Friday, 8 January 2010

~ HAPPY NEW YEAR 2010 vs PELBAGAI KEJADIAN ~

Assalamualaikum semua...(dlm mood muhasabah diri)...~

Seakan terlupa pula yang kita dah masuk ke tahun 2010 ~ so everyone, "HAPPY NEW YEAR 2010" ~ hope this beautiful 2010 becomes more cheerful, better than before and give us happiness + more successful ~ I hope I can get better job..hope so ~ so, nama pun happy new year ~ org sume masih dlm mood happy..happy dgn umur baru + happy dgn azam baru (tiap2 thn berazam tp x pnh t'capai) + happy dgn segalanya yg baru laaa...~ tp dlm happy tu pasti ader yang x happy..hurm...~

Dlm minggu2 awal kita menyambut dan memulakan tahun baru 2010 ni, telah berlaku satu kesedihan..~ ari isnin 040110 aku dpt berita ibu kepada kawan aku telah dimasukkan ke ICU di Hospital Tuanku Jaafar ~ tersentap gak la dpt berita mengejut tu..sedih pun yer gak...balik dari keje aku tgk umah kawan aku tu da ramai jer org..rupanya kaum2 ibu berdekatan mengadakan bacaan yasin...lega gak la sbb igt ader pape td..~ pastu dah berkira2 dlm hati nak g melawat ari khamis (arini) sbb aku ni susah sket nak dpt cuti..~ esoknya ari selasa 050110 aku dpt panggilan dari ayah aku lebih kurg 2.30ptg bgtau yg arwah dah meninggal dunia ~ aku mmg x leh nak kawal perasaan time tu ~ kat dlm ofis tu gak aku dah nangis ~ trus msg Mimi bgtau pasal berita tu and Mimi plak trus call aku nak kompemkan dlm keadaan nangis2 gak ~ sedih gler time tu ~ balik keje trus mandi2 and trus g ziarah ~ mase jumpa Nadia (anak arwah) mmg aku x leh nak tahan..peluk dia + nangis2...tp kenapa Nadia sgt tabah + kuat??? Semoga kau terus kuat and tabah Di...aku sentiasa ada untuk ko...~

~Aku, Nadia and Mimi da kawan sejak ktorg kecik2 lg..baby2 lg kot..zaman kanak2 ktorg adalah bersama...main pondok2 pun sama2...cuma bila msg2 da besar and da keje ktorg jarang la berjumpa..ktorg ni berjiran so dah tntu family ktorg pun saling mengenali...lepak2 rumah dorg sume...tu pasal aku sedih sgt bila dpt tau arwah dah tak der..

~ Untuk Nadia (Di) semoga terus kuat menempuh hari2 mendatang..jaga family elok2..tanggungjawab kau da besar Di..jaga adik2 ngn ayah kau tau...aku ngn Mimi ada untuk ko kalau ko ader pape jgn malu2 crk ktorg eyhhh..Salam takziah buat kau sekeluarga...sama2 kita doakan arwah semoga ditempatkan dikalangan orang2 beriman dan solehah ~

" Walau jahat, kejam, degil, bodoh ~ Walau baik, berpekerti, berilmu, berpangkat,  ~ Walau apa pun keadaan dan kedudukan seseorang itu ~ Sampai masa kita akan pergi jua ~ Tempat dan kedudukan kita akan sama rata ~ Kesimpulannya muhasabahkanlah diri kita supaya tidak terlambat "

No comments:

Post a Comment