Tuesday 30 April 2013

~ BAYARAN PTPTN SECARA LUMP SUM ~

Anda sudah?? Yer, saya sudah...
Harini sambung cuti untuk selesaikan bayaran balik pinjaman PTPTN
Ada rezeki lebih dan sementara diberi diskaun 20% nih, mari rebut peluang keemasan
At least ada jugak pengurangan...
Sesiapa yang berkemampuan untuk bayar penuh PTPTN anda, cepat bertindak sebab diskaun tersebut hanya diberi sehingga 30 September 2013
Pejabat PTPTN Cawangan Negeri Sembilan
Sebelum saya buat pembayaran penuh ni, saya review blog-blog sesiapa yang dah buat pembayaran PTPTN nih...ada yang pergi sendiri ke Pejabat PTPTN berdekatan dan ada juga yang buat secara online
Dua-dua cara tersebut sebenarnya mudah...kalo online lagi mudah...duduk depan pc/lappy sambung dengan printer...pasti selesai segalanya..
Tapi bagi saya, bila melibatkan duit berbelas ribu, saya lebih senang buat pembayaran terus ke kaunter di Pejabat PTPTN berdekatan...baru saya yakin yang duit tu betul-betul sampai ke PTPTN...
Lokasi : PTPTN, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan, Tingkat 3
Langkah-langkah yang saya lakukan ialah:
  1. Pergi ke Pejabat PTPTN berdekatan dengan berbekalkan no. kad pengenalan anda.
  2. Selepas itu pihak PTPTN akan meminta anda mengisi Borang Permohonan Baki Pinjaman (Individu)
  3. Selepas mengisi borang, Akaunten PTPTN akan mengira jumlah akhir pinjaman anda dan jumlah yang telah ditolak diskaun 20% tersebut dan semuanya tertulis pada surat yang dibekalkan
  4. Bawa surat tersebut ke mana-mana bank anda yang mempunyai duit berbelas ribu itu, mohon pihak bank untuk issue 1 cek atas nama PTPTN..anda akan dikenakan sejumlah kecil amaun untuk tujuan setem hasil..kalo BIMB anda dikenakan RM2.45 shj...
  5. Selepas dapat cek tersebut, kembali ke PTPTN untuk membuat pembayaran..anda dikehendaki mengisi borang Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan...
  6. Diakhir proses, anda akan menerima salinan borang bayaran balik dan Resit Rasmi pembayaran balik sebagai bukti pembayaran.
  7. Selepas 3 hari (cek dah clear), pihak PTPTN akan menghubungi anda untuk memaklumkan dan memohon untuk pengeposan atau ambil sendiri Surat Perlepasan Pinjaman..
Mudahkan??? So, saya sedang menanti 3 hari sebab Surat Perlepasan Pinjaman itu amat bermakna kepada saya...hilang beban sikit...hehehehe

Selamat membayar balik pinjaman anda....!

12 comments:

  1. Saya baca sana sini katanya kalau kita bayar habis, automatik ptptn akan selaraskan dengan ujrah 1% betul ke? kendian ada plak yg komen bgtau ada caj2 tersembungi sampai nilai byr tu lebih dari kadar sebenar...
    hajat dihati nak lunaskan ptptn i/Allah lepas raya.

    ReplyDelete
  2. saya rasa better rujuk terus ke pejabat ptptn berdekatan...kat sana mereka yg keluarkan jumlah sebenar pinjaman kita dan jumlah selepas diskaun yg perlu dibayar...kalau nak tny pun senang... Alhamdulillah, saya dah terima surat perlepasan pinjaman ptptn nih...

    ReplyDelete
  3. Saya br semalam 17/9 lum sum kan hutang ptptn kt bgnan yayasan n9..bayar guna bank draf..lps tu on d spot dpt surat pelepasan pembiayaan pendidikan ptptn..(itu ke surat pelepasan hutang)..arini 18/9 saya check online..jum yg saya byr dh ada tp ada lg baki akhir (baki jum 20%)..macam mana yer intan..awak penah check online x after byr abis..atau saya kene tggu 3ari lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo nak cek jgn baru sgt slps byr tu trus cek...nnt sakit hati jer... tggu la next month bru cek..pasti dah ditolak...sy siap ada terlebih byr beberapa ringgit... :)

      Delete
  4. Anon: Saya pun ade masalah yang sama dengan awak. Bila check online masih lagi ada berbaki 20% diskaun, bukan 0.00 as supposed to be. Takut je ptptn cakap kite tak habis bayar lagi, tapi surat pelepasan dah dapat dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klo awk byr harini, esok awk cek mmg dia akan stil tulis baki pinjaman yg byk2 tu.. Cuba cek baki slps sebulan or lebih.. Alhamdulillah sy cek baki slps beberapa bulan dah takde lg baki yg byk2 tu..

      Delete
  5. Hi Intan, tak boleh ambil surat baki pinjaman, pegi bank terus transfer duit masuk akaun ptptn, then bawak resit dekat PTPTN balik ke? Macam ni, patut dapat resit on the spot kan? Sebab sudah ada resit dari bank mengatakan I sudah bayar masuk dalam akaun PTPTN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa boleh klo nk trus transfer.. Tp lebih baik tny masa amik surat baki pnjmn tu.. Tp sy rasa elok byr di kaunter ptptn..duit ribu2 kan lg puas hati byr sndri di kauntet n dpt resit rasmi on the spot.. Apa2 pun refer ptptn dlu yer..

      Delete
  6. Sekarang PTPTN hanya menerima cash je.
    Tapi dalam 1 hari boleh siap semua proses ke?
    Sebab nak ambil cuti... Johor takde cawangan... :(
    Kena bawa cash banyak dan pergi Melaka...
    Dalam 1 hari boleh siap?

    ReplyDelete
  7. Terima cash jer? Skrg sy xpsti klo dorg tukar rule mcmtu.. Bln 4 dlu sy pegi msih boleh guna cek.. N proses tu bole selesai dlm 1 hari shgga dpt resit rasmi.. Surat perlepasan pnjmn hny akan terima by pos slps sbln mcmtu.. Johor xder cwgn ptptn eyh? Dah refer web ptptn tgk cwgn dorg? Sthu sy ptptn dh open branch kat setiap negeri.. Cek dlu sbb nnt xdelah susah2 ke Melaka..

    ReplyDelete
  8. toksah risau, kaunter ptptn ade mesin kira wang kertas, selambe badak je aku bawak 18k pegi setel kelmarin

    ReplyDelete
  9. Boleh ke bayar cash kat kaunter? Tolong advise..

    ReplyDelete