Sunday, 30 January 2011

~ 4 BUDAK POYO BERTEMU ~

Yeay...!!! rasanya kali terakhir kami ber4 bertemu pada 17 September 2010 yang lepas... weh dah 4 bulan tu.. lama sungguh... jadi hari ini kami telah berkumpul semula untuk ke Majlis Perkahwinan Munira & Pasangannya (lupa nama pulak) di Dewan Majlis Perbandaraan Seremban... Munira tu kawan kitorg dari form 1 hingga form 3 kat Sek. Men. Keb. Senawang... selepas selesai ke kenduri kahwin tu, kitorg memanjangkan langkah ke Seremban Parade... ayu jer berbaju kurung berjalan-jalan di kawasan sekitar... niat hati untuk berkaraoke tetap diteruskan... sekarang mari bayangkan sama-sama 4 gadis ayu berbaju kurung melangkah masuk ke Pusat Karaoke.. alaaaahhh bukan kitorg wat benda tak elok kan... hiburan yang sihat jugak tu... ;).. maka melalaklah kami bersama selama 1 jam... eh, sebelum tu kitorg dah jalan-jalan tgk baju, kasut, barangan elektrik (nak wat hadiah), barangan baby & bear-bear... tp memang sekadar cuci matalah.. belinya tidak.. tiada kemampuan di situ...lalalala...

Selesai di Seremban Parade kitorg terus ke McDonalds Dataran Senawang.. Baru jer beberapa jam makan tengah hari kat kenduri kahwin tu, perut dah minta diisi semula... Maka bermulalah meeting kali ke2/2011 dengan kehadiran ahli yang mencukupi...sambil meeting kita makan-makanlah...xtvt wajib kalau kuar bersama memang makan... perbincangan diteruskan dengan topik utama adalah "Perancangan Utama 2011 iaitu Percutian"... kalau dah namanya budak poyo ber'meeting', maka meeting tersebut turut menjadi gelanggang kepoyoan masing-masing terserlah... dengan yang berangan nak naik 'flight' lahhh, dengan yang konon-konon nak celebrate besday BF laaa, dan dengan bermacam lagi ragam...agak-agak jiran-jiran meja kitorg lepak tu marah tak sebab kitorg bising jer asek gelak-gelak...sory yer jiran-jiran...

Meeting masih tergantung tanpa kata putus... kata putus yang sebulat suara ialah teruskan menabung...hehe... yang lain masih dalam perbincangan... kita akan berbincang lagi untuk sesi akan datang... cewahhh...macam persidangan besar yang amat... padahal nak bercuti pun kat dalam Semenanjung Malaysia ni saja... berbincang macam nak pergi ke Europe... aduyaiii...hehe.. Xtvt wajib lagi satu kalau kitorg berjumpa ialah "photoshoot"....tp hari ni macam kurang ckit bergambar... mungkin kurang selesa dengan penampilan yang tiba-tiba ayu jer...hikhik....

Yang pasti hari ni dapat jumpa team poyo yang lengkap.. enjoy and happy sangat... tunggu perjumpaan seterusnya yer... Ops!...sebelum saya nak beradu dan menamatkan entry kali ni, terlua pulak nak kenalkan team poyo... meh kenal-kenal dengan Team Poyo yer...


THE POYO'S

Tukang Pencetus Suasana
Tukang Menambah Perisa
Tukang Gelak 
Tukang Wat Kelam-kabut

" IT'S ALL ABOUT WHAT WE CALLED FRIENDSHIP "

4 comments:

  1. ko g kenduri mun td ey?pix upload pls..hehe,aku xp td,

    ReplyDelete
  2. semalam kenduri dia...
    td umah lelaki aku x g...
    pic x byk sgt n x dpt nak amek gmbr dgn dia..nnt aku upload gmbr mana yg ada kat fb eyh..

    ReplyDelete
  3. knape plak aku dilantik jd penambah perisa?
    aku nk jd serbuk penaik.hahhaha

    ReplyDelete
  4. klo nak ajinomoto pun boleh gak...hahha

    ReplyDelete