Showing posts with label VACATION. Show all posts
Showing posts with label VACATION. Show all posts

Wednesday, 29 May 2013

~ PULAU PANGKOR MENJADI PILIHAN UNTUK ANNIVERSARY AYAH & IBU YANG KE-33 ~

Malas nak cerita sebenarnya
Sebab apa tau?? Sebab cuti tak lulus pun lagi....
HADOI!!!!
Saya yang terlewat isi borang ke atau bos yang asik takde kat opis nih???
Nak kata lewat x la jugak...Khamis mggu lepas dah isi dah
Tapi bos ni yang tak masuk opis dari Jumaat sampai harini
Tolong laaaaa...saya mahu cuti....

************************************

Actually plan ke Pangkor ni adalah pada Chinese New Year yang lepas
Tapi memandangkan kami lambat booking hotel segala, maka melepas laaaa
Maka time tu percutian keluarga CNY terpaksa ditukar kepada ke Cameron Highland, Kuala Sepetang & Hotspring Sg. Klah, Sungkai...
Nak balas dendam semula, ktorg plan awal-awal ke Pangkor pada musim cuti sekolah ni
Alhamdulillah, hotel sume selamat di booking
Cuma cuti ni jer yang tak lulus lagi...sabar jela...

Sebenarnya Pangkor ni adalah pilihan Ibu & Ayah tercinta
Patutnya last year lagi ktorg plan nak berjalan-jalan bersama 1 family
Cadangnya nak celebrate Anniversary Ibu & Ayah yang ke-32
Tapi Kak Ipar tengah sarat mengandung time tu...terpaksa pendam hasrat
So, tahun ni Baby Zahra pun dah besar bolehlah berjalan sakan
Ibu & Ayah still pilih Pangkor
Maka, kami 3 beradik prepare everything
Dari perjalanan, program, hotel, makan...demi org tersayang
Dah jadi celebrate Anniversary ke-33 la cani...hahaha
Nak buat Ibu & Ayah gembira, tersenyum dan meluangkan masa dengan anak-anak, menantu dan cucunya...

Bertapa mereka bersusah dahulu dan bersenang kemudian
Saya tau mereka melalui saat getir dalam perkahwinan dan membesarkan anak-anak yg walau tak ramai tapi besar-besar belaka...ehem..ehem...
Tapi kagum, bangga dan penuh hormat dengan susah payah mereka dan bertahannya perkahwinan mereka selama 33 tahun...saya harap kami adik-baradik pun mampu menjadi seperti Ibu & Ayah
Saya berharap sangat saya dapat walau tak banyak tp saya dapat sedikit sifat sabar Ibu
Kagum saya dengan kesabaran Ibu..tak dapat saya nak ceritakan tapi saya tau Ibu saya sangat kuat dan sabar dalam mencari rezeki membantu ayah, sangat bersabar untuk berjimat cermat, sangat bersabar dengan anak-anak yang besar-besar nih, ketabahan dia saya dapat lihat macam mana dia cuba menahan sedih air mata dari turun mengalir...dan sangat kuat dan sabar melawan kesakitan dan penyakitnya
Sebab itu Ibu terus menjadi Ibu dan pendidik buat saya...
Ibu adalah contoh, tapi mampukah saya mencontohi Ibu???
Itulah harapan saya...

Ayah...sampai sekarang tak putus mencari duit untuk keluarga
Bukan tak pernah melarang tapi dia cakap itu hobi dia
Dia tak boleh kalau tak bekerja
Dulu time bekerja, ayah berpanas round satu bandar Seremban
Kerja bahagian tempat letak kereta mestilah cek kereta di tempat parking kan
Macam mana ayah mengambil tugas Ibu saat Ibu melawan sakitnya
Ayah hantar saya ke sekolah dengan motornya...
Bukan tak pernah motor ayah kena tarik...saya jer yang ada di rumah time tu...kelu lidah tak terkata..
Masa saya belajar di UiTM Segamat, setiap 2 minggu saya mesti nak balik Seremban
Ke Seremban naik bas, balik ke Segamat ayah jugak yang hantar
Kalau time saya tak balik, Ayah & Ibu mesti datang jenguk..
Ayah tolong abang sepupu dia pasang khemah untuk kenduru kahwin
Angkat besi khemah, pasang scalop khemah
Saya pun pernah tolong ayah kadang-kadang sampai pagi
Bila dah pencen, ayah usahakan kebun...
Sambil tu buat jugak kerja pasang khemah nih
Kalau ada irang meninggal dunia, ayah tolong jugak bawak van jenazah tu
Semua tu ayah buat untuk dapat income nak teruskan hidup menyara keluarga
Ya Allah...temukanlah saya dengan lelaki yang boleh menjadi walau sedikit menyerupai sikap dan azamnya seperti ayah... :(

Kami adik-beradik??? Bukan nak bangga diri...
Kami setiap bulan memang ada khas untuk Ibu & Ayah
Kami tak boleh nak halang niat ayah & ibu
Kata ayah & ibu, mereka nak tinggalkan sesuatu untuk anak cucu
Kebun ni nanti tempat cucu-cucu main pondok-pondok
Kita boleh berkumpul ramai-ramai nanti...

In shaa Allah...itu janji Allah untuk orang-orang yang berusaha dan berbakti kepada peluang dariNya...

**********************************

Tengah berusaha susun tentatif ke Pangkor
Apa-apa pun cuti tetap cuti
Selesaikan segalanya sebelum bercuti
Hoyehhhh...ada 5 assignment tak siap lagi...
Huk..huk...huk.... hurmmmm :(

Monday, 18 February 2013

~ UNPLANNED HOLIDAY : CARCA-MARBA ~

Kami sekeluarga dah bersetuju nak berkumpul di rumah Abg kat Tanjung Malim
Since Bangah tak pernah lagi dtg umah Abg, dah pindah 3 kali ke rumah lain pun tak jugak
Maka, cuti lama sempena raya cina kitorg plan jalan-jalan ke sana
So, 9/2/13 malam tu semua dah sampai kat Taman Wangsa Jaya, Tanjung Malim
Abg dan Kak Ct jamu ktorg dengan Speghetti Bolognese yang sedap

Lepas sesi makan-makan, mulalah kitorg plan nak berjalan ke mana
Abes semua tempat pun nak sebut
Cameron Highlands, Pangkor, Lumut, Ulu Kenas, Kuala Sepetang, Taiping, Langkawi, Penang
Hoooooohooooiiiiiiii.......nak g mane sebenarnye nih???
Masalah besar kitorg ialah tak book hotel awal-awal...
Kepantangan betul klo tak book hotel awal-awal nih...pastu memasing mengagau tipon hotel sane-sini memalam buta tu...mana nak ada nyerrr...tambah-tambah cuti CNY..cuti lama pulak tu kannnn
Last-last jam dah tunjuk pukul 12.00tghmlm...Zahra dah tido pun time tu...
Maka kami decide jer mana yg sempat...

Bangah & Kak Nina nak merasa menikmati teh BOH di Cameron Highlands...
Nak makan sandwich sayuran segar, teh 'kaw', sambil menikmati pemandangan bukit-bukau ladang teh BOH itu...so Cameron Highlands menjadi destinasi pertama kami...
Sambil minum-minum teh Abg & Bangah cuba-cuba call memana hotel yg available kat sana
Finally, we got it!!! Country Lodge Hotel ada available beberapa bilik...
Maka bermalamlah kami di Cameron Highlands...







Sume pun gambar mereka dengan Zahra
Yela, tema holiday kali ni ialah 'ZahraCuti-cutiMalaysia"...

Esoknya kami turun dari Camron melalui Simpang Pulai
Teruk gilos jammed kat Cameron...nak balik pun 2jam baru lepas tau dari jammed
Dah turun tu terus naik highway ke Taiping...
Misi Jalan-jalan Cari Makan ke Kuala Sepetang...

Penah dengar Mee Udang di Kuala Sepetang??
Penah masuk dalam rancangan JJCM TV3 tu
So, kami pun nak JJCM jgk
Melalui kawasan Kuala Sepetang, banyak kot gerai mee udang
Ada Pak Hashim Mee Udang, Mak Teh Mee Udang, Mak Jah Mee Udang
Paling hebat Anak Mak Jah Mee Udang...bukak gerai anak-beranak kot...hehe

Tapi kami pilih Mee Udang Mak Jah
Ramai gilos org tau..kena bertunggu pulak nak dpt tempat duduk
Tapi berbaloi kot pegi jejauh tu utk mee udang semata sebab sedapppppppp!!!!!!




Udang tu dalam mangkuk sekali dgn mee tu
Tapi sebab besar-besar sgt udang tu sampai tak nampak mee, maka kita kluarkan udang-udang tersebut
Nikmat kesegaran udang dengan rasa manis udang sungguh asyik
Kuah mee tu pun sangat sedap dan pekat
Harga semangguk RM11.00
Time kasih kat Abg yang belanja ktorg mee udang ptg tu
Alhamdulillah dapat jugak makan mee udang ni
Utk yg nak merasa boleh ke Ampang Walk ada cawangan Mee Udang Mak Jah
Klo nak originaliti mee udang Mak Jah kenalah ke Kuala Sepetang ini sendiri

Seterusnya ktorg balik semula ke Tanjung Malim...

Esoknya ktorg ke Hotspring Sungai Klah kat Sungkai, Perak
Nak berendam air panas la pulak
Tapi yang lebihnya mandi kolam air sejuk
Hahahaha...bestnya mandi kolam...berendam 3jam
Eh, Zahra pun mandi kolam tau...


Sukanya dia mandi kolam....
Pukul-pukul air...tp bila terpercik kena muka dia, dia marah pulak...
Alolololo...Mybambamboo ni...windu dia...

So??? Mcm mana dgn percutian korg??
Hargai masa0masa yang ada dengan kesayangan-kesayangan tau

:)

Thursday, 21 June 2012

~ CAMERON HIGHLANDS, AGAIN AND AGAIN! ~

Jalan-jalan di CH lg dan lg...
Kali ke-2 untuk tahun 2012
Haritu stay kat Heritage Hotel...kali ni Rosa Passadena Hotel...
Berpuas hati dgn keadaan bilik dan breakfast yg disajikan...
Tapi tak boleh challenge Heritage Hotel laa...
Heritage Hotel serba-serbinya terbaikkkk....
Harga pun terbaikkkk...tu pasal stay sekali jer kat sane...x mampu! :)

Kali ni kitorg just pergi tempat yg betul-betul tak pernah jejak lagi
Saja nak berehat katanya...so, xderlah nak melawat-melawat sgt...
Cuma banyak habeskan masa di bilik hotel dan menung-menung tgk persekitaran yg sentiasa sibuk wlupun hari bekerja...
CH tak pernah putus dari dikunjungi orang ramai walaupun bukan School Holiday!

Tempat yang kitorg pergi kali ni ialah
BOH Sungei Palas - Kalo ke sini pastikan masuk kilang dia dan merasai air teh BOH yg fresh beserta sandwich yg sangat segar di BOH Cafe...mmg mantap!
S's Corner - Ada tempat penanaman cendawan dan strawberry...so boleh beli2 hasil cendawan dan strawberry jugak...buah-buahan laen pun ada...nak petik strawberry sendiri jugak pun boleh...nak merasa minuman dan makanan berasaskan strawberry pun ada jugak...jgn lupa singgah kedai ni yer...pemiliknya seorang Muallaf...
Kea Farm (wajib pergi setiap kali ke CH) - Pelbagai hasil tanaman ada kat sini...sayuran, buahan, bungaan...nak beli souvenir pun kat sini...wajib singgah!
Rose Valley - membeli anak pokok bunga utk ayah tanam di kebun...ada jugak di tanam sayuran...
Tepi jalan - Sempat makan2 durian...best okey!!!

Tapi yg x best setiap kali ke CH adalah, saya akan mengalami mabuk kenderaan yg sgt dasyat!
Mabuk ini hanya berlaku jika SAYA TIDAK MEMANDU!!!
Bermula shj pendakian ke CH dari Tapah, saya perlu melelapkan mata..samada tido mahupun pura-pura tido...jika tak tido saya akan sendawa bertalu-talu dan pening kepala spjg perjalanan tersebut...dan terpaksa singgah di mana2 tepi jalan terutama di kawasan Lata Iskandar Waterfall mahupun Bharat Tea utk muntah! 
Begitu juga di waktu turun dari CH...selepas jer kawasan Tanah Rata, saya akan mula tidokan diri...minyak cap kapak tak lepas dari tangan dan hidung...tapi still pening...!!! Siap memuntahkan segala isi perut lg...org singgah Lata Iskandar nak mandi-manda di waterfall...tp sy laen pulak kerjanya...hadoi!

2 minggu sblm ktorg ke CH, Makteh and family dah pergi dulu
Kata mereka, CH x sejuk laaaa...ermmm, pembangunan kannnn...
Tapi rezeki kitorg la pergi kali ni...CH sangatlah sejuk...
Di waktu tghari, ptg dan terutama mlm, cuaca sgt bagus x hujan tp SEJUK weh!
Gembira saya sbb saya ni ala2 Omputih sukakan kesejukan..
Lepas tu dah berangin satu badan, mulalah merengek kat Ibu...hahaha

Meh usha-usha gambar yer...gambar sy jer yg banyak nyerrrr...kikiki
























Done! Bye!

Saturday, 16 June 2012

~ UNTUK KESEKIAN KALINYA - WE HEADING TO CAMERON HIGHLANDS ~


Saya akan bercuti ke Cameron Highlands untuk kali keberapa tak tau lah
Sebab dah banyak kali pergi...setahun jer 2, 3 kali...
Kali ni dari 16 - 18 June 2012
So, nnt saya story mory yer...

k. bye!

Tuesday, 8 May 2012

~ HOLIDAY @ GENTING HIGHLANDS ~

Weeeee......it's all about 30/04/12 & 01/05/12...
Genting Highlands, here we come...!!!
I went to GH with mummy and daddy...
My bro with his wife and bro in law was from Tanjung Malim

Repeated vacation on 2008...
With the same people...cousins...
But it's still happening and very enjoying!!!

Actually I with my family stay at First World Hotel for 1 night
And my cousins just come on 01/05/12 only for Outdoor Game...

Nothing much to story...let's the pics story the moment...















I lovvveeeeeeee my family ssssoooooooo much much much!!!!!

Muaaaahhhhhhh!!!

Monday, 30 April 2012

~ SEREMBAN - TERENGGANU - KELANTAN - TERENGGANU - SEREMBAN ~

(Okeh, pura-pura update belog selepas sehari balik dr bercuti...pdhal dah 5ari pun...lalalala)

Welcome back Intan!!!
Huarggghhhh...penatnya berjalan selama 4ari..
Terasa cepat masa berlalu..
Rasanya baru semalam kemas-kemas beg..
Ghupenya skrg kena kemas beg slps balik bercuti...hadoi!

Perjalanan yang jauh sebenarnya...
Even x drive (coz abg yg drive), tp penat jugakkkkk!
Duit habes jugakkkkk (wlupun xbli brg sgt tp kenape duit habes???)
Hurmmmm....tp seronok sbb tgk tmpt org...
Tgk signboard tu, "eh, mcm kenal jer nama kg tuh...mcm penah dgr jer...???"...
Oh...kg dia ghupenyeeeee...patutlah...
Seronok x mcm tu??? X ehhh...hahahha
Seronok apa mengenali mcm2 nama melalui mcm2 signboard yg kita nampak

Let's talk about my journey...

1st destination is Kuala Terengganu...
7jam perjalanan...sbb??? byk kenderaan berat yg x nak ikut lorong kiri
Degil betul!

Okeh, let's pics tell the story...

Day 1 @ Kuala Terengganu
Taman Tamadun Islam - Taman Monumen
(Tempat replika masjid dan makam sejarah negara-negara Islam)







Taman Tamadun Islam - Masjid Kristal
(Subhanallah...Indahnya masjid ni diwaktu malam...)



Day 2 @ Kuala Terengganu - Kota Bharu
Akhirnya dapat breakfast Nasi Dagang Terengganu
Gila sedap...serius! Kena cuba kalau dtg KT
Cari kat area Batu Burok...
Ni pun dah kul 10am...sibaik masih ada lg orang jual breakfast...
Nasi Dagang ni hanya time breakfast je tau...huhu
Simple jer tp menyelerakan...sungguh!!
Lepas breakfast ke Taman Tamadun Islam semula...
Hari semalamnya tak sempat nak naik River Cruise...
Abg plak ngidam nak naik boat sungai nih...layankan jer...








Selepas dah naik boat sungai di TTI, kitorg gerak trus ke Bachok jemput Adin...
Adin ni adik ipar Abg a.k.a. adik kepada Kak Ct...
Dia cuti panjang b4 start praktikal
Praktikal pun kat Kota Bharu je
Laen kali ade alasan nak ke KB lg la kannnn...hehe
Dah jemput Adin kitorg trus ke Kota Bharu
Check-in hotel then carik makan...
Nampak PizzaHut je yg dekat ngan hotel...
Layan fastfood dulu la...


Lepas makan kitorg pegi jalan2 ke Tesco KB...
Bleh plak terlepas simpang akhirnya jalan2 sampai Pasir Mas
Eh, saya nampak signboard seperti yg saya penah dengar
Bunut Susu??? Tendong...???
Haaaaa...sy dah tau kampung mereka...lalalala...

Malamnya kitorg pegi Wakaf Che Yeh
Perghhhh...mmg byk gerai kat pasar malam dia
Byk btol barang2...tp 1 pun sy x beli...huhu
Tapi siyes, saya tak mau la pegi lg kat sana
Pening pale dek terlampau ramai orang...tp wallahualam...
Takleh cakap xnak pegi...sok2 pegi jugak....kikiki...

Day 3 @ Kota Bharu - Rantau Panjang, Pengkalan Kubor & Pasar Siti Khadijah
Breakfast...dapat makan nasi kerabu...tp aksesori dia kuranglahhhhh
Tak original sgt tp sedap....restoran sebelah hotel jer...
Then...
Bermulalah sesi bershopping...
Memandangkan nama pun shopping, maka tiada gambar sepanjang itu
Maaflah yer...tuan belog shopping sakan
Tapi shopping utk barangan kiriman orang
Untuk diri sendiri??? Selai dua jer...huhu
Abg & Kak Ct yg shopping beriya..
Untuk barang2 rumah mereka...
Penuh kereta dengan periuk,kuali,narita..

Tapi sempat singgah sekejap kat Masjid China nih...
Reka bentuk dialah macam masjid di negara China
Tapi ni kat Rantau Panjang...xtau apa nama masjid ni...cer google jap...kiki


Selepas selesai shopping, baru lah makan...
Kehausan sebenarnya...ambik air sejuk free...
Malamnya kitorg nak makan nasi kerabu jugak...
So, carik pasar malam...
Hasil dari tunjuk arah abg hotel, ktorg jumpa benteng malam..
So, tapau jer Nasi Kerabu (lengkap aksesori), ayam percik kuah santan
Terbaik...mmg Kelantan kaya dengan makanan yang best...
Saya suka Kelantan sebab makanan mereka...boleh gitu???
Malam tu betul2 kekenyangan...then tido..
Mane x gemokkkk??? kata Abg...lalalalala

Day 3 @ Kota Bharu - Kuala Terengganu - Kemaman - Seremban
So...pagi tu ktorg trus gerak Kuala Terengganu...
Bye KB...nnt saya dtg lagi...
Nak rasa mcm2 makanan lagi...
Makan lagiii...hadoi!

Singgah KT beli buah pelam yg sy idamkan
Sampai 4kg ko saya beli buah pelam
Kereta dah menjungkit nih...
Hakhak...

Bye KT...pasti saya akan dtg sane lagi...
Sebab saya suka pantai kamu yang cantik lg tenang dan damai
Pastu teruskan perjalanan ke Kemaman sebab dah janji dgn Abg Pai nak singgah rumah dia...
So dalam perjalanan ke Kemaman, singgah makan di Pantai Kelulut, Marang...
View dari meja makan...pulau tu macam bentuk penyu kan???
Angin kuat time ni walaupun matahari tegak atas kepala...berbayang...
Lauk-pauk...sedap jugak...tambah2 makan tepi pantai...nyaman!
Ni lah signboard utk kedai makan tu...baru bukak ghupenyeee...
 Pastu ktorg singgah kat Pantai Kuala Abang...
Tempat ni saya dah singgah masa pegi KT bulan 11/2011 lepas
Igt x cerita ke KT dulu...cer klik nih....(Kuala Terengganu 19&20 Nov)
Mengimbau kenangan jap...boleh gitu????
Takde maknenyeeeeee....



 Jalan lagi pastu singgah plak kat Pantai Kemasik, Kerteh...
Dulu-dulu tak igt tahun bila...
Penah singgah sini jugak...tp dah banyak berubah tempat nih...
Still pantai yang cantik dan laut yang damai...





Then...singgah Kemaman rumah Abg Pai & Kak Jaa
Mereka adalah abg spupu saya...
Mereka adalah seorang guru...mengajar di sekolah di Kemaman...
Di Kemaman dapat beli Satar best...keropok lekor terbaik...
Makan malam disponsor oleh Kak Jaa...sedap Kak Jaa masak lauk orang Terengganu...
Comel perut saya malam tu...kereta pun terlebih terjungkitnya...perghhhh....hehehe

So...ktorg sampai Seremban lebih kurang jam 2am
Selepas menempun perjalanan selama 5jam dari Kemaman
Hujan lebat la pulak...dan balik ikut highway...

Alhamdulillah...semuanya selamat...