Salam~
Now, curik-curik sedikit masa sebelum berdating dengan bantal-bantal kesayangan. Lama rasanya tak mencarut mencoret di sini. Oh, saja nak bgtau yang aku cuti dua ari (rabu & khamis). Rasanya cuti atau x sama je penatnya. Ibu plak pantang aku cuti ada jer aktiviti dia nak wat. Kejap g sana kejap g sini kejap sanun kejap siniaha. Macam-macam dia nak beli. Tak apa lah, anak perempuan pun ni la sorang ha..aku lah INTAN, akulah berlian, akulah Intan payung (dgn bermacam-macam panggilan tuk nenek bg).
Rabu ~ X g mana-mana pun. Ptg g amek Liza (dak poyo tu) kat tempat koje (praktikal) dia. Pastu ktorg pantanglah kuar berdua. Destinasi pertama mesti g crk makan. Pada hal tghari tu dah melantak dah. Ktorg pun terus lah ke Parkson. Mekdi? Tiap2 minggu mkn Mekdi. Dah bosan pulak. Pitza? Cam x best plak. Roti je tebal tp topping lg hebat dr topping yg aku wat. Kenny Rogers? Mahal la pulak. G pun ptg2 mcm x ramai org g sana. Last-last ktorg pilih TCRS. TCRS?? The Chicken Rice Shop laaaa. Abes gak la duit mkn kat situ tp berbaloi-baloi. Pastu da kenyang ktorg usha2 la kedai kain tudung. Berkenan sudahhhh. Tunggu gaji la ceq bli nooo. Usha beg pun berkenan gak. Nmpknya gaji bulan ni bakal abes. Aiseeehhhh.....
Khamis ~ Seawal kul 10.30 pagi aku ngan ibu dah kuar dari umah. Destinasi pertama ktorg ialah tempah baju kat tailor yang slalu ktorg anta lah, RIMA ART. Aku anta sepasang bju kurung, ibu pulak sepasang bju kurung+blause. Parking kejap jer bawah pokok tepi jalan tuh. Sekali naek keta dpt surat cinta separuh mati dr Penguatkuasa MPS. Giler dia saman keta bapak aku. Aku siap pesan ngn ayah klo tau sapa yang saman btau dia aku kimslm maut kat dia. Wakakaak...Pastu ati dah panas kena saman td, kena plak aku wat tawaf seremban tu carik parking x jumpa2. Klo g wat haji la kan, 3,4 kali aku dapat hajah tau. Giler susah nak dapat parking seremban neh. Sibaik Seremban tanah tumpah darahku. Cewahhh. Finally dapat gak parking dekat ngan KFC baru tuh. Ibu seperti biasa byklah barang2 nak bli wat hantaran abg aku nak bertunang. Lps 1 kedai, 1 g kedai ktorg masuk. Dah dpt parking tu td, ktorg jln kaki jer lah nak g memane pun. Jauh berjalan luas pemandangan wlpun pemandangan x bape nak luas. Boleh pulak melencong pegi Kedai kasut Hong Kong tuh. Skali ibu rembat Scholl RM190 tau. X boleh blah rege eyhh...Aku dpt gak kasut yg berkenan tp DUIT is the problem. Tgu gaji. Konfem aku rembat kasut tuh. Pastu masuk plak The Store Baru tuh. Nak bli iron board. Aku bersemangat lah kan mengangkat Iron Board yg berat tuh msuk keta yg parking agak jauh la dr The Store. Tabah. Pastu dr Bandar Semban leh plak g JJ. Nak crk buku wat hantaran. POPULAR ngn MPH. Pastu dr JJ g Jayen plak. Makan Nasi Ayam Claypot. Melecur lidah aku sampai la ni x ilang lg. Pastu baru lah balik umah. Da balik aku trus tidor sampai mlm. Bgn2 jer mandi pastu ayah ajak kuar plak nak g transfer duit kat akaun bangah. Pastu ibu pulak nak makan KFC. Ktorg pun for the 1st time masuk KFC 24hours and ader driv-thru yang bru tuh. Boleh thn selesa gak laaa...
Rentetan cuti 2 ari yg x serupa cuti. Sama jer kan penatnya ngan g keje. Wallawehhh....
P/S: Abg aku nak bertunang on Velantine's Day. Lame dah tunggu detik neh.
No comments:
Post a Comment