Showing posts with label FRIENDSHIP. Show all posts
Showing posts with label FRIENDSHIP. Show all posts

Wednesday, 17 July 2013

~ ALHAMDULILLAH... I AM HAPPY!! ~

"Wahai Tuhanku,
Ilhamkan kepadaku supaya tetap bersyukur akan nikmat Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada Ibu Bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai. Masukkan aku dengan limpahan rahmat Mu ke dalam golongan hamba-hamba Mu yang soleh. "

(Surah Al. Naml 27:19)


Alhamdulillah...
Tiada kata yang perlu diungkapkan lagi melainkan rasa syukur dalam menjaga sesuatu yg diamanahkan kepada kita dengan sebaiknya... Peluang kedua yang diberi harus dipelihara dengan sebaiknya... Mekarlah terus mekar perasaan ini... Apa yang penting, teruskan dengan cara sendiri... Cara yg sebenar... Bukan cara yang dibuat-buat hanya untuk menyedapkan hati... Atau kata orang "cara yang mengada-ngada"... hahaha... In shaa Allah...

90% same as Me...kikiki...



Saturday, 15 June 2013

~ AL-FATIHAH - PEMERGIANMU DIRASAI DAN PERASAAN RINDU PADAMU KIAN TERASA ~

Sesi perkenalan kami bermula di tahun 1994
Darjah 1 Marikh di Sekolah Kebangsaan Temiang, Seremban
Dan persahabatan kami terjalin rapat sehingga darjah 6, tahun 1999
Masih di sekolah yang sama dan kelas yang sama, Marikh...

Sepanjang di sekolah rendah, kami memang tidak pernah berpisah
Kemana sahaja pasti bersama
Dia seorang sahabat yang baik...sangat baik...
Pendorong rakan-rakan...dia disenangi semua orang


Tamat sekolah rendah, dia ke sekolah laen, saya ke sekolah laen...
Tapi kami selalu berhubung
Sampai satu masa, bila sekolah SDAR pindah ke Sg. Gadut, dia turut berpindah..
Sebab ayah dia pemandu bas sekolah SDAR
Jadi dia sekeluarga pindah duduk di kuarters sekolah
Dia turut pindah sekolah di STTJ..berhampiran dengan rumah saya
Malah kami tetap terus berhubung walaupun tidak bertemu muka..

Dia sering menjadi orang kuat untuk mengadakan Reunion
Dia bertungkus-lumus contact semua kawan dan satukan kami semua semula
Dia memang disenangi...sangat!

Dua bulan yang lepas, dia hubungi saya melalui SMS
Menyampaikan amanat orang, hadir majlis kahwin rakan kami juga
Maka selepas berSMS dan plan bersama, kami sama-sama ke majlis tersebut di Nilai 3minggu yang lepas
Kami pergi ber5 bersama 2 lagi rakan, Ain & Syaza serta Mak Ain
Macam-macam kitorg bercerita, gelak ketawa...

Seminggu selepas tu, wedding dia pulak...iaitu 2 minggu yang lepas
Saya haruslah menghadirkan diri...canti sangat dia..
Jelas terpancar kegembiraan dia...berseri-seri...


Tapi...semalam 14 Jun 2013 tepat jam 11pm saya menerima berita yang sangat-sangat mengejutkan saya
Malah bukan saya sahaja, kami seluruh rakan-rakan dia
"Intan...Mira dah meninggal..."
Hancur luluh hati saya...perasaan sedih yang tidak terbendung lagi...
Air mata pantas mengalir...laju...
Ain call...nangis-nangis kami dalam phone...
Mula bagitau rakan-rakan yg laen...
Ya Allah, hanya Kau yang mengerti perasaan hati saya...

Tido malam tidak lagi lena...
Sering terjaga menanti SMS seterusnya
Tepat jam 8am, 15 Jun 2013, saya gerak ke rumah arwah
Penuh....ramai sangat...teringat kembali 2 minggu lepas bertapa meriahnya majlis perkahwinan arwah bersama suami tercinta..
Hari ini sekali lagi rumah arwah dipenuhi tetapi dengan tujuan menziarahi arwah

Saya tak mampu untuk turut serta dalam memandikan jenazah..
Saya tak mampu untuk mencium arwah utk kali terakhir
Malah sebenarnya saya tak mampu untuk menatap wajah arwah juga
Tapi saya berusaha untuk menatap wajahnya...laju sekali air mata mengalir

Jenazah arwah selamat disemadikan tepat jam 12 tengahari, 15 Jun 2013 di Makam Tanah Perkuburan Hj Said, Seremban
Semoga kau tenang di sana wahai sahabat
Semoga Allah pelihara kau di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan bertaqwa
Doaku mengiringi pemergianmua...dan pasti sentiasa mendoakan kesejahteraanmu di sana

Semoga keluarga arwah, Mimi & Mak Abah & Arip terus kuat untuk menerima ketentuan ini
Buat suami arwah, please be strong Zafri...ini ujian dari Allah...

Sentiasa diingati dan dirindui
Dalam kenangan...
ALLAHYARHAMAH NOR FARAH SHAMIRA BINTI HAMZANI
26 Februari 1987 - 14 Jun 2013
AL-FATIHAH

Thursday, 6 June 2013

~ SELAMAT PENGANTIN BARU KAWAN-KAWAN... ~

Last Saturday...
Saya menghadiri 2 majlis perkahwinan kawan-kawan saya
Paling best 1 majlis kawan sekolah rendah, 1 lagi kawan sekolah menengah
Haishhh...time tu jugaklah nak mengimbas kembali zaman persekolahan yang pernuh corak dan warna
Tengok mereka bersanding, teringat macam mana dulu kitorg bestfriend boleh tepuk tampar, gurau senda
Tapi bila dia dah berpasangan bersama suami dan isteri masing-masing, perasaan sedih mencuri sedikit ruang dalam pada saya turut gembira melihat kebahagian mereka...

Anyway...doa saya sentiasa mengiringi kalian dua pasangan
Semoga berbahagia hingga ke Syurga dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah

SELAMAT PENGANTIN BARU
KHAS BUAT...

HAFIZ & WAWA
**Apis ialah kawan baik di sekolah menengah..semoga menjadi imam terbaik buat isterimu...**


dan.....


SHAMIRA & ZAFRI
**Mira ialah kawan baik di sekolah rendah...semoga menjadi pendokong terbaik buat suamimu...**

P/S: Doakan kebahagiaan saya juga yer...bertemu bakal imam terbaik sepanjang hayat...in shaa Allah...Amin...

Tuesday, 30 April 2013

~ PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2013 ~

Wahai pencinta-pencinta buku...dah menjejaki PWTC ke belum???
Ada masa lagi sehingga 5 Mei 2013 tau...serbulah utk dapatkan buku-buku pilihan anda

Saya???
Saya dan pun menjejaki PWTC semalam
Perasaan saya?? Teruja kot...banyak betul buku yang nak dibeli
Cuma bile pk balik, boleh habes baca ke sebelum KLIBF 2014??
Maka, saya berkira-kira jugalah membeli

Oh ye...saya ke sana dengan kemba saya...Intan Suraya
Dia pun memborong buku tak hingat
Oit..oit...apsal aku tak perasan ko bli buku gambar Bob Lokman tuh???kikiki
Nyorok-nyorok plak beli eyh...aku bli buku Tun Mahathir open jer...kiki
Nampak tak tu buku Doktor Umum tu...hahaha
Tak rugi korg pegi serbu Pesta Buku nih
Kalau tak membeli pun, korg boleh lihat gelagat org-org yang mencintai buku dan mendalami bahan bacaan dengan rakusnya berbakul-bakul membeli
Saya rasa dia berabes beratus jugak tuh...tak berkira langsung untuk bahan ilmiah
Bilalah saya nak jadi macam tu...asik beli buku lagha jer...hurmmm

Nilah buku yang betul-betul menarik minta saya utk beli
Tak tau kenapa perasaan saya lain bila baca sinopsis dia
Membaca pengalaman org utk pengajaran diri sendiri...
3 buku tu dari keluaran Dubook Press

Buy 3 free 1
Yang free tu majalah HIAS ...
Saya dari rumah dah plan dengan terujanya nak beli buku tulisan idola saya Tun Mahathir Mohamad
Doktor Umum untuk pembangunan Malaysia
Idealogi bernas dan perancangan hebat sehingga Malaysia megah di mata dunia
Pemimpin sekarang hanya perlu meneruskan kegemilangan yang beliau bawa untuk terus memajukan Malaysia dengan ideologi tersendiri
"Sophie Kinsella"...memenuhi tuntutan Bangah...baeklah saya baca English Novel lepas nih
"Dear Dumb Diary"...sempoi jer...buku adik-adik yang mudah difahami...baca sinopsislah...
Semua ni saya beli di Booth MPH

Curi-curi Cinta, novel terbaru dari Siti Rosmizah selepas Takdir Itu Milikku
Haruslah beli sebab saya pencinta novel Siti Rosmizah
Semuanya saya ada...semua... :)
Booth SR Publication

Buku menyucian hati
In shaa Allah...kearah yang lebih baik...
Booth Karangkraf

Saya memang suka membaca
Cuma saya tak ada masa yang lebih nak membaca
Kena bahagikan masa betul-betul
Kank ada jugak buku study saya tak usik langsung
Dekat 10buah buku jugak saya beli
Saya target sehingga Pesta Buku tahun depan utk habeskan semuanya
In shaa Allah...

 Inilah semuanya yang saya beli semalam...
Jumalah keseluruhan ialah RM200...
Saya menggunakan Baucer Buku RM100..
Maka saya menggunakan cash sebanyak RM100..
Berbaloi-baloi...
 :)

~ GOOD LUCK FAZZAH!!! SEE U NEXT TIME...! ~

Fazzah...budak praktikal ofis sebelah
Ada anak lelaki hensem gilos bernama Hussien..
Tapi Fazzah ni baik ngan ktorg nih sampai dak ofis dia jeles tak sudah
Hai la Fazzah...ko dah takde tp tempias mereka pd ktorg tetap berterusan
Semoga semuanya baik-baik aja...

Ini je pemberian ikhlas buat Fazzah dari ktorg...
Tak sempat nak plan apa-apa
Ni pun sibaik Kak Isma & Kak Lissa igt nak beli something
Oklah kan...kek best nih... :)


Fazzah pun ada bagi something kat ktorg jugak..
Yang manis-manis mmg untuk orang yang manis-manis jugak
KitKat & Polo...thx Fazzah...


Semoga berjaya Fazzah!!!
Teruskan habes belaja..buktikan pada mereka semua Fazzah boleh!
Yang baik-baik haruslah dikenang...yang buruk lagi busuk tu tak yah nak ingat sgt...
Yang penting, jgn lupa kitorg yer....
:)
 Oh..Fazzah yang berbaju putih sedang dukung anak dia yg hensem, Hussien...

Sehingga berjumpa lagi dilain masa dan ketika...!!!!

Monday, 18 February 2013

~ TINGGAL KENANGAN ~

Hurmmm
Bukan niat nak mengingati kisah lama..jauh sekali utk berharap lagi
Tapi tak salahkan kalo kita menyimpan sesuatu sebgai kenangan??
Bila kita tgk benda tu, kita imbau kembali kenangan
Sekurang-kurangnya saya masih mengingatinya
Mengingati...mengenang...untuk sesuatu yang baik
Tapi biarlah apa-apa pun saya simpan jauh disudut hati
Yang penting kita enjoyyyyy!!!!

Eh...sebenarnya masa kemas-kemas beg duit haritu terperasan kembali benda nih...
Duit pemberian dia suatu ketika dulu saya tak gunakan pun
Saya minta Kak Yana buatkan bentuk LOVE
Sampai harini saya masih simpan dan tak gunakan pun
Sampai bila??? Saya tiada jawapan lg buat masa ni..takde..


Tetiba teringat pulak..
Dulu ada orang topup kan credit telefon
Dulu ada orang bagi duit belanja
Dulu ada orang nak belanja breakfast
Sekarang kena berdikari...jgn berharap pada org lagi...

Ingat Intan...ingat!

Sunday, 17 February 2013

~ CHINESE NEW YEAR vs LIMAU MANDARIN ~

Lambat lorrr...byk gmbr tersimpan tp tak story-mory lg kat belogku ini
Nway, Happy Chinese New Year! to all friends yg celebrate CNY

Nak merasa dapat angpau mmg tak la kan
Zaman-zaman ayah masih bekerja mmg banyak la dapat
Ayah mmg kenal ramai org kat Bandar Seremban tu
Bila CNY, balik kerja duk kira angpau

Sekarang bila diri sendiri yg kerja, angpau xder
Yang ader Limau Mandarin
Berkotak-kotak limau kontraktor hantar kat opis
Makan tak ingat dunia..berbiji-biji makan dalam sehari
Sampai ado yg kono CirBir la..hadoiii..
Hebat betul penangan limau mandarin ni kan... :)

Tapi penah dengar 'Limau Mandarin Kasih Sayang'??
Hahahahaha...silalah kamu dan kamu muntah mendengarnye..kikiki

~ 2 butir Limau Mandarin Kasih Sayang ~
Limau yang ditinggalkan oleh Opismate semasa saya tiada di opis
Katanya limau tu sedap dari limau-limau yg penah dapat sblm ni
Terima kasih la sebab igt nak tinggalkan utk saya
Disebabkan dia limau kasih sayang, saya sayang pulak nak makan limau tu
Ditinggalkan pulak oleh kesayangan kannn...lg sayang nak makan
Tapi tak makan rugi, maka makan pun penuh dgn kasih sayang
Hamboiii...berganda-ganda sedapnya limau tu....
Hahahahahahha...mengada!!!

Friday, 15 February 2013

~ CERITA DISEBALIK......SELAMAT PENGANTIN BARU KAK WANI & HUBBY!!! ~

Cerita lapuk, basi...lama betul nak update psl nih
Belek-belek gambar baru tingat tak story lagi pasal ni...
Layankan jela yerrrr....

********************************

Wedding Kak Wani kat Kelantan tak dapat nak hadirkan diri
Time tu sedang bercuti-cuti di Langkawi
Lagipun jauh nak sampai sana..
Kalau dah planning boleh je pegi, tp unplanned...

Maka, mendapat jemputan untuk kenduri bertandang ke rumah pengantin lelaki pada 24 November 2012
Berkira-kira betul nak pegi tau
Yela, kenal Kak Wani di alam maya
Borak, cerita-cerita pun semua dengan FB
Kenal Kak Wani pun sebab dia adik kepada Abg Man...kakak kepada Azmi...
Tapi bila dah kenal-kenal tu bila dijemput x sedap hati kalau tak datang kenduri tu
Lagipun Kak Wani selalu sgt ckp "nak sgt jumpa Intan"
Aduh...guano nih??? 

Sehari sebelum tu Abg Man tanya lagi, pergi ke tak?? Dapat jemputan tak??
Kelu lidah nak jawab...haiyoooo...
Azmi pun sama...asek tanya-tanya jer...
Sudahnya mlm tu msg Azmi nak follow dia je ke Melaka...
Adik saya tu baiiikkkkk sgt...dia x mau akak dia ni keseorangan ke Melaka
Maka kami decide pergi ke Melaka sekali satu kereta dengan Mizan

Degupan jantung saya macam orang tunggu saat dinikahkan..
Sapa yang kawen sebenarnya nih??
Mana tidak nya, saya bakal berdepan dengan seluruh ahli keluarga mereka..
1st time nak jumpa Kak Wani...dan keluarganya...
Sibaik Azmi pun tak mengabaikan akak eyh ni sensorg dalam kelompok keluarga dia
Sibaik jugok kak dio nih pehe gapo mek nge ayoh dia oyak..
So, takderlah rasa terasing...
Ops, bukan keluarga dia jer, sedara -mara dia jugak
Serius malu tebal muka tp control Intan
Sibaik Abg Man takder tau...klo tak lagi malu...huahuahua...

Akhirnya dapat juga saya hadirkan diri dan tgk Kak Wani & hubby bersanding
Kenal Kak Wani dgn dekat...keluarga mereka...


Semoga bahagia till Jannah...

Psstttt....dgr-dgr dah berbadan dua...tahniah Kak...

Monday, 26 November 2012

~ IRFAN'S NEWS... ~

Keadaan Irfan harini semakin baik
Walaupun masih demam, tp suhu x tinggi seperti sebelumnya
Pernafasan Irfan kembali normal
Harini Irfan checkup dgn pakar kanak-kanak
Result tunggu esok..hope xder pape..

Mama n Papa Irfan dah tarik nafas lega
Tambah lega lg bila Ezai ckp Irfan dah nak menyusu semula
Menyusu mcm dah smggu x minum..
Mesti Irfan lapar sgt kan...sian Irfan..

Wan cakap doktor advise utk observe Irfan lg
Doctor nak tgk perkembangan Irfan, menjadi normal seperti baby2 yg lain seusia dia
InsyaAllah Irfan bebas dr sebarang penyakit
X sabar nak tgk Irfan senyum kat aunty Intan dia
Aunty Intan pun x sabar nak ngulit Irfan nih..

Alaaaaa....sebut Irfan, tingat kat my lovely niece, Baby Zahra...

Zahraaaaa....MakSu really miss u la sayanggg...!!!

Sunday, 25 November 2012

~ GET WELL SOON MUHAMMAD HAIRUL IRFAN ~

Lagi sy nak menjauhi, lagi dia dekat dgn sy..
Maka sy kena terima hakikat..
Walau kami tiada apa2 ikatan lg, dia masih perlukan sy
Yes!, perlukan sy sbgai kawan yg pernah memahami dia
Kawan yang mengenali sikap dia, sy lebih tahu dia

Ya, dia dah kahwin..ada anak lelaki yg sgt comel
Tapi saya terpaksa akur bila dia terus-terusan menghubungi saya
Saya..tiada dendam pada dia..malah sy gembira dgn kebahagiaan dia sekeluarga
Walau berat tp sy redha dgn segalanya

Harini..sy bgn seawal 5.30pg..
X boleh tido sbnrnya
Terus capai henpon...ada 5 misscall..dan 1 msg...
Kesemua missed call adalah dari Wan..
Peliklah pulak bila dia call time2 begitu..
Baca msg, dari Wan jugak...
Kepala dah fikir, ni mst ada something, klo x dia xkan msg or call time2 mcm ni...

Wan inform Baby Irfan admitted NICU..
Demam panas smpi sukar bernafas
Kena guna bantuan pernafasan...
B4 hantar hospital, Irfan tido kat rumah
So, b4 Mama n Papa nak tido, g tgk2 Irfan dulu
Bibir dah biru...kuku pun dah biru...
Irfan pucat sgt...tp mata still lelap..
Pernafasan laju jer...kejap-kejap mulut dia ternganga..
Terus Mama kejut Irfan..pastikan Irfan bangun..bukak mata
Mama dah nangis-nangis...Irfan bukak mata then mcm nak tutup semula
Papa call ambulans..lepas tu crk semua dokumen yg perlu untuk bwk ke hospital
Masa ambulans dtg bwk Irfan n Mama, jam dah tunjuk pukul 1.30pg...
Papa naik kereta follow ambulans...
Sampai je hospital, Irfan terus kena bawak emergency room..
Mama n Papa kena tunggu kat luar...Mama nangis jgn cakaplah...
Meraung pun ada...terus call Mak n Abah kat kg...
Dekat sejam jugak Irfan dalam emergency room
Then terus kena tolak ke NICU dgn bantuan pernafasan
Kata doctor, Irfan kena pantau dulu..takut ada jangkitan kuman pada paru-paru
Kena tunggu hari Isnin utk overall checkup..sbb Ahad clinic tutup..

Termenung sekejap sy bila dgr cerita dari Wan..
Oh..sy call Wan after bca msg dia tu..
Then Wan cerita apa yg berlaku sebenarnya...
Sebak hati sy bila Wan cerita dgn suara yg tertahan-tahan
Sapa x sayang anak kannn...Irfan baru berusia 3bulan..
Remuk hati Wan dan Ezai tgk anak mereka dgn wayar-wayar utk support pernafasan Irfan

Saya kebalkan hati, kuatkan smgt utk menjenguk Irfan
So, dlm kul 11.00pg sy dah kuar umah untuk ziarah Irfan
Tatkala saya melihat keadaan Irfan, saya sedih..
Bergenang airmata tgk Irfan berusaha bernafas
Hancur luluh hati tgk bayi kecil berusia 3bulan dalam keadaan macamtu
Apatah lagi hati Mama dan Papa Irfan kan...
Lagi sebak bila Ezai dtg peluk saya...
Ezai perlukan kekuatan dan semangat..
Begitu jg Wan perlukan kekuatan utk diserap pd Ezai
Nmpknya waktu itu, hanya sy yg ada ditempat itu
Ezai dan Wan bergilir masuk utk menjaga Irfan
Sy hanya dapat melihat dari luar...
Bila Irfan masuk, sy berbual dgn Ezai...
Bila Ezai masuk, sy berbual dgn Wan...
Kini, sy sedar kenapa Wan tetap menghubungi sy selama ini selepas dia berkahwin...
Saya hanya mampu senyum...xnak amik kesempatan apa-apa..

Buat Baby Muhammad Hairul Irfan bin Mohd Hazwanizam, semoga cepat sembuh sayang...
Aunty Intan x sempat nak jumpa Irfan sebelum ni...
Tp harini bila aunty jumpa Irfan, keadaan Irfan buat aunty menangis sedih
Bukan keadaan ini yg aunty inginkan...kembali sihat yer sayang..
Kembalikan semula warna-warna ceria keluargamu...
Aunty doakan yang terbaik utk Irfan...
InsyaAllah, nnt kita jmp lg skali Irfan dah kembali sihat...




Thursday, 25 October 2012

~ HANCUR HATIKU ~

Ya Allah tabahkanlah hati hambaMu ini
Kuatkanlah hatiku Ya Allah!


Hancur! Lumat! Luluh!


Terasa diri ni dibuang ke tepi olehnya

Apa yang dia buat kini, saya langsung x tau

Dia pergi mana, saya tak tau

Saya tahu pun melalui orang laen

Ditambah dengan SMS yang tidak berbalas

Saya rasa diri saya semakin dibuang oleh dia

Tidak lagi seperti dulu-dulu

Tidak lagi seperti kenangan yang tercipta dulu

Kini hati saya semakin hancur...terguris dalam

Saya tak tahu di masa-masa akan datang, tanpa dia di depan mata saya, mungkin saya semakin diketepikan...

Tapi saat ini, kesukaran untuk saya menanggung kepergian dia semakin terasa

Saya hanya mampu menangis sedih...sendiri..

Tabahlah wahai hatiku...

Walau saya akan kehilangan seorang yang pernah bertakhta di hati saya

Walau saya akan hilang seorang kawan lelaki yang baik pada saya

Walau saya akan hilang seorang yang sabar dengan perangai saya

Walau saya akan hilang seorang untuk tmpt bermanja, teman bergaduh

Teruslah tabah dengan semangat yang tinggi utk meneruskan kehidupan wahai hatiku

Hatiku...sekarang ni pun kita dah diketepikan oleh dia

***Menangis dan menangis terus***

Sunday, 21 October 2012

~ ANTARA CINTA & AIRMATA ~

Demam pun demam jugak
Tapi bila dah berjanji kena tunaikan
Walaupun keadaan kurang selesa, tapi ku tetap penuhi jua

Hidung nih sroottt...sreetttt...
Batuk plak dah macam oran tua..nak terbelahak bagai

Sampai-sampai jer kena tegur dgn tuan badan
"Asik demam jer..jagalah kesihatan..."
---- baiklahhhh...tp jgn bebel boleh??

Kena tegur lagi...
"Awak jgn tulis cmtu lagi...amik sbgai salah 1 cabaran utk tempuh"
---- ialahhh...dah menyakitkan hati..tu psl demam kot,sy beriya buat assignment tp dia dtg n tumpang nama je..cis di situ...huh!

eh eh, tp entry sy tu dah kena delete..mendengar kata btol kau Intan...huhu
Org ckp klo mendengar kata nih, maknanya dia suka kat org tu...
Hurmmm...suka tu sukalahhh...tp no heart feeling...biasa jerr...

Hoihhhh...sibaik mak kamu tak tanya mcm-mcm tau
Kalau byk soalan, sy sumbat dengan pau amik kat Kak Yana tu
Tp nnt rugilah saya...pau tu sedap dapat kat mak awak pulak..hahaha
Tapi memang rezeki mak dialah kan..abes sume pau tu saya bagi ke mak dia
huhuhuhu...

Part paling best...
"saya kawan dengan K dah lama makcik...tapi kawan2 mcm tu jela..."
"kenal dia dari Afin...lama dah kenal..."
"eh xder la...biasa jer makcik..."
"yang itu sy tak tau nak cakap..insyaAllah..."
"saya nak focus utk study makcik..."

"sanggup x kalau nak tggu 4 thn lg..."
eeehhhh...yg ni xckp pun..x..x...hahahha

Jawapan nak selamatkan diri jer..
Makcik, saya malu ok...

Monday, 15 October 2012

~ ANOTHER GOOD NEWS ~

Beberapa hari selepas mendapat berita family dia mahu bertemu saya,
sy mengetahui sesuatu yg diluar kotak fikiran sy selama ini...

Selama ni kita berkawan atas tiket Facebook
Walau pun saya tahu siapa dia, tp dia tak mengenali saya
Kami berchatting...berkomen..semuanya dilaman FB
Lebih setahun semuanya terjadi...
Dan selama itu jugalah saya terus beranggapan dia tidak mengetahui siapa saya

Beberapa hari lepas...
Semuanya terbongkar...
Dia mengenali saya rupanya..
Sibaik xde ckp pasal sebarangan sblm ni
Kalo x malu jer ko Intannnn...!

Tapi, walau ada sedikit persoalan di kotak fikiran saya
Saya masih mampu untuk menarik nafas lega, masih mampu tersenyum...
Ntahlah...tetbe hati ni rasa macam tenang..gembira...

Alhamdulillah....

Thursday, 11 October 2012

~ TAKUT...MALU...SEGAN... ~

Weeeyyhhhhh...
Saya bakal berjumpa dengan ahli keluarganya
Untuk yang pertama kalinya
Sedang mencari masa sesuai...Bila??
Itu yang tak tau lagi...

Perasaan??
Bercampur-baur...sungguh!
Takut...takut untuk melihat reaksi mereka terhadap saya...
Malu dan segan...sebab saya sedar siapalah diri saya ni kannn...
Boleh ke mereka menerima saya??
Tapi dalam pada itu, hati saya berbunga-bunga...!

Terkejut bila ada permintaan untuk keluarganya bertemu mata dengan saya
Harapan yang diberikan pada saya buat saya serba-salah untuk menolak

Selama ni kami berkawan...yer sangattttttt baik...
Hingga hari ini walau kadang-kadang ada jurang yg cuba memisahkan
Pada keluarga saya, dia sangat diterima baik kehadirannya
Tapi sejak kebelakangan ni saya hampir tak percaya penerimaan keluarganya pada saya

"Ya Allah...petanda apa yang cuba ditunjukkan kepada saya...saya amat-amat bersyukur dengan segala kesabaran saya terhadap dia selama ini sekiranya inilah penerimaan keluarganya pada saya..."

Eh...apa yang dia dah ceritakan pada keluarga dia tentang saya??
Harap-harap yang baik-baik berlaka...sepertimana saya menceritakan yang baik-baik tentang dia pada keluarga saya...

Kenyataan yang saya terima saat ini amat membahagiakan...menggembirakan..
Satu lagi silaturrahim bakal terjalin...
InsyaAllah...harap ada kesempatan itu terhadap kami...

~ Alhamdulillah ~

Tuesday, 25 September 2012

~ RISAU ~

Cuma nak ckp hati ni risau sgt...
Jarang sekali beliau jd begini..
Apsal nak risau sgt nih Intan???
Sbb di dah jd sebahagian dari hidup sy sbb tu sy risau
Kalau tak, takdelah nak risau mcmni
Makan ke tidak...aduhai hati...terlalu concern betullah..
Semoga dia kuat...terus kuat...untuk sembuh secepat mungkin

Makin dekat harinya, makin x sihat pulak kamu yer...

~ GOING OUT WITH BFF ~

Since one of my BFF will be marry this becoming weekend, so we decide to going out together
Only 4 of us but it's so hard to make all to join the 'makan-makan' time
It's ok laaa....yang penting pada hari bahagia beliau kitorg semua ada di samping dia...

Layan jer gambar ronggeng Cik Salmah ni yerrr...

 Mushroom Soup ni not recommended...huhu

 Cala-cala for me! best...

 Citrus Mint for Mak Nana...

 Blue Ice for bakal perantin...Cikja!!

 Mak Nana

 Cikja's Dish..

 Ini juga...

 Bakal perantin...Cikja!!!

 Mak nana n Me...Fish n Chip the best!

Haruslah ada gambar tuan tanah..hehe

Friday, 21 September 2012

~ BILA RASA ITU MULAI HADIR ~

Jangan frust sgt ye Intan..
Nnt jd stress susah pulak..

But I can't for not to think about him
If this is the best decision for him, sy redha..
With his reason, who am I to halang his decision..
And he looks happy to move on..
Don't know how to look forward of my day without him...

Sape lg kawan nak gadoh..nak manja..
Sape lg kawan nak share cerita..
Sape lg kawan yg bole wat sy senyum klo sy marah,sedih..

Oh,mcm mana sy nak mengekspresikan diri sy di hari terakhir dia..

Will miss him..

Tuesday, 28 August 2012

~ I'M GLAD TO HEAR THAT..! :) ~

Entry lapuk...dah sebulan pulak tu...berkepuk dalam HotRedLappy saya...ish ish...
Nak wat camne..kekangan masa dan kemalasan melanda menyebabkan belog saya nih sunyi sepi...
Tapi tetap jgk nak cerita...nak cerita semua sekali...SEMUA...
Eh eh, bunyik mcm byk je story kannn...haha

Tahniah abg dapat Baby Boy...dah bertambah hero abg... :)
Sgt gembira bila abg msg bgtau aritu...
And Ibu pulak yang terlebih excited nak beli present utk Baby Azim...
Sekali excited nak beli utk cucu dia nnt la tuuu...
Sebelum tu beli utk cucu org dulu..hahaha

Welcome to the world Muhammad Azim Haziq...
Semoga menjadi anak yang soleh
Berbakti pada kedua Ibubapamu
Menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat
Dan sentiasa mendapat redha Allah dalam apa jua keadaan...
InsyaAllah...

Jom usha present utk Baby Azim setelah menggeledah Butik Anakku di Tesco...

Yang ini menjadi pilihan Ibu...Ibu pilih, Ibu byr...hahaha.. 
Short pant ni ade unik dia skit...kena crk and belek2 bru jmp...secret...hehe
Haaaaaa...haruslah saya yg pilih...merah lg...mickey plak tu...alolololo suweeetttnyeeeee...
Sekali ngn duit raya utk 3 hero abg...amount??? biarlah rahsia...aicehhh!!
Semua tu diletakkan dalam paper bag ni...Little Baby... :)
Paper bag xder pemegang..maka masukkan je dlm plastik bag ni haaa...sonang!
Penangan butik baby kannn
Berangan nak baby la pulakkkk...kahwin tak lagi ni...
Xper...xper...pasni shopping utk anak buah saya nnt...
Beruntunglah dia nnt sorg je baru kann...segalanya untukmulah...kikiki

~ Oh! Anakku...ngeeee ~

~ IFTAR WITH MY BEST BUDDIES ~

Entry lamaaa....29 July 2012...
Lama dah tak berempat mengharukkan suasana
Buat orang sekeliling menyampah dgn kitorg
Mana taknye, asek gelak dan bising jer
Sorry orang-orang sekeliling, kami dah lama sangat tak berjumpa berempat
Ni je masa yang ada before salah sorang dari kami berkahwin
Nanti konfem susah mahu berempat lagi...

So we decided to do Iftar together...at Manhattan??? Johnny's???
Noooo...all fully booked!! and after Iftar time also fully booked!!
Tensen jerrr...Kenny Roger's boleh pulak buat renovation...
So we decide to Iftar at Pizza Hut...ok la dr xde...

Gembiralah kan Makcik 2org tu..muka dorg je clear...cis!
My meal..so so jerrr...sibaik konyang
Gambar poyo-poyo...

Bersama Ciktan...
CikJa & Mak Nana...

~ IFTAR with BESTIES 2012 ~

Thursday, 2 August 2012

~ NO, NOT & NEVER CHANGE! ~

I don't know why
Why my feeling become more calm rite now
No more tears...no more sadness...
Everything became to natural...oh normal I mean... :)

Almost a year...yes a year I fight with my own feeling
Almost a year I lost my peace time..my happiness...
Almost a year I lost him...my man...
Yes him...my strength..sometime him act like my bro...
And I miss everything I did with U...EVERYTHING!!

After everything just happened...now I'm free!!
Free from the bad feeling...
Even sometime it's come to remember me about everything again..
But I realize it is one of the sweet memories with U...

And how U treat me now, bad or good, it doesn't mean anything to me
Because I know U always being to me...U always with me..but with different situation...

And one more thing U should know...
What I feel at past with U, my 'kasih & sayang', how I miss U...
It was never change until now...it still the same...

U know why???
It is because of YOU...!!!

P/S: Now, I can smile until near my ear...eh, cenggitu plak kan...kikiki

;)