Saja nak berkongsi gambar-gambar dahulu kala
Kualiti gambar sememangnya kurang jelas kerana snap semula menggunakan camera hp..
Malah gambar tersebut juga versi lama...
Inilah kenangan yang saya ada
Inilah yang akan saya simpan hingga akhir hayat saya
Saya nak tunjuk pada anak2, cucu2 cicit2 saya kelak
Harap hingga akhir hayat saya sempat utk berkongsi dengan generasi2 saya nanti
Setiap gambar ada ceritanya
Kalau nak suruh saya cerita satu persatu saya sendiri tak berapa igt
Yang pasti dalam setiap gambar tersebut ada gambar saya
Montel kan...huhu...
Sekarang lagi montel tp comel...(perghhhh)
Semestinya saya dalam gambar itu adalah yg paling kecil
Bagi yg belum tahu, sy punya 2 org abg yang sangat penyayang
Itulah kaki buli, kaki mengusik..kawan bergaduh pun itulah dia 2org abg itu
Meh tgk-tgk gambar yer...
Adanya saya dalam gambar tersebut adalah kerana dia dengan izinNya
Dari kecil sehingga sekarang dialah yang memerhatikan saya
Lahirnya saya ke dunia ini atas kesusahan dan pengorbanannya
Kesakitan yg dirasai tiada galang gantinya
Dia tak pernah menuntut balasan atas setiap yg dia berikan
Dia sangat tabah dalam menempuh ketentuan Illahi
Pelbagai ujian dariNya dengan redha dia lalui
Banyak yang dia tempuh...
Lepas 1, 1 lagi ujian Tuhan terhadapnya
Dari dulu hingga kini dia sangat tabah dan tak pernah merungut
Hospital, Klinik Kesihatan dan Operation Room dah sebati dengan dia
Tapi dia sangat kuat, tabah, semangat menempuh semuanya
Ketabahan, kekuatan dan semangat yg ditunjukkan untuk menutup kesedihannya
Tapi ketabahn, kekuatan dan semangat itu yg membuat saya sedih
Sebab saya tahu dia tetap menyimpan kesedihan dalam hati
Tak mahu keluarga susah hati
Dalam pada itu, dia tetap terus berbakti pada anak-anak bangsa
Tugas sebagai guru menuntut dia lebih mengutamakan sekolah dari rumah
Tapi ketika dirumah dia tetap menjalankan tugasannya
Dia adalah....IBU...
IBU...org yg tak pernah kenal erti putus asa
IBU...org yg sangat kuat, tabah dan sabar
IBU...org yg tidak pernah meminta-minta
IBU...org yg sangat mementingkan keluarga
IBU...sukar untuk mendengar dia merungut
IBU...tempat luahan hati dan perasaan
IBU...tempat rujukan anak-anak malah keluarga yg laen
IBU...org yg selalu memberi nasihat dan semangat
IBU...selalu ada untuk kami semua
IBU...kaulah duniaku...kaulah serikandi hidupku...
Bagaimana harus adik membalas jasa dan pengorbanan IBU wlupun takkan terbalas akhirnya???
Terima kasih IBU atas segala-galanya
Akan adik berusaha untuk menjadi yg lebih baik dari kini
Doa adik buat IBU agar sentiasa diberi kesihatan yang baik, dan teruskan kesabaran dan ketabahan IBU dalam menempuh segala ujian dariNYA...
UNTUKMU IBUKU TERCINTA
Adik SAYANG IBU....!!!!
P/S: Hari-hari pun adalah hari Ibu...
Takda hari khas untuk meraikan mereka
Malah hari-hari kena menghormati dan menjaga hati mereka
Update: Disebabkan org heboh dgn Mother's Day, saya teringat utk buat entry mengenai IBU...
~ L.O.V.E. ~