Saturday, 29 January 2011

~ AKHIRNYA! ~

Yer...akhirnya hadiah (bukan hadiah, actually ole-ole dari Cameron) tersebut sampai juga ke tangan dia... susah betul nak bagi kat dia ole-ole tersebut.. sampai kena gaduh-gaduh manja, merajuk-rajuk, masam muka, tak bertegur-sapa (oh, sungguh mengada yer di situ) barulah dapat bagi kat dia... sampai macam tu sekali pulak kan... kalau dia tak suka pun ole-ole  tu, harap dia boleh menghargainya... sebab aku tau dia boleh beli lagi hebat dari tu... tp aku beli untuk dia tu menandakan aku igt kat dia even pergi jalan-jalan kemana sekali pun... diakan diantara orang-orang yang dekat dengan aku... so, sentiasa dalam ingatanlah kan... tp aku tak sangka pulak payah bebenor nak bagi ole-ole tu kat dia... yang aku ni pulak asek lupa jer... bila aku ingat nak bagi, dia pulak macam dah merajuk.. sabar je laaa... tp semalam atas bantuan "pelakon-pelakon" (anda sungguh berbakat besar) yang hebat tu, akhirnya dapat jugak aku bagi kat dia... nak bagi hadiah macamlah nak bagi pingat darjah kebesaran... siap nak shakehand bagai... tak nak pulak 'bagi pihak' yg bagi kat dia... nak aku gak yang bagi.. tp salah satu sebab kenapa ole-ole tu susah sangat nak sampai ke tangan dia ialah aku malu sebenarnya... tau tak malu??? malu sebab aku rasa ole-ole tu biasa jer.. macam merendah diri pulak aku ni... yelah, tak seberapa pun... aku takut dia tak suka jer... ish...MALU lagi...hehehe... 

P/s: Aku mengambil keputusan untuk mengedit sedikit sebanyak entry ini kerana mendapat kompelin mereka kurang paham mengenainya... hehe...

2 comments: