Tuesday, 25 September 2012

~ 4 KATEGORI HATI DALAM ISLAM ~


As-Salam.
Hati - boleh terbit sebagai satu kiasan simbolik tentang perasaan, walhal ia sebenarnya organ manusia yang berwarna merah. Hati adalah organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman. Ia melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas.

Istilah perubatan yang berkaitan dengan hati sering kali bermula dari perkataan Greek bagi hati iaitu hepar, menjadi hepato- atau hepatic. Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen.

Namun, simboliknya di dalam hati tersimpan emosi dan perasaan. Malah, ia merupakan 'organ' yang perlu dijaga dengan baik agar tidak dibusukkan dengan sifat-sifat keji yang datangnya dari manusia sendiri.

Hati, dalam Islam sangat dititiberatkan. Malah, sebagai seorang Muslim, wajib baginya menjaga kesucian dan kebersihan hati. Sebaik baik hati yang dikasihi oleh Allah Taala ialah hati yang suci murni dari segala kebatilan dan keraguan, bersih dari segala aneka rupa kejahatan. Hati yang sentiasa tunduk kepada yang hak dan petunjuk yang diliputi oleh kebajikan dan kebaikan.

4 Kategori Hati Menurut Islam
  • Hati yang tidak berselaput (dengan syak wasangka) padanya terdapat sebuah lampu yang menerangi. Itulah hati seorang mukmin.
  • Hati yang Hitam dan tidak mementu tempatnya. Itulah hati seorang kafir.
  • Hati yang dibelenggu diatas kulitnya. Itulah hati seorang munafik.
  • Hati yang mendatar padanya iman dan nifaq, maka perumpamaan iman yang meliputinya seperti sebatang sayuran yang disirami tawar dan perumpamaan nifaq yang ada padanya juga, seperti setompok kudis yang diselaputi oleh nanah dan darah busuk. Yang mana diantara keduanya yang berkuasa ke situlah hati akan tertarik.


***********************************

Maka...anda pemilik HATI yang bagaimana? Tepuk dada tanya HATI...

No comments:

Post a Comment