Ermmm..
Saya dah berjanji dengan diri sendiri
Saya akan tinggalkan segala masalah yang dulu
Saya tak nak lagi menangis dan menangis
Saya tak sanggup nak fikir benda yang tak pernah ada kesudahan
Janji saya sempena menjejaki tahun 2012
Saya akan lupakan segala-galanya
Saya akan lupakan kepahitan
Yang akan saya simpan adalah kemanisan...
Tapiiiii.....
Setelah hampir sebulan di tahun 2012
Harini saya melanggar janji saya
Maaf...saya tak mampu nak lawan perasaan saya hari ni
Saya tak mampu menidakkan hati saya
Ya Allah...
Aku rindu sangat dengan dia
Terlalu rindu dengan segalanya tentang dia
Sungguh...hati ni terlalu merinduinya
Kenapa hari ni aku boleh ingat pada dia
Apa salah aku sehingga ujian begini yang Kau berikan
Kau kuatkanlah semula hati dan semangat aku
Amin...
Akhirnya aku tewas kembali dengan air mata aku sendiri
Cuma hari ni...yer, hari ni shj!!!
Aku perlu kuat untuk hari-hari seterusnya...
~ Sayu & hiba ~
No comments:
Post a Comment