Sunday, 25 November 2012

~ GET WELL SOON MUHAMMAD HAIRUL IRFAN ~

Lagi sy nak menjauhi, lagi dia dekat dgn sy..
Maka sy kena terima hakikat..
Walau kami tiada apa2 ikatan lg, dia masih perlukan sy
Yes!, perlukan sy sbgai kawan yg pernah memahami dia
Kawan yang mengenali sikap dia, sy lebih tahu dia

Ya, dia dah kahwin..ada anak lelaki yg sgt comel
Tapi saya terpaksa akur bila dia terus-terusan menghubungi saya
Saya..tiada dendam pada dia..malah sy gembira dgn kebahagiaan dia sekeluarga
Walau berat tp sy redha dgn segalanya

Harini..sy bgn seawal 5.30pg..
X boleh tido sbnrnya
Terus capai henpon...ada 5 misscall..dan 1 msg...
Kesemua missed call adalah dari Wan..
Peliklah pulak bila dia call time2 begitu..
Baca msg, dari Wan jugak...
Kepala dah fikir, ni mst ada something, klo x dia xkan msg or call time2 mcm ni...

Wan inform Baby Irfan admitted NICU..
Demam panas smpi sukar bernafas
Kena guna bantuan pernafasan...
B4 hantar hospital, Irfan tido kat rumah
So, b4 Mama n Papa nak tido, g tgk2 Irfan dulu
Bibir dah biru...kuku pun dah biru...
Irfan pucat sgt...tp mata still lelap..
Pernafasan laju jer...kejap-kejap mulut dia ternganga..
Terus Mama kejut Irfan..pastikan Irfan bangun..bukak mata
Mama dah nangis-nangis...Irfan bukak mata then mcm nak tutup semula
Papa call ambulans..lepas tu crk semua dokumen yg perlu untuk bwk ke hospital
Masa ambulans dtg bwk Irfan n Mama, jam dah tunjuk pukul 1.30pg...
Papa naik kereta follow ambulans...
Sampai je hospital, Irfan terus kena bawak emergency room..
Mama n Papa kena tunggu kat luar...Mama nangis jgn cakaplah...
Meraung pun ada...terus call Mak n Abah kat kg...
Dekat sejam jugak Irfan dalam emergency room
Then terus kena tolak ke NICU dgn bantuan pernafasan
Kata doctor, Irfan kena pantau dulu..takut ada jangkitan kuman pada paru-paru
Kena tunggu hari Isnin utk overall checkup..sbb Ahad clinic tutup..

Termenung sekejap sy bila dgr cerita dari Wan..
Oh..sy call Wan after bca msg dia tu..
Then Wan cerita apa yg berlaku sebenarnya...
Sebak hati sy bila Wan cerita dgn suara yg tertahan-tahan
Sapa x sayang anak kannn...Irfan baru berusia 3bulan..
Remuk hati Wan dan Ezai tgk anak mereka dgn wayar-wayar utk support pernafasan Irfan

Saya kebalkan hati, kuatkan smgt utk menjenguk Irfan
So, dlm kul 11.00pg sy dah kuar umah untuk ziarah Irfan
Tatkala saya melihat keadaan Irfan, saya sedih..
Bergenang airmata tgk Irfan berusaha bernafas
Hancur luluh hati tgk bayi kecil berusia 3bulan dalam keadaan macamtu
Apatah lagi hati Mama dan Papa Irfan kan...
Lagi sebak bila Ezai dtg peluk saya...
Ezai perlukan kekuatan dan semangat..
Begitu jg Wan perlukan kekuatan utk diserap pd Ezai
Nmpknya waktu itu, hanya sy yg ada ditempat itu
Ezai dan Wan bergilir masuk utk menjaga Irfan
Sy hanya dapat melihat dari luar...
Bila Irfan masuk, sy berbual dgn Ezai...
Bila Ezai masuk, sy berbual dgn Wan...
Kini, sy sedar kenapa Wan tetap menghubungi sy selama ini selepas dia berkahwin...
Saya hanya mampu senyum...xnak amik kesempatan apa-apa..

Buat Baby Muhammad Hairul Irfan bin Mohd Hazwanizam, semoga cepat sembuh sayang...
Aunty Intan x sempat nak jumpa Irfan sebelum ni...
Tp harini bila aunty jumpa Irfan, keadaan Irfan buat aunty menangis sedih
Bukan keadaan ini yg aunty inginkan...kembali sihat yer sayang..
Kembalikan semula warna-warna ceria keluargamu...
Aunty doakan yang terbaik utk Irfan...
InsyaAllah, nnt kita jmp lg skali Irfan dah kembali sihat...




1 comment:

  1. intan, nadia doakan anak kawan intan ni cepat sembuh ye.

    ReplyDelete