Monday, 24 November 2008

NASIHAT IMAM SYAFIE - MENCARI SAHABAT

Assalamualaikum..w.b.t... Today I just want to share with u ol something that I get from my friend... So, if u ol want to find new friends, this can help u to get a good friends...

NASIHAT IMAM SYAFIE - MENCARI SAHABAT

PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari.
Hanya mereka yang benar-benar bersahabat
dengan hati tulus dan ikhlas
dapat mencari erti
persahabatan tulen.
Aku mencintai sahabatku
dengan segenap jiwa ragaku,
seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah
yang sering sejalan denganku
dan yang menjaga nama baikku

ketika aku hidup atau selepas aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati
yang tidak luntur baik
dalam keadaan suka
atau duka.
Jika itu aku dapatkan,

aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku
Untuk berkenalan
Kerana aku akan berasa senang.
Semakin ramai aku peroleh sahabat,
Aku semakin percaya diri.
Belum pernah kutemukan di dunia ini
Seorang sahabat yang setia
dalam duka.
Pada hal, hidupku sentiasa berputar-putar
antara suka dan duka.

Jika suka melanda, aku sering bertanya:
“Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?”

Pada waktu aku senang,
sudah biasa ramai yang akan iri hati,

namun bila giliran aku susah
mereka pun bertepuk tangan.

Aku dapat bergaul secara bebas
dengan orang lain
ketika nasibku sedang baik.
Namun, ketika musibah menimpaku,
kudapati mereka tidak ubahnya roda zaman
yang
tidak mahu bersahabat dengan keadaan.
Jika aku menjauhkan diri daripada mereka,
mereka mencemuh dan jika aku sakit,
tidak seorang pun yang menjengukku.
Jika hidupku berlumur kebahagiaan,
banyak orang iri hati,

jika hidupku berselimut derita

mereka bersorak sorai.

Apabila tidak ketemu sahabat yang takwa,
lebih baik aku hidup menyendiri
daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.
Tenanglah engkau
dalam menghadapi perjalanan zaman ini.
Bersikap seperti seorang paderi
dalam menghadapi manusia.
Cucilah kedua-dua tanganmu
dari zaman itu
dan daripada manusianya.
Peliharalah cintamu terhadap mereka.
Maka,kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.
Cari la sahabat yang terbaik untuk dirimu

dan jadilah sahabat yang terbaik untuk sahabatmu
Bersama-sama menjaga persahabatan

Bersahabat bukan hanya untuk seketika
malah bersahabatlah untuk selamanya...



c ya next post!!!

No comments:

Post a Comment