Sunday, 8 May 2011

~ GOODBYE SADNESS...WELCOME HAPPINESS ~

Kadang-kadang berdiam diri adalah yang terbaik...
sebab tu blog ni dah bersawang..lama tak update...
Last story is about sadness...totally sad!
Everyone keep asking me the real story...
Why and why...??? 

Kepada yang sentiasa bersama saya saat saya memerlukan, thanks a lot!!!
Dah cukup banyak air mata saya yang keluar...
Dah cukup mendera hati dan perasaan saya...
Biarkan ia berlalu sebagai kenangan dalam hidup saya...
At least saya merasa macam mana perasaan dilukai...
Orang kata, kalau kita tak rasa perasaan dilukai, kita rugi..
Sebab dari situ kita kenal perasaan kita sendiri, kita belajar untuk menghargai orang lain supaya dia tak rasa dilukai macam yang saya rasa...dan kita ada pengalaman untuk merasa perasaan sendiri...
Owhhhh....dari itu saya sedar yang hati dan perasaan saya normal... ~smile~

Okeh...lupakan episod duka...sekarang buka lembaran episod gumbira...
Episod duka dah berakhir dengan panggilan telefon terakhir yang saya terima...
Segalanya sudah diterangkan dan diterima oleh dia...harap-harap berterusan penerimaan dia tuh...
Kalau tak, nak reserve awal-awal Tanjung Rambutan tak pun PSY...boleh???

Cukup...cukup...happy mood!! happy mood!!
Last week is special week for my family...
Kalau nak diikutkan, saudara-mara saya dah berkumpul since Khamis 28/4/11....
Ini semua untuk Majlis Perkahwinan Abg saya pada 1/5/11 yang lalu...
And saudara-mara saya bergotong-royong bekerjasama sehingga 2/5/11...
Muahhh...muahhh....untuk seluruh ahli keluarga PEKETA...
Ahli keluarga PEKETA dah bertambah seorang lagi...
Saya dah ada kakak ipar secara rasminya...hehehe...

~ ABG BOY & KAK SITI ~
SELAMAT PENGANTIN BARU!!! SEMOGA BERBAHAGIA TERUS SEHINGGA AKHIR HAYAT DAN TABAH SERTA SABAR MENEMPUH KEHIDUPAN BARU...

Pada malam 1/5/11 juga diadakan majlis persaraan ayah...
Ayah secara rasminya bersara pada 3/5/11 selepas lebih 35tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam di Majlis Perbandaran Seremban...
KHAS BUAT AYAHANDA TERSAYANG
Happy 56th Birthday & Selamat Bersara!!! Adik sentiasa doakan Ayah diberi kesihatan yang baik dan sentiasa diberi kesejahteraan dalam hidup... Semoga kebahagiaan sentiasa bersama kita sekeluarga dan terima kasih atas pengorbanan Ayah untuk keluarga kita sepanjang 35tahun berkhidmat/bekerja bagi memastikan keselesaan hidup kita sekeluarga... Adik sayang Ayah banyak-banyak!!!


Alhamdulillah....Majlis selesai seperti yang dirancang...
Sesi kemas mengemas bermula...penat wehhhh....
Teramatlah penatnya...bosan pun ada asek nak mengemas jer kan...saya ni agak pemalas sikit...
Kalau persiapan nak kenduri tu sebulan, rasanya nak mengemas pun sebulan baru selesai...hahaha
Sampai demam tau saya...Ibu & Ayah lagi kuat takde sampai demam-demam...
Saya ni mmg daya tahan badan atau antibody kurang sikit..senang diserang demam...
Maka mula bekerja di hari Rabu, Khamis sudah MC...Jumaat agak ok dan mula bekerja semula...
Demam tuh merangkumi demam rindu jugak rasanya...walaupun orang tu taklah merindu saya sgt...
Yeke tak??? Abeh asek tanya-tanya saya cuti lg tu kenapa yer??? hahahaha....heartless mmg mcm tu...

P/S: Rasa mcm nak cerita tentang saya...even kawan baik saya pun belum tentu tahu semua pasal saya...ye tak Cik Intan Suraya??? *wink2*

No comments:

Post a Comment