Tuesday 28 May 2013

~ BERHATI-HATI WALAU DI MANA SAHAJA ANDA BERADA ~

Macam-macam yang berlaku di luar sana
Saya ni berada di Seremban, pergi kerja - balik kerja
Laluan hari-hari sama jer...xder melencong ke mana pun
Kalau wikend selain ada kelas di Shah Alam, saya habiskan masa di rumah
Jarang sekali merayau-rayau...melainkan family ada plan ke mana-mana
Paling tidak pun ke rumah abang di Cheras atau Tanjung Malim
Masih lagi laluan yang sama...tak berubah pun..
Jadi, saya kurang arif dengan keadaan di bandar-bandar besar yang penuh dengan bermacam orang, ragam orang, rupa orang...selain orang, kereta pun memacam rupa...motor pun bermacam gaya...

Selepas saya baca entry dari Along SURIA AMANDA, saya terfikir pulak sikit sebanyak tentang keselamatan diri nih
Kalau di seremban ni pun macam-macam dah berlaku, inikan pulak bandar besar KL tuh

So guys, please be more carefull of yourself
Your own place are not safe anymore
Watch out every single step out there

**********************************

Credit to Along...copy yeh...tq....


Lelaki ni selalu menipu pemandu kereta di laluan Lebuhraya Maharajelala, Federal Highway dan Jalan Syed Putra, modus operandi dia lelaki ini akan tuang minyak brek pada tayar kereta hadapan dan akan bgitau pemandu yg sedang memandu bahawa kereta mereka rosak. Dia akan offer utk baiki dan kite perlu bayar rm360 sedangkan kereta kita tidak rosak...hati2 dan sebarkan.

No comments:

Post a Comment