huk.... hurmmmm :(

Tuesday 28 May 2013

~ BERHATI-HATI WALAU DI MANA SAHAJA ANDA BERADA ~

Macam-macam yang berlaku di luar sana
Saya ni berada di Seremban, pergi kerja - balik kerja
Laluan hari-hari sama jer...xder melencong ke mana pun
Kalau wikend selain ada kelas di Shah Alam, saya habiskan masa di rumah
Jarang sekali merayau-rayau...melainkan family ada plan ke mana-mana
Paling tidak pun ke rumah abang di Cheras atau Tanjung Malim
Masih lagi laluan yang sama...tak berubah pun..
Jadi, saya kurang arif dengan keadaan di bandar-bandar besar yang penuh dengan bermacam orang, ragam orang, rupa orang...selain orang, kereta pun memacam rupa...motor pun bermacam gaya...

Selepas saya baca entry dari Along SURIA AMANDA, saya terfikir pulak sikit sebanyak tentang keselamatan diri nih
Kalau di seremban ni pun macam-macam dah berlaku, inikan pulak bandar besar KL tuh

So guys, please be more carefull of yourself
Your own place are not safe anymore
Watch out every single step out there

**********************************

Credit to Along...copy yeh...tq....


Lelaki ni selalu menipu pemandu kereta di laluan Lebuhraya Maharajelala, Federal Highway dan Jalan Syed Putra, modus operandi dia lelaki ini akan tuang minyak brek pada tayar kereta hadapan dan akan bgitau pemandu yg sedang memandu bahawa kereta mereka rosak. Dia akan offer utk baiki dan kite perlu bayar rm360 sedangkan kereta kita tidak rosak...hati2 dan sebarkan.

Friday 17 May 2013

~ PEPERIKSAAN PENOLONG JURUAUDIT W27 ~

Esok 18 Mei 2013
Rasanya kat semua tempat pun dijalankan serentak
Dan saya adalah salah seorang calonnya
Dan tempat exam saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor

Kena gerak awal ni sebab dia nak kita smpi situ 30minit sebelum exam start
Makanya 8.30pg mesti dah ada kat sana..
Kenalah keluar rumah jam 8.00pg cenggini

Persiapan saya takdelah hebat sangat
Sekadar membaca tentang audit dan membaca isu semasa
Rasanya isu semasa masih benda yang sama...PRU
Mungkin ada tambahan sikit-sikit berkaitan ekonomi ker
Wallahhh...dah lama tinggalkan ekonomi nih

Tak boleh nak cakap lebih-lebih lagi
Nanti saya buat entry selepas exam
Pengalaman exam Penolong Juruaudit W27 untuk korang-korang yang mungkin bakal calonnya pada masa akan datang...nantikan yer...

Oleh itu...marilah doakan untuk saya semoga segalanya dipermudahkan dan berjaya menjawab soalan-soalan dengan jayanya...seterusnya berjaya pulak dipanggil untuk temuduga...in shaa Allah... :)

Wednesday 15 May 2013

~ TIPS DAN PENGALAMAN TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 ~

Okey...seperti yang dijanjikan..
Nak share pengalaman interview semalam
Sekarang ni musim interview Penolong Pegawai Tadbir N27..
Kalau anda salah seorang yang bakal berhadapan dengan temuduga ini, silalah baca pengalaman saya..
Bukanlah nak cakap nnt korg pun akan ditanya benda yang sama, tapi gambaran untuk korg fikir-fikirkan soalan-soalan yang dorg akan tanya nanti...so, bolehlah ready jawapan kannn...hehe
Yang pastinya setiap orang berbeza...soalan ditanya berbeza, temph interview pun berbeza..
Kalau korang naik gred penjawat awam, lagi lama dek nooonnnn
Kalau korang pernah atau sedang bekerja, boleh tahan lama jugak
Kalau korang fresh graduate, tak lama sgt...
Sebab apa tau?? sebab dorg akan soh cerita tentang kerja korg tu...

Mari meh baca pengalaman saya...

Tunggu dari jam 9.00am, tapi turn jam 12.45pm...dasyat tak?? lapar wehhh...bila dorg dah panggil masuk bilik tu, silalah korang ketuk pintu dahulu baru buka dan masuk...tolong lemparkan senyuman anda walaupun mereka tak berapa nak balas senyuman itu...beragama Islam?? berilah As salam... Terus serahkan fail anda yang berisi sijil-sijil dan resume paling hebat korg tu pada 2 interviewer tersebut...mereka akan silakan anda duduk..kalo dorg x silakan, sila tanya 'boleh saya duduk?' dan ucapkan terima kasih...okeh, sekarang musim handbag besar-besar..apa namo eyh?? tote bag kan?? sila letak di bawah walaupun sebelah anda ada sebuah lagi kerusi yang tidak diduduki..letakkan handbag Gucci, Coach, Carlo Rino anda di bawah sebelah kerusi yang anda duduk....ok selesai step masuk bilik interview dan duduk...

Sebelum-sebelum ni kalau pegi interview, dorg akan cakap "perkenalkan diri anda"..xpun "ceritakan serba-sedikit tentang diri anda"...ooo sekrang x trend dah macam tu...dorg tanya terus "Puan tinggal di mana?" "Jam berapa sampai sini td?" "Dalam surat tulis pukul berapa?"...nampak tak itu adalah soalan trick menguji ketepatan masa anda...pastikan sampai awal tau...Mereka akan terus tanya "bekerja dimana?" "pengalaman kerja?"...ceritakan tentang "pengalaman kerja anda dan kerja terkini"... "Apa yang anda faham tentang jawatan ini?" "Bidang tugas jawatan ini relate tak dengan kerja sekarang? ceritakan sikit..." Lepas tu mereka akan terus mengajukan soalan ala-ala menyelesaikan masalah...sbgai cth, "Puan bgtau td sebelum ini pernah bekerja berhadapan orang ramai, pernah tak berhadapan dengan pelanggan yang marah-marah?...macam mana mengatasi masalah ketika itu?? "Puan bgtau tugas terkini puan menyelia staff2 dari segi permohonan cuti, dan sebagainya...sekiranya seorg staff kehabisan annual leave dan perlu mengambil cuti disebabkan masalah tak dapat dielakkan, apa tindakan puan?" Haaaaa....sila bersedia dengan jawapan yang bernas dan pastikan jujur! Bila kita jujur beri jawapan, kita akan lebih berkeyakinan...

Seterusnya....mereka ada tanya pada saya "Siapakah menteri yang masih berkhidmat atau tidak lagi berkhidmat yang menjadi kekaguman kepada puan?"...ok di sini saya jawab Tun Mahathir bin Mohamad... amek kau sekali dia tanya "apakah dasar yang telah dibawa oleh beliau sepanjang perkhidmatannya?" Saya adalah jawab skit-skit dan ada sebut KLCC sebagai lambang Malaysia juga... di tanya pulak "Apa significan pembinaan KLCC tu? Apa relevannya? Bina menara tinggi-tinggi menghabiskan duit rakyat...tak membazir ke??" Haaaaa...sekali lagi gedebuk kena kat aku...PR rupanya interviewer nih...hahahaha...tp aku jawab bersungguh-sungguh tau..biar dia rasa aku macam tau tp sebenarnya bantai ajo...haha...

Kalau dah memohon penjawatan awam kan, mestilah PRO kerajaan kita...so dia tanya "Puan pergi mengundi haritu? Pusat mengundi di mana? Dun dan parlimen apa yer? Sapa calon-calon di sana?"... Aku pun jawablah tp dalam kepala otak, inilah isu semasa yang dia nak tanya ghupenye...sibaik aku ingat dan tau.. Dan-dan dia tanya lepas tu, "selama calon tu menjadi wakil rakyat di kawasan Puan, apakah kemajuan yang beliau telah bawa?"...dalam hati ni...jujur Intan jujur... Puk pak puk pak aku jawab...siap ada ayat 'apa yang saya nampak dan saya lalu hari-hari'..kikiki...

Dan akhir sekali semestinya dia tanya "Puan bersedia untuk ditempatkan di mana-mana sekiranya berjaya dalam temuduga ini?? Sabah dan Sarawak??" Haruslah jawab YA!!!! Saya bersedia!!!!... Dan tamatlah sesi temuduga bila dia ckp, kami akan hubungi Puan sekiranya Puan berjaya...

Haaaa...haaaa... ingat dah abes interview nak trus kuar jer..?? Amik fail korang semula dan ucapkan terima kasih dan As Salam...lagi manis begitu...sejuk hati mereka tau...naik markah skit...kihkihkih...

Setelah beberapa kali pergi interview SPA nih, saya yakin yang kita sebenarnya perlu JUJUR dalam memberi jawapan kepada interviewer...bila kita JUJUR, kita akan kelihatan lebih berkeyakinan...baru dia ada rasa percaya pada kita...sbb saya rasa kalini baru saya jujur dalam interview...sebelum interview ofcoz berdebar..selepas interview rasa tenang dan nak menangis rasanya...phewww... :)

SELAMAT BERJAYA KORANG....INGAT WALAU APA PUN KITA KENA ADA USAHA, BERDOA DAN TAWAKAL...IN SHAA ALLAH...

Tuesday 14 May 2013

~ SPA8 : INTERVIEW & EXAM ~

As salam...
Minggu yang menguji ketahanan hati dan semangat diri dah berlalu minggu lepas
Kena build up semula kecekalan hati... :)

Minggu ni sekali lagi menjadi minggu yang menguji kewibawaan diri
Aicecehhhh...ayat nak 'world!' jer ko ni Intan
Minggu ni saya serahkan penghargaan minggu terbaik buat SPA8!
SPA8 ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia...kot la korang tak tau...
Kenapa??? Sebab dia panggil interview sekali dengan exam dalam 1 minggu
Weh, dah la ko bagi surat lambat sampai, tak sempat nak mempersiapkan diri dengan jayanya
Sah-sah saya neves tak hingat...dah la mengantuk je bila membaca...isu tak laen tak bukan PRU13 yang kalah pahat bunyik-bunyik eyh...bersyukurlah...bersyukur!!!
Eh, tp kan silap saya jugak tak bukak email...kihkihkih...sah-sah dorg email tau!
Kalo korang nak tau, ni menjadi interview SPA ke-4 buat saya...kalo tak salah laaa...
Exam-exam ni 1st time...xpernah lagi kena g exam-exam nih...
Saya kuatkan jugak berusaha dan berusaha..mana tau setiap kali berusaha, rezeki pun sampai nnt
Dapat keja Gomen...dapat saya salam ngan PM nnt...paling tidak pun TPM laa...
Yela..yela...berangan je kan...bagi Khairy Jamaluddin jela...hahahaha :)


Maka, hari ni saya menggagahkan kaki melangkah ke Wisma Persekutuan, N. Sembilan untuk sesi interview di Jabatan Tenaga Kerja, N. Sembilan
Tak lalu nak makan...minum setitik air pun tak...mata mengantuk tak hengat
Kena pulak menunggu turn sampai 4 jam...korg igt apa yang saya rasa time tu??
Dari neves, dah jadi tak neves, sampai turn dah neves balik + lapar = menggigil badan ku
Tapi..tapi...kita kena cool jer...jawab apa jua soalan dengan bersungguh dan yakin!
Rasanya inilah interview yang paling berjaya saya pegi...tapi result berjaya tak itu wallahualam...

*** Nanti saya update pasal soalan-soalan yang dorang tanya...NANTI tau...NANTI... ***

Dannnnnn....
This coming Saturday saya ada exam pulakkkk
Ni lagi apa nak baca pun tak tau laaa
Kalo jawapan A,B,C,D tu boleh je siap-siap bawak dadu
Ini rasanya macam kena jawab secara bertulis
Alamakkkk....dalam kepala ni dok ingat isu semasa PRU...PRU...PRU...Perhimpunan Bantahan PRU...BERSIH...PRU lg...tak berkembang btol...
Ke ada soalan pasal kemalangan 12 Mei 2013, jam 4.30pm di highway arah ke Shah Alam dari Nilai?? Ternampak pulak mayatnya terbujur kaku di jalanraya...
Kalo ada pasal tu mesti jawab dengan betul...sebab lalu aritu betul2 baru terjadi...iskkk...


Haaa..yg buat lagi tak best kan, exam ni mengganggu tarikh saya sepatutnya ke Kursus Perkahwinan bersama BFF saya...abes tu??? nnt kena g Kursus kawen sendiri la ni kannn...dah la pasangan orang jauh...
Eh??? orang jauh ker...dah tak jadi dahhhhh...sobsob...

Apa pun... Berusaha Berdoa Bertawakal kepada Allah S.W.T...
In shaa Allah, kalo kejayaan telah ditetapkan olehNya buat saya, Alhamdulillah...
Kalo sebaliknya, jangan kecewa untuk meneruskan kehidupan seperti biasa...

Wallahualam...

Tuesday 7 May 2013

~ CORETAN PRU13 ~


Haaaa...saya bukan nak cerita parti itu parti ini
Ideologi adalah hak masing-masing
Hak demokrasi rakyat serta hak bersuara
Tapi...hak seseorang utk dihormati adalah penting juga
Hormati orang lain, hormati perasaan orang laen, pendapat mereka juga
Jangan melenting tak tentu pasal
Jangan lakukan provokasi, fitnah, caci-maki, hina-menghina
Jangan keterlaluan yer sayang-sayangku sekalian
Walaubagaimanapun, semuanya sudah selesai...
Semoga pentadbiran kerajaan yang dipilih akan teruskan berkhidmat untuk agama Islam, negara dan rakyat Malaysia..sebagai rakyat Malaysia, doakan yang terbaik untuk semua..
In shaa Allah...Alhamdulillah...

So...kembali pada topik asal yang ingin dikongsi..hikhik
Belum pape dah rasa kelakar nak gelak jer..
Semalam PRU13...saya adalah pengundi di kawasan .......... hahaha
tak penting pun nak tau..
Macam-macam gelagat orang pegi mengundi
Sebelum apa-apa, saya nak set kepada berfikiran positif dulu

"Dia nak pegi kenduri kot lepas ni"
"Oh, mungkin dia nak pegi dating la tu lps ngundi ni"
"Hamboi makcik, ada pertandingan ratu kebaya ker??"
"Dia baru beli kot dress poplook tu..."

Tapi yelahkan...manusia...
Tetap nak berfikiran sedikit negatif

"Pergi mengundi je kot, dress up kemain lagi ko kak..."
"Apsal la nak beriya ber'heel' bagai dia nih...kan dah sakit kaki beratur lelame nih"
"Hamboi ber dress kemain lg...sape nak tgk kak oi"
"Tingginya sanggul akak nih...pearl haya kerrr??"
"Pergh makcik ni ber makeup bagai...kebaya xnak pakai???"

Tak ketinggalan jugak...

"Kot yer pun tempat ngundi ni sebelah/belakang/depan rumah engko, xder baju lagi sopan ker??? Baju kelawar jer yg ade???"
"Alahai kak oiii..tutup la aurat sikit...takkan nak pakai short pant dtg ngundi..."
"Takde lagi ketat ke baju ko dik???"
"Mak aiii...siap dengan skirt terbelah dtg ngundi..."

Heran tak??? perempuan jer kan...
Lelaki pun ade juga...

"Bulu kaki sikit punya semak siap tersimpul lg...xder suar pjg ke bang oi"
"Pergh brader ni...siap ngn body shirt lg...polo ker??"
"Berkemeja la abang ni....petugas SPR eyhhh???"

Ditambah dengan yang last skali ni...

"Ai brader ni semart kot dengan baju beruniform dia...opsss...Abg polis jaga depan pintu bilik ngundi laaaa..."

Hahahahahaha...nampak tak ape yang saya nak sampai kan???


Kena sesuaikan penampilan dengan situasi dan keadaan...PRU ni pun dikira sesuatu yang rasmi untuk negara kita...tak perlu untuk berformal sgt tp cukup sekadar kemas, sedap mata memandang, xperlu make up tebal2...yang penting menutup aurat...


P/S: Rasa-rasa ada tak yang siap dengan pengilat kuku memasing??? kilatlah dengan warna apa pun, tetap jari telunjuk tangan kiri berwarna biru...itu maknanya kita semua rakyat Malaysia yang berjaya menunaikan tanggungjawab kita...tahniah u olssss!!!

Saturday 4 May 2013

Simple Giveaway By Nina dan Hani

Assalamualaikum , Alhamdulillah akhirnya terlaksana juga nak adakan Giveaway yang simple tetapi hadiah yang lumayan . Semoga GA ini berjalan dengan lancar dan semua dijemput untuk join . GA kali ini 2 blogger berkolabrasi bersama . Diyana Hani dan Mazelina Zaini .


Syarat-syarat :
  1. Follow Blog Mazelina , Diyana Hani  &  Sponsor (diperiksa)
  2. Buat Entry bertajuk Simple Giveaway By Nina dan Hani
  3. Copy coding entry yang telah disediakan dan pastekan di ruangan HTML & publish
  4. Like -->
  5. Like page INI dan like INI jugak!
  6. Letakkan URL Entry GA di ruangan komen Diyana Hani sahaja*

credit: Kak Mia Liana

Hadiah yang bakal dimenangi ialah :


  1. 3 Top Referral daripada blog MAZELINA & 3 Top Referral dari blog Diyana Hani - TSHIRT Running Man
  2. Seorang Pemenang bertuah dengan blog yang Cantik , Kemas , Menarik akan memenangi 1 Blouse Tribal & 1 Button
  3. 24 Orang Pemenang Cabutan Bertuah akan memenangi Tshirt Running Man
  4. Hadiah Saguhati kepada 4 orang blogger 

Jumlah hadiah : 34 Hadiah ^^

Syarat yang senang kan ? Jom Promote dan menjadi Top Referral . Hadiah tentu akan menjadi milik anda !
Pastekan URL GA hanya di entry Diyana Hani !