Sunday 30 September 2012

~ HAPPY BIRTHDAY ~

27 SEPTEMBER...

Utk beberapa tahun kebelakangan bermula sy bekerja di tmpt kerja sekarang ni, tarikh tu menjadi antara tarikh2 pntg utk sy ingati..dah 3tahun rasanya.. Boleh kata sebaris dengan family sy..

Happy Birthday, Abg..!!!

I always pray for ur happiness with ur beloved family..hv a good health, hv a good career, and being such a good brother..may Allah blessed u, ur family and also ur life..

:-)

Tuesday 25 September 2012

~ 4 KATEGORI HATI DALAM ISLAM ~


As-Salam.
Hati - boleh terbit sebagai satu kiasan simbolik tentang perasaan, walhal ia sebenarnya organ manusia yang berwarna merah. Hati adalah organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman. Ia melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas.

Istilah perubatan yang berkaitan dengan hati sering kali bermula dari perkataan Greek bagi hati iaitu hepar, menjadi hepato- atau hepatic. Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen.

Namun, simboliknya di dalam hati tersimpan emosi dan perasaan. Malah, ia merupakan 'organ' yang perlu dijaga dengan baik agar tidak dibusukkan dengan sifat-sifat keji yang datangnya dari manusia sendiri.

Hati, dalam Islam sangat dititiberatkan. Malah, sebagai seorang Muslim, wajib baginya menjaga kesucian dan kebersihan hati. Sebaik baik hati yang dikasihi oleh Allah Taala ialah hati yang suci murni dari segala kebatilan dan keraguan, bersih dari segala aneka rupa kejahatan. Hati yang sentiasa tunduk kepada yang hak dan petunjuk yang diliputi oleh kebajikan dan kebaikan.

4 Kategori Hati Menurut Islam
  • Hati yang tidak berselaput (dengan syak wasangka) padanya terdapat sebuah lampu yang menerangi. Itulah hati seorang mukmin.
  • Hati yang Hitam dan tidak mementu tempatnya. Itulah hati seorang kafir.
  • Hati yang dibelenggu diatas kulitnya. Itulah hati seorang munafik.
  • Hati yang mendatar padanya iman dan nifaq, maka perumpamaan iman yang meliputinya seperti sebatang sayuran yang disirami tawar dan perumpamaan nifaq yang ada padanya juga, seperti setompok kudis yang diselaputi oleh nanah dan darah busuk. Yang mana diantara keduanya yang berkuasa ke situlah hati akan tertarik.


***********************************

Maka...anda pemilik HATI yang bagaimana? Tepuk dada tanya HATI...

~ RISAU ~

Cuma nak ckp hati ni risau sgt...
Jarang sekali beliau jd begini..
Apsal nak risau sgt nih Intan???
Sbb di dah jd sebahagian dari hidup sy sbb tu sy risau
Kalau tak, takdelah nak risau mcmni
Makan ke tidak...aduhai hati...terlalu concern betullah..
Semoga dia kuat...terus kuat...untuk sembuh secepat mungkin

Makin dekat harinya, makin x sihat pulak kamu yer...

~ 1ST TIME BERSAUNA ~

Okeh..bersauna..
Sebenarnya meneman bakal perantin tu berspa & bersauna
Tapi mmg hati ni dah terdetik nak mencuba bersauna, maka bersetujulah

Seriusly mmg saya amatlah suka dgn bersauna
Tapi...bagi yg ada asthma tu jgn sesekali mencuba
Wap panas yang dikeluarkan akan menyukarkan kita bernafas
Alhamdulillah, sy berjaya duduk dlm sauna room tu selama 20minit

Keluar dari sauna room, rasa macam fresh pulak
Pastu duduk2 rehatkan badan dan keringkan peluh yg dah keluar tu sebelum mandi
Tenang jer hati lepas tu...
Tapiiii.....dah balik umah trus mengantuk tak hingat..
Tido pun awal..kikiki...

Tgk2 tempat sauna yg saya pergi tu
Nampak exclusive...tp harga berpatutan..
Akak-akak kat sana pun best..friendly..









~ GOING OUT WITH BFF ~

Since one of my BFF will be marry this becoming weekend, so we decide to going out together
Only 4 of us but it's so hard to make all to join the 'makan-makan' time
It's ok laaa....yang penting pada hari bahagia beliau kitorg semua ada di samping dia...

Layan jer gambar ronggeng Cik Salmah ni yerrr...

 Mushroom Soup ni not recommended...huhu

 Cala-cala for me! best...

 Citrus Mint for Mak Nana...

 Blue Ice for bakal perantin...Cikja!!

 Mak Nana

 Cikja's Dish..

 Ini juga...

 Bakal perantin...Cikja!!!

 Mak nana n Me...Fish n Chip the best!

Haruslah ada gambar tuan tanah..hehe

Friday 21 September 2012

~ AKU YANG TERSAKITI BY JUDIKA ~

Hari ni, jatuh cinta lagi dgn lagu
Aku Yang Tersakiti by Judika
Lirik tak menahan..mendalam maksudnya...

Meh layan sendiri video dan lirik lagu nih...
:-)


Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)

Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

****************************************

Ermmm...
Bukan tidak menerima kenyataan, tapi sukar utk melupakan
macam-macam kenangan yang bermain di fikiran
Redha..ye saya redha...

"Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia"

~ BILA RASA ITU MULAI HADIR ~

Jangan frust sgt ye Intan..
Nnt jd stress susah pulak..

But I can't for not to think about him
If this is the best decision for him, sy redha..
With his reason, who am I to halang his decision..
And he looks happy to move on..
Don't know how to look forward of my day without him...

Sape lg kawan nak gadoh..nak manja..
Sape lg kawan nak share cerita..
Sape lg kawan yg bole wat sy senyum klo sy marah,sedih..

Oh,mcm mana sy nak mengekspresikan diri sy di hari terakhir dia..

Will miss him..

Wednesday 19 September 2012

~ LONTONG ~

Syawal dah berlalu...
Sekarang ialah Zulkaedah...
Cepat masa berlalu...
Masih tiada perubahan apa-apa.. :-s

Dah dah...nak cerita pasal lontong
Raya dah abes tp saja belajar masak lontong dengan Ibu
Kebetulan bahan-bahan semua ada...
Nasi impit masa jamuan raya Bakesu tu ada berlebih
Sebab tu buat lontong..klo tak nanti nasi tu membazir jer

Meh usha-usha gambar sesi memasak lontong

Antara sayuran yang digunakan dalam masakan

Tempe dan tahu yang telah digoreng


Saja tambah terung telunjuk + bendi - hasil dari kebun ibu & ayah

Soo hoon...cmtu ke ejaannye eyh??

Tak sempat snap gambar sayur pucuk tahu..dah masuk dulu dalam periuk...

 Hasil lontong yang dimasak oleh saya dan dijar oleh ibu

 Makan dengan sambal udang petai...mabeles..


Okeh..sekarang dah pandai masak lontong
Kata ayah, "sedap la dik..."
Semangat lagi mau masak-masak lepas ni...

Sekarang saya rajin bawak bekal g opis
Paling tidak untuk breakfast..
Nanti saya share resepi sandwich & torttilla yer..
Nyum..nyum...

Monday 17 September 2012

~ SERIOUSLY, I MEANT IT ~


Suddenly I thought about this
If I got another offer, so I say YES to move...
Step out from these complicated situation of my job..
Really feel so tired, sangat!!!
And I nearly got Hypertension during working here..(eh eh..hurmmm)
How long I can stand for all this, I don't know...
I just can pray and pray and pray to be good as I can
And I waiting for that moment...

Stress la pulakkkk...adoi!

Friday 14 September 2012

TESTING..ENTRY BY PHONE

Percubaan..percubaan.. ;-)

~ MISSING YOU LIKE CRAZY ~

And now I always remind myself
That you always being for me
A part of my life..a part of my family
Your worries goes same as me
Until today I never failed to received at least one SMS from you
Even not for everyday, but at the time I needs you always be my side
That's why I never felt that you far from me but you always being to me
This the way you want...the different way...
And I'm happy after I'm suffered...
And I know there are some concerned between you and me
At least I know you taking care about me from a far
Thank you for everything..

~ REVIEW DI HOSPITAL PUTRAJAYA ~

Yang sebenarnya hopital ni hospital baru
Kira barulah kan...so mereka menyusun atur segalanya dengan baik

Pertama kali menjejakkan kaki ke Hospital Putrajaya
Superb!!! Canggih kot...
Masuk je Main Lobby, air cond weeeyyyyhhhh
Jam masa tu pukul 4.00pm..
Lagi 1/2jam waktu melawat...
Kalau kat HTJS ni dah beratur org nak rebut-rebut naik lift...
Kat HPJ??? Tak payah semua tu...jalan lenggang kangkong lg tau..
Naik lift?? Tak payah nak berebut-rebut...
Suasana?? Tak haruk pikuk tau...senyap sunyi jer...
Cool gilos HPJ nih...

Main Lobby HPJ...

 Okeh..kat situ la semuanya ada...oxygen wall, vacuum, plug point, switch lampu, nurses caller..
Tersusun jer..

Close up nurses caller..bkn tu jer, switch lampu pun ade kat sini...
klo patient tu xder org yg tggu n perlukan bantuan nurse, caller ni akan diletakkan di sebelah patient..

Cabinet untuk letak barang...abaikanlah barang yg bersepah itu..hahaha

 Close up patient bed...nak rendahkan or tinggikan bed, just pijak jer yg wane itam tu...
Nnt smooth je bed to moving...

Ops...Radicare ler kat sane...saje amek gmbr PPM sticker dorg...kikiki

Okeh...cukuplah review utk Hospital Putrajaya ni...
Kesimpulannya, ni kategori hospital elit..
Mmglah canggih kan...baru lagi...
:)))

Thursday 13 September 2012

~ 050912 - 100912 : BERMASTAUTIN DI HOSPITAL PUTRAJAYA ~

Salam semua...
Minggu ni adalah minggu nak recovered dari sakit2 badan, penat, kurang tido dan demam
Masalahnya demam ni semakin menjadi-jadi pulak..
Selsema pun dah munculkan diri...tonsillitis saya masih ada sekali-sekala
Suara ala-ala Ella kata Azmi...aduyaiii...
Mana taknye, sepanjang teman Ibu di Hospital Putrajaya 24hrs duduk dalam air cond!!!

Just nak story apa yang berlaku last week...
My mum warded kat Hospital Putrajaya since 5/9/12 until 10/9/12
Just did the thyroid operation on 7/9/12
Jangka masa sebenar operation tersebut kuranglah pasti
Tapi kalau dikira dari Ibu ditolak masuk ke Operation Room lebih kurang 5hours
Dari jam 11.45am hingga jam 4.30pm...
Kitorg adik beradik dan ayah semua setia menunggu di ruang menunggu yang disediakan
Dalam bilik tu siap ada screen besar yang akan update kat ktorg samada operation sedang dijalankan atau ada diantara patient2 yang dihantar ke ICU..semua update kat situ..so waris2 yang menunggu akan taulah perkembangan...

Thanks a lot kat Pakngah, Makngah, Nabhan, Acik, Cikya, Makteh, Aisyah, Faiq, Anis & terutama sekali Nenda tercinta...dah sampai awal walaupun Ibu belum keluar dari Operation Room...
Semangat yang beginilah kami sekeluarga perlukan...at least ada support utk ktorg faced all happened..

Walaupun ada yang cakap, Operation ni mesti ok jer..
Tapi utk kami sekeluarga, tetap menyentuh hati bila tgk Ibu utk kesekian kalinya berdepan dengan ujian Allah...terutama bila selepas je operation, Ibu di tolak ke ward semula...saya memang tak boleh menahan air mata melihat keadaan Ibu dgn tiub sana sini...sesekali Ibu batuk, keadaannya sgt teruk...saya tak kuat untuk itu...mujur ada abg-abg dan kakak-kakak ipar yg menenangkan saya..
Alhamdulillah, Ibu tak mengalami komplikasi...sebelum operation, doktor menerangkan macam-macam tentang komplikasi...samada akan berlaku bleeding dan terpaksa masukkan darah...risiko masukkan darah adalah HIV..sedihkan...syukur sgt redha Allah sentiasa bersama Ibu...Ibu tak mengalami bleeding yang teruk..peti suara Ibu pun tak disentuh tp suara Ibu tetap hilang skit kesan dari dimasukkan tiub melalui tekak..ada 1 drain utk keluarkan cecair dan lebihan darah kotor yang dipasang...

Sepanjang 5hari 4malam saya bersama Ibu di ward, sedih hati bila doktor kerap mengambil darah Ibu..
Sampai lebam-lebam tangan Ibu kesan dari ambil darah tu...
Sampai harini kesan-kesan tu semua masih jelas kelihatan..biru-biru tangan Ibu...

Hari Isnin 10/9/12, dgn berat hti doktor benarkan Ibu discharge...tapi doktor pesan Ibu perlu minum air dgn banyak supaya degupan nadi perlu distabilkan semula...so, happy dapat pulang ke rumah...
Keadaan Ibu bila mula-mula kembali ke rumah???
Lemah sgt sbb tak boleh minum..bila minum jer dia tersedak & terbatuk...
Makan pun tak selera sbb asek kena makan bubur jer...
Suara tak jelas...serak...slow sgt...
Sbb tu Ibu lemah...sembahyang pun kena duduk...takut kepala pening...

Selepas beberapa hari di rumah...keadaan Ibu semakin baik..
Dia dah boleh bergerak sendiri ke dapur utk amek air, boleh mandi sendiri, boleh buat breakfast sendiri (roti je la)...makan pun dah ok...cuma kalo minum air still tersedak dan terbatuk...suara pun tak bape nak keluar sangat tapi ada perkembangan yang baik...

Saat saya menaip entry ni, ayah bawak Ibu jalan2 melihat panorama malam..
Pening juga asek berkurung kat dalam rumah...kat ward pun berkurung seminggu... :)
Sesekali bawak keluar luas sikit pandangan mata...

Saya pasti sgt warga Wad Surgical 3B Hospital Putrajaya tak baca pun belog saya
Tapi saya harap angin akan membawa perkhabaran ini pada mereka
Ikhlas dari hati...sepanjang berada di wad saya berasa sangat selesa
Terima kasih buat Specialist, Medical Officer, Doctors, Nurses, Practical Nurses (Masterskill) & All Staff at Ward Surgical 3B Hospital Putrajaya atas layanan yang baik dan keselesaan yang diberi sepanjang 6 hari Ibu di ward dan 5 hari saya meneman Ibu... :)))

Meh nak share antara gambar yang sempat saya snap...

Ni masa 1st day jaga Ibu (6/9/12) sehari sebelum operation..
Ibu dinner dgn makanan hospital..sy?? sempat buat bekal tau..hahaha

 Ni hari operation (7/9/12)..antara dokumen yang kena bawak masuk Operation Room

 Ibu ready untuk ke OR..tgk muka Ibu..pasrah kan??

 Selepas operation..kena drip dan oxygen...

 Miss Anita adalah specialist yang mengetuai team yg menjalankan operation

 Ni pada 9/9/12...doktor dah bukak tampalan...tu kesan operation..still berdarah lagi...
Yang masih bertampal adalah tiub untuk drain...

Malam 9/9/12...kena drip semula sebab kurang air, darah rendah dan nadi laju...


Alhamdulillah...syukur sangat semuanya berjalan lancar...
Sekarang ni kena bantu Ibu untuk melancarkan semula percakapannya...
InsyaAllah everything become as normal..
:)

Saturday 8 September 2012

~ ENTRY1/2BISU 2: PENANGAN ADAM & HAWA ~

 MUARA HATI (OST ADAM & HAWA)
by Hafiz & Siti Nurhaliza



Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

[Chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang chorus]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta

******************************************************************
Okeh...best kan??
Giler best...mmg boleh wat giler dek best eh lagu ni..
Lagu ni pun buat saya tertunggu drama Adam & Hawa
Opkos la senyum sorg2 tgk lakonan Aaron Aziz & Nadia Nyssa
Penuh sabar tunggu 80 episod...sabarrrrrr...
;-) lalalalla....

Thursday 6 September 2012

~ SUPER DUPER COMBO RAYA 2012 : EPI03 ~

Nama pun raya...
Tak sah kalo takde bunga api..mercun..
Kat kampung saya juga tak ketinggalan..
Tambah-tambah geng sepupu 'owwseeemmm' beraya bersama
Makanya, pada raya pertama malam kami membuat ledakan besar-besaran
Malangnya, amek gambar dimalam hari dan terlalu pandai sgt menggunakan teknologi canggih tersebut...
Lupa la pulakkkk nak on flashhhh...apa sudahnya gambar semua golap gelitooo...
Tak dpt lah nak menepek gambar riang ria saya bermain bunga api...cis!!!!!

Tapi saya ada video kitorg bakar bunga api merdeka
Ada sesuatu yang berlaku...
Tgk 1st video ni dulu...jeng jeng...


Haaaa...sumbu bungo api eh terputus
Makanya ia terhenti la pulakkkkk
Tapi hasil dari kepakaran geng-geng 'owwwseeeemmmm' yg diketuai oleh ayah saya a.k.a. paklang kepada sepupu2 saya, sumbu tersebut telah disambung dan dibakar semula...
Meh tgk sambungan video tersebut...kikiki

Aaaaaaarrrggggghhhhhh...menyampah ok sbb byk kali try upload 2nd video tp x berjaya...
Nnt2 lah sy upload yer...tertekan jap...huishhh!!!

Wednesday 5 September 2012

~ SUPER DUPER COMBO RAYA 2012 : EPI02 ~

Bergambar Riang Ria Raya bersama Nenda tersayang :-)
Hari raya ke-2 sebelum bertolak ke Kuala Pilah...

My Beloved Family...

Ayah & Ibu satu-satunya...tiada ganti...muahhhhhh... :)

Abg with Kak Siti

 Bangah with Kak Nina...coming soon, new born baby... hehe

Family Makteh...

Family Achik...

Family PakCu...

 Pijal yang sengal ayam!!!

Kami....

Hanya ada 4 gambar family sahaja...
Paklong dah bertolak awal ke Batu Pahat
Pakngah beraya bersama keluarga mertua di Kg. Peradong (Kilir)
Pakcek juga beraya bersama keluarga mertua di Port Dickson

Tapi tiap2 tahun tetap meriah...
Dah rindu mereka semua...rindu sgtttt...!!!!