SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !!!
Yeay!!!
Mesti semua pun dah beraya sakan kan...
Dah kumpul wet raya banyak-banyak kan...
Lum banyak lg?? Baru 6 Syawal...
Ada lagi 24 Syawal nak tempuh..insyaAllah...
Dah makan macam-macam juadah raya jugak...
Kuih raya pun semua dah rasa...
Yang tradisional..yang moden...
Kuih raya terbaru pun ada...
Tahniah pada pencipta kuih raya tu...
Eksperimen anda berjaya!!!
Hehehehehe...
So...
Dikesempatan yang baru sempat nak conteng-conteng kat belog nih...
Saya nak ucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
Setulus ikhlas dari hati...sedalam luhur hati nurani...
Buat semua yang mengenali...
Andai ada salah dan silap..
Andai ada kekasaran bahasa...
Andai ada terlepas tingkah laku...
Andai ada kesilapan yang sengaja atau tidak sengaja...
Dalam kesedaran saya mahupun tidak...
Mohon ampun semuanya...
Mohon halal makan dan minum...
Semoga lebaran kali ini memberi seribu keinsafan...
Memberi sinar kebahagian dan kecerian buat semua...
Sambutlah Syawal ini dengan penuh berhemah...
InsyaAllah...
Lebaran saya...
Tiada yang begitu teruja nak diceritakan...
Hanya sederhana sambutannya...
Kemeriahan tetap ada walaupun tak cukup 'korum'...
Tahun ni family bahagia saya menyambut Aidilfitri hanya berempat...
Abg Boy dan Kak Ct beraya di Melaka...
Terasa kurangnya kemeriahan dimalam raya...
Di pagi raya juga terasa kekurangannya...
Tapi, tetap berjalan lancar...
Tahun terakhir menyambut Syawal dengan Bangah sebagai orang bujang
Tahun depan Bangah menyambut Syawal sebagai suami orang...
Tinggallah saya keseorangan...alahai...
Seperti tahun-tahun sebelum ni...
Dah menjadi rutin setiap tibanya Syawal...
Kami sekeluarga pulang ke Teratak Nenda pada pagi 1 Syawal
Selepas pulang dari sembahyang Aidilfitri kebiasaannya...
Bermaaf-maafan sekeluarga terlebih dahulu baru pulang ke kampung...
Still dapat duit raya dari Bangah...
Tahun dpn agak2 dia bagi jugak tak??? lalala
Rutin raya bila sampai je di kampung dah bersalam-salaman bersama saudara-mara
Kita makanlah juadah yang bermacam-macam...
Lepas tu akan berdoa selamat dan bertahlil...
Kemudian kami akan beramai menziarah pusara Atuk...
Yer...Atuk dah meninggalkan kami pada tahun 2002...
Semoga roh Atuk sentiasa dicucuri rahmat yang Esa...Amin...
Di pusara Atuk, kami bertahlil ringkas sekali lagi...
Seperti biasa...air mata Ibu pasti mengalir...
Yela...Ibu memang mewarisi sifat Atuk...
Ibu juga yang paling rapat dengan Atuk...
Raut wajah Ibu juga lebih mewarisi wajah Atuk...
* 1 Syawal *
* 2 Syawal *
* 4 Syawal *
~ Baiklah...tiada lagi gambar raya...kurang bergambar tahun ini...Aidilfitri yang dilanda kerinduan...hahaha ~
No comments:
Post a Comment