Tuesday, 11 June 2013

Aiman Yusoff: Muhasabah Diri, Cara Qada Solat Yang Tertinggal

Aiman Yusoff: Muhasabah Diri, Cara Qada Solat Yang Tertinggal: Bismillahirrahmanirrahim…. Assalamualaikum…. Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Al...

Thursday, 6 June 2013

~ ENTRY BERSAMBUNG...PERCAYA TAK YANG MEREKA MEMANG AWESOME?? ~

Entry ini adalah rentetan dari entry ini, ABANG-ABANG SAYA SANGAT AWESOME TAU! :)

Hanya sekali saya mengadu domba dengan mereka
Sekali! Ye memang sekali...
Bukannya mengadu apa pun...mengadu yang MySony tu dah banyak kali jatuh...
Pastu lembab kalah siput vavi...Pastu asik 'hang' jer
Rasa bila dah jatuh tu, macam nak hempas lagi dan lagi
Geram....tp sayang tau sebenarnya...

Okeh..igtkan aduan rakyat saya pada mereka tamat begitu sahaja
Tapi ada satu hari ni, beberapa hari selepas adegan mengadu manja tuh, bangah bertanya "mahu phone baru kah??"
Haishhh soalan apekah ini...tapi saya menjawab dgn rasional..
"Kalau bagi free nak la...kalau beli sediri takpelah..."
Maka beliau berkata-kata lagi.. "nak cakap...abg pun dah stuju nak sponsor skit...share2 laaa..."
Glupssss....saya tanya.."ko x sponsor??"
Beliau menjawab..."boleh jerrr"
Apakah lagi jawapan yang harus diberi melainkan YA?...maka saya jawab YA!!
Tapi...mereka yang menentukan phone apa yg harus dibeli...
Itu syaratnya supaya saya tidak salah membeli telefon..katanyaaaaa...
Ermmm...

So, saya menerimanya...inilah...
 "My Baby Pearl"



Sayang sangat dengan "MySony"...ramai yang nak membelinya..
Saya ingat kalau ada yang nak beli, saya nak jual walau berat hati
Klo dibiarkan simpan pun rosak begitu jer kan...baik jual...
Tapi Ibu menawarkan hati nak guna phone tu...maka, MySony masih didepan mata
Tak jadi nak rindu-rinduan...hahaha

Terima kasih MySony yang berjasa selama 2tahun 3bln kepada saya
Jasa baktimu akan ku kenang... :)

Show off jap paper bag Maxis...heh heh heh...

Alhamdulillah....rezeki dari Allah...
Melalui abang-abangku...
Terima kasih hero-hero Malaya saya... :))))))

~ SELAMAT PENGANTIN BARU KAWAN-KAWAN... ~

Last Saturday...
Saya menghadiri 2 majlis perkahwinan kawan-kawan saya
Paling best 1 majlis kawan sekolah rendah, 1 lagi kawan sekolah menengah
Haishhh...time tu jugaklah nak mengimbas kembali zaman persekolahan yang pernuh corak dan warna
Tengok mereka bersanding, teringat macam mana dulu kitorg bestfriend boleh tepuk tampar, gurau senda
Tapi bila dia dah berpasangan bersama suami dan isteri masing-masing, perasaan sedih mencuri sedikit ruang dalam pada saya turut gembira melihat kebahagian mereka...

Anyway...doa saya sentiasa mengiringi kalian dua pasangan
Semoga berbahagia hingga ke Syurga dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah

SELAMAT PENGANTIN BARU
KHAS BUAT...

HAFIZ & WAWA
**Apis ialah kawan baik di sekolah menengah..semoga menjadi imam terbaik buat isterimu...**


dan.....


SHAMIRA & ZAFRI
**Mira ialah kawan baik di sekolah rendah...semoga menjadi pendokong terbaik buat suamimu...**

P/S: Doakan kebahagiaan saya juga yer...bertemu bakal imam terbaik sepanjang hayat...in shaa Allah...Amin...

Saturday, 1 June 2013

~ HARI KEPUTERAAN DYMM SPB YDP AGONG & HARI KANAK-KANAK SEDUNIA ~

Semoga Malaysia terus berada dilandasan yang benar di bawah 
SPB YDP Agong Al-Sultan Almutasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah


" DAULAT TUANKU "


dan....



Semoga terus menjadi kanak-kanak yang comel
Dan membesar dengan sihat dan bagai johan...


~ SESAME STREET: ELMO'S SONG ~

Rindu kat Baby Zahra
Minggu lepas Zahra balik Seremban tapi Maksu demam
Tak dapat nak mengulit Zahra
Tu yang buat Maksu rindu sangat tuh
Zahra pun tak berapa sihat...nak tumbuh gigi katakan...

Hehe...Mama kirim gambar Zahra kat Maksu
Senyum-senyum Maksu tengok gambar dia nih
Nakal...banyak perangai dah  Bambamboo Maksu ni...


Nanti kita jumpa lagi yer...bercuti di Pulau Pangkor

Lagu kegemaran Zahra ialah Elmo's Song...
So, Maksu asek ulang-ulang tengok kat Youtube
Meh share skit lagu tu
by Sesame Street...

Enjoy!!!

Thursday, 30 May 2013

~ TAK SEMPAT NAK BER 'IPHONE 5, IPHONE 5S DAH NAK LAUNCH SOON ~

Apple iPhone 6 with 4.7 inch full HD display coming next year? - click title for original article

Apple will launch iPhone 6 next year, according to a report . The report said that the device is expected next year autumn (January-March).
Till now, the grapevine is filled with rumours of Apple launching the next iPhone as soon as this July itself. Most of the reports also said that the phone is to be called as Apple iPhone 5S.

Meanwhile, the recent report said that the Apple iPhone 6 will come with a 4.8 inch full HD resolution display. The display, called the Retina+, will be manufactured by Sharp. Although there are no mentions about the use of naked eye 3D technology anywhere but until the device is officially announced nothing concrete can be said about it.

The iPhone 6 will however will miss out on the hardware home key and will also include eye tracking feature much like the Samsung Galaxy S4 for scrolling pages and documents. The iPhone 6 is expected to be powered with the Apple A7 quad core processor with an expected clock speed of up to 1.8 GHz.

The new Apple iOS 7 would have a much improved user interface without any home screen button, alongside 128 GB of storage as is found in Apple's recent versions of iPad devices.

CREDIT TO YAHOO!

Wednesday, 29 May 2013

~ ABANG-ABANG SAYA SANGAT AWESOME TAU! :) ~

Terima kasih abang-abangku yang sangat ohsem lagi terbaik dari ladang
Mana kan ku cari abang-abang seperti mereka???
Sayang sangattttt...sangat!!!!!
Hahahahahaha

Sebab apa???

Tunggu next story...sebelum tu layan gambar 2 orang abang saya ini...



Kikikiki...

Kurusnya mereka dulu...dulu yer...3 tahun yang lepas...hahahaha
Sekarang??? teeetttttt.....

~ PULAU PANGKOR MENJADI PILIHAN UNTUK ANNIVERSARY AYAH & IBU YANG KE-33 ~

Malas nak cerita sebenarnya
Sebab apa tau?? Sebab cuti tak lulus pun lagi....
HADOI!!!!
Saya yang terlewat isi borang ke atau bos yang asik takde kat opis nih???
Nak kata lewat x la jugak...Khamis mggu lepas dah isi dah
Tapi bos ni yang tak masuk opis dari Jumaat sampai harini
Tolong laaaaa...saya mahu cuti....

************************************

Actually plan ke Pangkor ni adalah pada Chinese New Year yang lepas
Tapi memandangkan kami lambat booking hotel segala, maka melepas laaaa
Maka time tu percutian keluarga CNY terpaksa ditukar kepada ke Cameron Highland, Kuala Sepetang & Hotspring Sg. Klah, Sungkai...
Nak balas dendam semula, ktorg plan awal-awal ke Pangkor pada musim cuti sekolah ni
Alhamdulillah, hotel sume selamat di booking
Cuma cuti ni jer yang tak lulus lagi...sabar jela...

Sebenarnya Pangkor ni adalah pilihan Ibu & Ayah tercinta
Patutnya last year lagi ktorg plan nak berjalan-jalan bersama 1 family
Cadangnya nak celebrate Anniversary Ibu & Ayah yang ke-32
Tapi Kak Ipar tengah sarat mengandung time tu...terpaksa pendam hasrat
So, tahun ni Baby Zahra pun dah besar bolehlah berjalan sakan
Ibu & Ayah still pilih Pangkor
Maka, kami 3 beradik prepare everything
Dari perjalanan, program, hotel, makan...demi org tersayang
Dah jadi celebrate Anniversary ke-33 la cani...hahaha
Nak buat Ibu & Ayah gembira, tersenyum dan meluangkan masa dengan anak-anak, menantu dan cucunya...

Bertapa mereka bersusah dahulu dan bersenang kemudian
Saya tau mereka melalui saat getir dalam perkahwinan dan membesarkan anak-anak yg walau tak ramai tapi besar-besar belaka...ehem..ehem...
Tapi kagum, bangga dan penuh hormat dengan susah payah mereka dan bertahannya perkahwinan mereka selama 33 tahun...saya harap kami adik-baradik pun mampu menjadi seperti Ibu & Ayah
Saya berharap sangat saya dapat walau tak banyak tp saya dapat sedikit sifat sabar Ibu
Kagum saya dengan kesabaran Ibu..tak dapat saya nak ceritakan tapi saya tau Ibu saya sangat kuat dan sabar dalam mencari rezeki membantu ayah, sangat bersabar untuk berjimat cermat, sangat bersabar dengan anak-anak yang besar-besar nih, ketabahan dia saya dapat lihat macam mana dia cuba menahan sedih air mata dari turun mengalir...dan sangat kuat dan sabar melawan kesakitan dan penyakitnya
Sebab itu Ibu terus menjadi Ibu dan pendidik buat saya...
Ibu adalah contoh, tapi mampukah saya mencontohi Ibu???
Itulah harapan saya...

Ayah...sampai sekarang tak putus mencari duit untuk keluarga
Bukan tak pernah melarang tapi dia cakap itu hobi dia
Dia tak boleh kalau tak bekerja
Dulu time bekerja, ayah berpanas round satu bandar Seremban
Kerja bahagian tempat letak kereta mestilah cek kereta di tempat parking kan
Macam mana ayah mengambil tugas Ibu saat Ibu melawan sakitnya
Ayah hantar saya ke sekolah dengan motornya...
Bukan tak pernah motor ayah kena tarik...saya jer yang ada di rumah time tu...kelu lidah tak terkata..
Masa saya belajar di UiTM Segamat, setiap 2 minggu saya mesti nak balik Seremban
Ke Seremban naik bas, balik ke Segamat ayah jugak yang hantar
Kalau time saya tak balik, Ayah & Ibu mesti datang jenguk..
Ayah tolong abang sepupu dia pasang khemah untuk kenduru kahwin
Angkat besi khemah, pasang scalop khemah
Saya pun pernah tolong ayah kadang-kadang sampai pagi
Bila dah pencen, ayah usahakan kebun...
Sambil tu buat jugak kerja pasang khemah nih
Kalau ada irang meninggal dunia, ayah tolong jugak bawak van jenazah tu
Semua tu ayah buat untuk dapat income nak teruskan hidup menyara keluarga
Ya Allah...temukanlah saya dengan lelaki yang boleh menjadi walau sedikit menyerupai sikap dan azamnya seperti ayah... :(

Kami adik-beradik??? Bukan nak bangga diri...
Kami setiap bulan memang ada khas untuk Ibu & Ayah
Kami tak boleh nak halang niat ayah & ibu
Kata ayah & ibu, mereka nak tinggalkan sesuatu untuk anak cucu
Kebun ni nanti tempat cucu-cucu main pondok-pondok
Kita boleh berkumpul ramai-ramai nanti...

In shaa Allah...itu janji Allah untuk orang-orang yang berusaha dan berbakti kepada peluang dariNya...

**********************************

Tengah berusaha susun tentatif ke Pangkor
Apa-apa pun cuti tetap cuti
Selesaikan segalanya sebelum bercuti
Hoyehhhh...ada 5 assignment tak siap lagi...
Huk..huk...huk.... hurmmmm :(

Tuesday, 28 May 2013

~ BERHATI-HATI WALAU DI MANA SAHAJA ANDA BERADA ~

Macam-macam yang berlaku di luar sana
Saya ni berada di Seremban, pergi kerja - balik kerja
Laluan hari-hari sama jer...xder melencong ke mana pun
Kalau wikend selain ada kelas di Shah Alam, saya habiskan masa di rumah
Jarang sekali merayau-rayau...melainkan family ada plan ke mana-mana
Paling tidak pun ke rumah abang di Cheras atau Tanjung Malim
Masih lagi laluan yang sama...tak berubah pun..
Jadi, saya kurang arif dengan keadaan di bandar-bandar besar yang penuh dengan bermacam orang, ragam orang, rupa orang...selain orang, kereta pun memacam rupa...motor pun bermacam gaya...

Selepas saya baca entry dari Along SURIA AMANDA, saya terfikir pulak sikit sebanyak tentang keselamatan diri nih
Kalau di seremban ni pun macam-macam dah berlaku, inikan pulak bandar besar KL tuh

So guys, please be more carefull of yourself
Your own place are not safe anymore
Watch out every single step out there

**********************************

Credit to Along...copy yeh...tq....


Lelaki ni selalu menipu pemandu kereta di laluan Lebuhraya Maharajelala, Federal Highway dan Jalan Syed Putra, modus operandi dia lelaki ini akan tuang minyak brek pada tayar kereta hadapan dan akan bgitau pemandu yg sedang memandu bahawa kereta mereka rosak. Dia akan offer utk baiki dan kite perlu bayar rm360 sedangkan kereta kita tidak rosak...hati2 dan sebarkan.

Friday, 17 May 2013

~ PEPERIKSAAN PENOLONG JURUAUDIT W27 ~

Esok 18 Mei 2013
Rasanya kat semua tempat pun dijalankan serentak
Dan saya adalah salah seorang calonnya
Dan tempat exam saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor

Kena gerak awal ni sebab dia nak kita smpi situ 30minit sebelum exam start
Makanya 8.30pg mesti dah ada kat sana..
Kenalah keluar rumah jam 8.00pg cenggini

Persiapan saya takdelah hebat sangat
Sekadar membaca tentang audit dan membaca isu semasa
Rasanya isu semasa masih benda yang sama...PRU
Mungkin ada tambahan sikit-sikit berkaitan ekonomi ker
Wallahhh...dah lama tinggalkan ekonomi nih

Tak boleh nak cakap lebih-lebih lagi
Nanti saya buat entry selepas exam
Pengalaman exam Penolong Juruaudit W27 untuk korang-korang yang mungkin bakal calonnya pada masa akan datang...nantikan yer...

Oleh itu...marilah doakan untuk saya semoga segalanya dipermudahkan dan berjaya menjawab soalan-soalan dengan jayanya...seterusnya berjaya pulak dipanggil untuk temuduga...in shaa Allah... :)