Kami sekeluarga dah bersetuju nak berkumpul di rumah Abg kat Tanjung Malim
Since Bangah tak pernah lagi dtg umah Abg, dah pindah 3 kali ke rumah lain pun tak jugak
Maka, cuti lama sempena raya cina kitorg plan jalan-jalan ke sana
So, 9/2/13 malam tu semua dah sampai kat Taman Wangsa Jaya, Tanjung Malim
Abg dan Kak Ct jamu ktorg dengan Speghetti Bolognese yang sedap
Lepas sesi makan-makan, mulalah kitorg plan nak berjalan ke mana
Abes semua tempat pun nak sebut
Cameron Highlands, Pangkor, Lumut, Ulu Kenas, Kuala Sepetang, Taiping, Langkawi, Penang
Hoooooohooooiiiiiiii.......nak g mane sebenarnye nih???
Masalah besar kitorg ialah tak book hotel awal-awal...
Kepantangan betul klo tak book hotel awal-awal nih...pastu memasing mengagau tipon hotel sane-sini memalam buta tu...mana nak ada nyerrr...tambah-tambah cuti CNY..cuti lama pulak tu kannnn
Last-last jam dah tunjuk pukul 12.00tghmlm...Zahra dah tido pun time tu...
Maka kami decide jer mana yg sempat...
Bangah & Kak Nina nak merasa menikmati teh BOH di Cameron Highlands...
Nak makan sandwich sayuran segar, teh 'kaw', sambil menikmati pemandangan bukit-bukau ladang teh BOH itu...so Cameron Highlands menjadi destinasi pertama kami...
Sambil minum-minum teh Abg & Bangah cuba-cuba call memana hotel yg available kat sana
Finally, we got it!!! Country Lodge Hotel ada available beberapa bilik...
Maka bermalamlah kami di Cameron Highlands...
Sume pun gambar mereka dengan Zahra
Yela, tema holiday kali ni ialah 'ZahraCuti-cutiMalaysia"...
Esoknya kami turun dari Camron melalui Simpang Pulai
Teruk gilos jammed kat Cameron...nak balik pun 2jam baru lepas tau dari jammed
Dah turun tu terus naik highway ke Taiping...
Misi Jalan-jalan Cari Makan ke Kuala Sepetang...
Penah dengar Mee Udang di Kuala Sepetang??
Penah masuk dalam rancangan JJCM TV3 tu
So, kami pun nak JJCM jgk
Melalui kawasan Kuala Sepetang, banyak kot gerai mee udang
Ada Pak Hashim Mee Udang, Mak Teh Mee Udang, Mak Jah Mee Udang
Paling hebat Anak Mak Jah Mee Udang...bukak gerai anak-beranak kot...hehe
Tapi kami pilih Mee Udang Mak Jah
Ramai gilos org tau..kena bertunggu pulak nak dpt tempat duduk
Tapi berbaloi kot pegi jejauh tu utk mee udang semata sebab sedapppppppp!!!!!!
Udang tu dalam mangkuk sekali dgn mee tu
Tapi sebab besar-besar sgt udang tu sampai tak nampak mee, maka kita kluarkan udang-udang tersebut
Nikmat kesegaran udang dengan rasa manis udang sungguh asyik
Kuah mee tu pun sangat sedap dan pekat
Harga semangguk RM11.00
Time kasih kat Abg yang belanja ktorg mee udang ptg tu
Alhamdulillah dapat jugak makan mee udang ni
Utk yg nak merasa boleh ke Ampang Walk ada cawangan Mee Udang Mak Jah
Klo nak originaliti mee udang Mak Jah kenalah ke Kuala Sepetang ini sendiri
Seterusnya ktorg balik semula ke Tanjung Malim...
Esoknya ktorg ke Hotspring Sungai Klah kat Sungkai, Perak
Nak berendam air panas la pulak
Tapi yang lebihnya mandi kolam air sejuk
Hahahaha...bestnya mandi kolam...berendam 3jam
Eh, Zahra pun mandi kolam tau...
Sukanya dia mandi kolam....
Pukul-pukul air...tp bila terpercik kena muka dia, dia marah pulak...
Alolololo...Mybambamboo ni...windu dia...
So??? Mcm mana dgn percutian korg??
Hargai masa0masa yang ada dengan kesayangan-kesayangan tau
:)
No comments:
Post a Comment