Thursday 13 September 2012

~ 050912 - 100912 : BERMASTAUTIN DI HOSPITAL PUTRAJAYA ~

Salam semua...
Minggu ni adalah minggu nak recovered dari sakit2 badan, penat, kurang tido dan demam
Masalahnya demam ni semakin menjadi-jadi pulak..
Selsema pun dah munculkan diri...tonsillitis saya masih ada sekali-sekala
Suara ala-ala Ella kata Azmi...aduyaiii...
Mana taknye, sepanjang teman Ibu di Hospital Putrajaya 24hrs duduk dalam air cond!!!

Just nak story apa yang berlaku last week...
My mum warded kat Hospital Putrajaya since 5/9/12 until 10/9/12
Just did the thyroid operation on 7/9/12
Jangka masa sebenar operation tersebut kuranglah pasti
Tapi kalau dikira dari Ibu ditolak masuk ke Operation Room lebih kurang 5hours
Dari jam 11.45am hingga jam 4.30pm...
Kitorg adik beradik dan ayah semua setia menunggu di ruang menunggu yang disediakan
Dalam bilik tu siap ada screen besar yang akan update kat ktorg samada operation sedang dijalankan atau ada diantara patient2 yang dihantar ke ICU..semua update kat situ..so waris2 yang menunggu akan taulah perkembangan...

Thanks a lot kat Pakngah, Makngah, Nabhan, Acik, Cikya, Makteh, Aisyah, Faiq, Anis & terutama sekali Nenda tercinta...dah sampai awal walaupun Ibu belum keluar dari Operation Room...
Semangat yang beginilah kami sekeluarga perlukan...at least ada support utk ktorg faced all happened..

Walaupun ada yang cakap, Operation ni mesti ok jer..
Tapi utk kami sekeluarga, tetap menyentuh hati bila tgk Ibu utk kesekian kalinya berdepan dengan ujian Allah...terutama bila selepas je operation, Ibu di tolak ke ward semula...saya memang tak boleh menahan air mata melihat keadaan Ibu dgn tiub sana sini...sesekali Ibu batuk, keadaannya sgt teruk...saya tak kuat untuk itu...mujur ada abg-abg dan kakak-kakak ipar yg menenangkan saya..
Alhamdulillah, Ibu tak mengalami komplikasi...sebelum operation, doktor menerangkan macam-macam tentang komplikasi...samada akan berlaku bleeding dan terpaksa masukkan darah...risiko masukkan darah adalah HIV..sedihkan...syukur sgt redha Allah sentiasa bersama Ibu...Ibu tak mengalami bleeding yang teruk..peti suara Ibu pun tak disentuh tp suara Ibu tetap hilang skit kesan dari dimasukkan tiub melalui tekak..ada 1 drain utk keluarkan cecair dan lebihan darah kotor yang dipasang...

Sepanjang 5hari 4malam saya bersama Ibu di ward, sedih hati bila doktor kerap mengambil darah Ibu..
Sampai lebam-lebam tangan Ibu kesan dari ambil darah tu...
Sampai harini kesan-kesan tu semua masih jelas kelihatan..biru-biru tangan Ibu...

Hari Isnin 10/9/12, dgn berat hti doktor benarkan Ibu discharge...tapi doktor pesan Ibu perlu minum air dgn banyak supaya degupan nadi perlu distabilkan semula...so, happy dapat pulang ke rumah...
Keadaan Ibu bila mula-mula kembali ke rumah???
Lemah sgt sbb tak boleh minum..bila minum jer dia tersedak & terbatuk...
Makan pun tak selera sbb asek kena makan bubur jer...
Suara tak jelas...serak...slow sgt...
Sbb tu Ibu lemah...sembahyang pun kena duduk...takut kepala pening...

Selepas beberapa hari di rumah...keadaan Ibu semakin baik..
Dia dah boleh bergerak sendiri ke dapur utk amek air, boleh mandi sendiri, boleh buat breakfast sendiri (roti je la)...makan pun dah ok...cuma kalo minum air still tersedak dan terbatuk...suara pun tak bape nak keluar sangat tapi ada perkembangan yang baik...

Saat saya menaip entry ni, ayah bawak Ibu jalan2 melihat panorama malam..
Pening juga asek berkurung kat dalam rumah...kat ward pun berkurung seminggu... :)
Sesekali bawak keluar luas sikit pandangan mata...

Saya pasti sgt warga Wad Surgical 3B Hospital Putrajaya tak baca pun belog saya
Tapi saya harap angin akan membawa perkhabaran ini pada mereka
Ikhlas dari hati...sepanjang berada di wad saya berasa sangat selesa
Terima kasih buat Specialist, Medical Officer, Doctors, Nurses, Practical Nurses (Masterskill) & All Staff at Ward Surgical 3B Hospital Putrajaya atas layanan yang baik dan keselesaan yang diberi sepanjang 6 hari Ibu di ward dan 5 hari saya meneman Ibu... :)))

Meh nak share antara gambar yang sempat saya snap...

Ni masa 1st day jaga Ibu (6/9/12) sehari sebelum operation..
Ibu dinner dgn makanan hospital..sy?? sempat buat bekal tau..hahaha

 Ni hari operation (7/9/12)..antara dokumen yang kena bawak masuk Operation Room

 Ibu ready untuk ke OR..tgk muka Ibu..pasrah kan??

 Selepas operation..kena drip dan oxygen...

 Miss Anita adalah specialist yang mengetuai team yg menjalankan operation

 Ni pada 9/9/12...doktor dah bukak tampalan...tu kesan operation..still berdarah lagi...
Yang masih bertampal adalah tiub untuk drain...

Malam 9/9/12...kena drip semula sebab kurang air, darah rendah dan nadi laju...


Alhamdulillah...syukur sangat semuanya berjalan lancar...
Sekarang ni kena bantu Ibu untuk melancarkan semula percakapannya...
InsyaAllah everything become as normal..
:)

No comments:

Post a Comment