Sesi perkenalan kami bermula di tahun 1994
Darjah 1 Marikh di Sekolah Kebangsaan Temiang, Seremban
Dan persahabatan kami terjalin rapat sehingga darjah 6, tahun 1999
Masih di sekolah yang sama dan kelas yang sama, Marikh...
Sepanjang di sekolah rendah, kami memang tidak pernah berpisah
Kemana sahaja pasti bersama
Dia seorang sahabat yang baik...sangat baik...
Pendorong rakan-rakan...dia disenangi semua orang
Tamat sekolah rendah, dia ke sekolah laen, saya ke sekolah laen...
Tapi kami selalu berhubung
Sampai satu masa, bila sekolah SDAR pindah ke Sg. Gadut, dia turut berpindah..
Sebab ayah dia pemandu bas sekolah SDAR
Jadi dia sekeluarga pindah duduk di kuarters sekolah
Dia turut pindah sekolah di STTJ..berhampiran dengan rumah saya
Malah kami tetap terus berhubung walaupun tidak bertemu muka..
Dia sering menjadi orang kuat untuk mengadakan Reunion
Dia bertungkus-lumus contact semua kawan dan satukan kami semua semula
Dia memang disenangi...sangat!
Dua bulan yang lepas, dia hubungi saya melalui SMS
Menyampaikan amanat orang, hadir majlis kahwin rakan kami juga
Maka selepas berSMS dan plan bersama, kami sama-sama ke majlis tersebut di Nilai 3minggu yang lepas
Kami pergi ber5 bersama 2 lagi rakan, Ain & Syaza serta Mak Ain
Macam-macam kitorg bercerita, gelak ketawa...
Seminggu selepas tu, wedding dia pulak...iaitu 2 minggu yang lepas
Saya haruslah menghadirkan diri...canti sangat dia..
Jelas terpancar kegembiraan dia...berseri-seri...
Tapi...semalam 14 Jun 2013 tepat jam 11pm saya menerima berita yang sangat-sangat mengejutkan saya
Malah bukan saya sahaja, kami seluruh rakan-rakan dia
"Intan...Mira dah meninggal..."
Hancur luluh hati saya...perasaan sedih yang tidak terbendung lagi...
Air mata pantas mengalir...laju...
Ain call...nangis-nangis kami dalam phone...
Mula bagitau rakan-rakan yg laen...
Ya Allah, hanya Kau yang mengerti perasaan hati saya...
Tido malam tidak lagi lena...
Sering terjaga menanti SMS seterusnya
Tepat jam 8am, 15 Jun 2013, saya gerak ke rumah arwah
Penuh....ramai sangat...teringat kembali 2 minggu lepas bertapa meriahnya majlis perkahwinan arwah bersama suami tercinta..
Hari ini sekali lagi rumah arwah dipenuhi tetapi dengan tujuan menziarahi arwah
Saya tak mampu untuk turut serta dalam memandikan jenazah..
Saya tak mampu untuk mencium arwah utk kali terakhir
Malah sebenarnya saya tak mampu untuk menatap wajah arwah juga
Tapi saya berusaha untuk menatap wajahnya...laju sekali air mata mengalir
Jenazah arwah selamat disemadikan tepat jam 12 tengahari, 15 Jun 2013 di Makam Tanah Perkuburan Hj Said, Seremban
Semoga kau tenang di sana wahai sahabat
Semoga Allah pelihara kau di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan bertaqwa
Doaku mengiringi pemergianmua...dan pasti sentiasa mendoakan kesejahteraanmu di sana
Semoga keluarga arwah, Mimi & Mak Abah & Arip terus kuat untuk menerima ketentuan ini
Buat suami arwah, please be strong Zafri...ini ujian dari Allah...
Sentiasa diingati dan dirindui
Dalam kenangan...
ALLAHYARHAMAH NOR FARAH SHAMIRA BINTI HAMZANI
26 Februari 1987 - 14 Jun 2013
AL-FATIHAH