Sekali baca sahaja
Terus tertarik dengan bait-bait dan kata-kata
Seolah-olah memahami perasaan hati
Dan mengikut perkembangan hati ini...
Hingga aku lemas dalam kemelutnya.
Tuhan..
Andai penantian ini ada jawapannya,Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,Iringilah Maluku berserta iman di dada,Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.
Tapi jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya,Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,Kerana aku insan yang tiada daya,Maka bantulah aku melupakannya,Jika itu takdirNYA..
Allah..
Andai masih ada rindu,Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,Kerana ketidakpastian itu mengganggu,Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,Aku tidak rela terusan terbelenggu,Dalam pencarian permata berharga milikMU..
Ameen.
Sesungguhnya Allah mengetahui perasaan hati dan fikiran hambaNya...
No comments:
Post a Comment