Showing posts with label RESPONSIBILITY. Show all posts
Showing posts with label RESPONSIBILITY. Show all posts

Tuesday, 7 May 2013

~ CORETAN PRU13 ~


Haaaa...saya bukan nak cerita parti itu parti ini
Ideologi adalah hak masing-masing
Hak demokrasi rakyat serta hak bersuara
Tapi...hak seseorang utk dihormati adalah penting juga
Hormati orang lain, hormati perasaan orang laen, pendapat mereka juga
Jangan melenting tak tentu pasal
Jangan lakukan provokasi, fitnah, caci-maki, hina-menghina
Jangan keterlaluan yer sayang-sayangku sekalian
Walaubagaimanapun, semuanya sudah selesai...
Semoga pentadbiran kerajaan yang dipilih akan teruskan berkhidmat untuk agama Islam, negara dan rakyat Malaysia..sebagai rakyat Malaysia, doakan yang terbaik untuk semua..
In shaa Allah...Alhamdulillah...

So...kembali pada topik asal yang ingin dikongsi..hikhik
Belum pape dah rasa kelakar nak gelak jer..
Semalam PRU13...saya adalah pengundi di kawasan .......... hahaha
tak penting pun nak tau..
Macam-macam gelagat orang pegi mengundi
Sebelum apa-apa, saya nak set kepada berfikiran positif dulu

"Dia nak pegi kenduri kot lepas ni"
"Oh, mungkin dia nak pegi dating la tu lps ngundi ni"
"Hamboi makcik, ada pertandingan ratu kebaya ker??"
"Dia baru beli kot dress poplook tu..."

Tapi yelahkan...manusia...
Tetap nak berfikiran sedikit negatif

"Pergi mengundi je kot, dress up kemain lagi ko kak..."
"Apsal la nak beriya ber'heel' bagai dia nih...kan dah sakit kaki beratur lelame nih"
"Hamboi ber dress kemain lg...sape nak tgk kak oi"
"Tingginya sanggul akak nih...pearl haya kerrr??"
"Pergh makcik ni ber makeup bagai...kebaya xnak pakai???"

Tak ketinggalan jugak...

"Kot yer pun tempat ngundi ni sebelah/belakang/depan rumah engko, xder baju lagi sopan ker??? Baju kelawar jer yg ade???"
"Alahai kak oiii..tutup la aurat sikit...takkan nak pakai short pant dtg ngundi..."
"Takde lagi ketat ke baju ko dik???"
"Mak aiii...siap dengan skirt terbelah dtg ngundi..."

Heran tak??? perempuan jer kan...
Lelaki pun ade juga...

"Bulu kaki sikit punya semak siap tersimpul lg...xder suar pjg ke bang oi"
"Pergh brader ni...siap ngn body shirt lg...polo ker??"
"Berkemeja la abang ni....petugas SPR eyhhh???"

Ditambah dengan yang last skali ni...

"Ai brader ni semart kot dengan baju beruniform dia...opsss...Abg polis jaga depan pintu bilik ngundi laaaa..."

Hahahahahaha...nampak tak ape yang saya nak sampai kan???


Kena sesuaikan penampilan dengan situasi dan keadaan...PRU ni pun dikira sesuatu yang rasmi untuk negara kita...tak perlu untuk berformal sgt tp cukup sekadar kemas, sedap mata memandang, xperlu make up tebal2...yang penting menutup aurat...


P/S: Rasa-rasa ada tak yang siap dengan pengilat kuku memasing??? kilatlah dengan warna apa pun, tetap jari telunjuk tangan kiri berwarna biru...itu maknanya kita semua rakyat Malaysia yang berjaya menunaikan tanggungjawab kita...tahniah u olssss!!!

Tuesday, 30 April 2013

~ BAYARAN PTPTN SECARA LUMP SUM ~

Anda sudah?? Yer, saya sudah...
Harini sambung cuti untuk selesaikan bayaran balik pinjaman PTPTN
Ada rezeki lebih dan sementara diberi diskaun 20% nih, mari rebut peluang keemasan
At least ada jugak pengurangan...
Sesiapa yang berkemampuan untuk bayar penuh PTPTN anda, cepat bertindak sebab diskaun tersebut hanya diberi sehingga 30 September 2013
Pejabat PTPTN Cawangan Negeri Sembilan
Sebelum saya buat pembayaran penuh ni, saya review blog-blog sesiapa yang dah buat pembayaran PTPTN nih...ada yang pergi sendiri ke Pejabat PTPTN berdekatan dan ada juga yang buat secara online
Dua-dua cara tersebut sebenarnya mudah...kalo online lagi mudah...duduk depan pc/lappy sambung dengan printer...pasti selesai segalanya..
Tapi bagi saya, bila melibatkan duit berbelas ribu, saya lebih senang buat pembayaran terus ke kaunter di Pejabat PTPTN berdekatan...baru saya yakin yang duit tu betul-betul sampai ke PTPTN...
Lokasi : PTPTN, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan, Tingkat 3
Langkah-langkah yang saya lakukan ialah:
  1. Pergi ke Pejabat PTPTN berdekatan dengan berbekalkan no. kad pengenalan anda.
  2. Selepas itu pihak PTPTN akan meminta anda mengisi Borang Permohonan Baki Pinjaman (Individu)
  3. Selepas mengisi borang, Akaunten PTPTN akan mengira jumlah akhir pinjaman anda dan jumlah yang telah ditolak diskaun 20% tersebut dan semuanya tertulis pada surat yang dibekalkan
  4. Bawa surat tersebut ke mana-mana bank anda yang mempunyai duit berbelas ribu itu, mohon pihak bank untuk issue 1 cek atas nama PTPTN..anda akan dikenakan sejumlah kecil amaun untuk tujuan setem hasil..kalo BIMB anda dikenakan RM2.45 shj...
  5. Selepas dapat cek tersebut, kembali ke PTPTN untuk membuat pembayaran..anda dikehendaki mengisi borang Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan...
  6. Diakhir proses, anda akan menerima salinan borang bayaran balik dan Resit Rasmi pembayaran balik sebagai bukti pembayaran.
  7. Selepas 3 hari (cek dah clear), pihak PTPTN akan menghubungi anda untuk memaklumkan dan memohon untuk pengeposan atau ambil sendiri Surat Perlepasan Pinjaman..
Mudahkan??? So, saya sedang menanti 3 hari sebab Surat Perlepasan Pinjaman itu amat bermakna kepada saya...hilang beban sikit...hehehehe

Selamat membayar balik pinjaman anda....!

Thursday, 2 April 2009

EARTH HOUR...!

Wahhh...just want to give everyone knows that I one of the person which support EARTH HOUR (EH)..!!! congrats to all which also support EH last saturday, 28th March 2009 with turn off ur lights for one hour only...


but masih ader org yg x peka dgn keadaan bumi kita..umah terang-benderang...elloww...just turn off ur lights for one hour not for all time or forever...x malu ke menikmati kehidupan sehat di muka bumi ni hasil dr usaha org2 yg menyokong EH walhal diri sndri x nak menyokong walau utk 1 jam???x malu ke....???bkn susah sgt...ramai yg terlibat dlm membantu memberi kesedaran mengenai EH neh...iklan kat tv setiap hari...kat radio pun ader...surat khabar pun ader...tp masih x peka dgn program dunia neh...ke x der tv and radio kat umah???x bce paper ke??hurm..klo EH ni tuk diri sndri x nak join x per la...tp ni tuk semua...org laen berusaha tp hasilnya org2 yg x sedar diri ni yg dapat...sungguh x malu...

So, for all who support EARTH HOUR last saturday, congratulations babe!...safe our planet guys!!..feel good with doing good...