Oh!..Jeng..jeng..hahha...
Mari berkenalan dgn org2 kesayangan aku meh~sayang bangat.
Merekalah sumber kekuatan aku tuk trus bersemangat menempuh hari-hari mendatang..
Kasih dan sayang aku pd mereka x dpt nak di gambarkan sepenuhnya dgn kata-kata..
Hanya Tuhan yang tahu hati dan perasaan aku terhadap keluaga terchinta ini...~ t'emosi plak daa....
Menjunjung kasih ayah bonda…dan
Keluarga yang tidak terhingga…
Tidak ternilai segala pengorbanan
Dan baktimu untuk seorang anak sepertiku…
Walau kering air dari tujuh lautan
Dijadikan tinta untuk menzahirkan selaut kasih…
Tidak akan sama nilainya dengan keperitanmu
Yang turut menangis dan mengiringi suka dan
Duka perjalanan hidupku…!
Terima kasih ayah…
Kerana tidak pernah mengira setiap keringatmu
Yang jatuh untuk ku, anakmu…kau ayah yang tidak pernah putus melimpahi segala-galanya buatku…kau ayah yang terlalu memahamiku…kau ayah yang terlalu menyayangiku…kau ayah kepada anak-anakmu…
kau ayah….hero buatku…!
Terima kasih ibu…
kerana tidak putus-putus membelaiku sejak di dalam kandunganmu sehingga kini…kau ibu yang tidak pernah alpa terhadap ku, anakmu…kau ibu yang terlalu baik dan terbaik di dunia ini…kau tidak pernah lupa segalanya, penderitaanmu membesarkan aku, anakmu…kau ibu kepada anak-anakmu…
kau ibu…serikandi hidupku…!
Terima kasih abang-abangku…
Kerana menerimaku sebagai adikmu…kau abang yang menjadi PELINDUNG BUAT ku dikala aku susah dan senang…kau tidak pernah kesal mempunyai adik sepertiku…kau menyayangiku sepenuh hatimu…
Kau abang…wira buatku…!
~ Dengan setulus ikhlas hati dari anakmu juga adikmu ~
"Walau aku jauh beribu batu, walau aku dekat denganmu, hati serta perasaan kasih dan sayang juga cinta dan segalanya masih tetap begitu selamanya"